Thursday, June 30, 2011

bohong

truth is beautiful
bohong
yang diagung,
digendung didukung dijunjung
disanjung dan disokong.
hati kosong terpesong.
bagai kiambang terapung,
akar tergantung.
merugi tiadalah beruntung.
ternganga terlopong.

bohong
merosak ketulusan hati.
merobek keikhlasan budi.
membunuh jatidiri.

orangbiasa\30062011

Friday, June 24, 2011

aku perlu keluar dari kesedihan ini

Bismillahhirrahmannirrahim.

sampai bila harus meratapi. yang lain juga perlukan perhatian. perlukan belaian. sekali gus perlukan penjagaan yang baik dan menghampiri sempurna. betul kata meowwmania, usah biarkan ujian merosak hati. terima kasih kawan atas peringatan itu. kadang-kadang aku rasa aku tabah tapi aku terlupa untuk pasrah. kadang-kadang aku rasa aku gagah tapi aku seperti tidak redha. "rest in peace J...ibu sayang kamu!".

aku perlu keluar dari kesedihan ini sedikit demi sedikit walau pun tidak mampu sekali gus.

SEMALAM DI KUALA LUMPUR
KLCC@STOP 1
KLCC@STOP 2
KLCC@STOP 3
KLCC@STOP 4
LAST BUT NOT LEAST
REST IN PEACE J...IBU SAYANG KAMU.

Thursday, June 23, 2011

tinggal kenangan - 02

Bismillahirrahmannirrahim.

sungguh, sampai sekarang, bila terkenang aku pasti menangis. dan kini tinggal Teby sendiri. tiada teman wrestling lagi.

video

Monday, June 20, 2011

tinggal kenangan - 01

Bismillahhirrahmannirrahim.

semalam, setiap 2 jam sekali aku terjaga lalu menangis. aku sedih sebab saat J sedang bertarung nyawa, aku tidak ada di sisinya. pagi-pagi aku sudah dikejutkan dengan berita sedih. J sudah tiada. malam semalam, vet di global pets telah pun maklumkan bahawa J is not doing well. namun aku masih mengharap keajaiban agar J dapat kembali cergas seperti biasa. tapi takdir tidak menyebelahi aku kali ini.

sewaktu mengambilnya dari klinik tadi, J sudah dibungkus rapi. vet tidak membenarkan aku membukanya kerana dikhuatiri boleh terjadi jangkitan kepada yg lain2. bettambah-tambah sayu bila kenangkan aku tidak dapat menatap wajah J buat kali terakhir. si Teby mengiau ke hulu ke hilir menjadi J. pantang nampak langsir bergerak-gerak ditiup angin, Teby berlari-lari menerpa kerana disangkakannya si J. aku angkat dan lurut badannya lalu memberitahu bahawa J sudah tiada lagi. seperti faham, Teby mengiau lantas turun dari pelukan aku lalu mencium-cium tempat tidur mereka. keadaannya sangat meruntun hatiku.

semoga aku tabah menghadapi keadaan ini. terima kasih Tuhan kerana pinjamkan aku kegembiraan bersama J walau hanya seketika.

Monday, June 13, 2011

akhirnya aku korbankan "ShoutMix"

Bismillahirrahmannirrahim.

sukar sebenarnya untuk aku korbankan "Shout Mix". tapi inilah yang terbaik buat aku. jauh lebih dari menghargai kawan-kawan blogger, aku tidak jadi delete "letusshare-ctpayong". sebenarnya, di sinilah tertumpah segala rasa yang terbuku dan terpendam di dada. dan di sini jugalah dimana ulasan serta nasihat ikhlas sedikit sebanyak dapat mengubat luka hati dan membuat aku dapat tersenyum kembali. thank you bloggers. namun oleh kerana sebab musabab tertentu, aku terpkasa korbankan "ShoutMix" kerana yang sangat aku benci sering mengganggu aku di situ.

aku sayang kamu semua. aku akan terus bercerita walau aku tidak se"popular" mana.

p/s : kerana Allah jualah aku tega membenci "dia".

wallahua'alam.

Thursday, June 2, 2011

kenapa dengan ibu?

Bismillahhirrahmannirrahim.

berkaca airmata ibu. matanya sedikit merah. aku pasti ibu menangis lagi. aku tidak berani memujuknya. ibu kata waktu dia sedang bersedih, jangan bersimpati atau menasihatinya.

takut mahu bertanya. sebenarnya akhir-akhir ini aku sudah jarang lihat ibu menangis. adakah airmatanya sudah kering atau hatinya menjadi sedikit kering.

pada rembesan airmata di pipi ibu, aku pasti dia menangis. tapi kenapa, semalam ibu elok-elok saja.

p/s : yang tidak seronok, ibu mesti migrane lepas dia menangis. kesian ibu.

handphone aku xde kompas