Saturday, May 18, 2019

HARMONI yang HILANG

Semalam aku ke kedai ubat Cina membeli sesuatu. Aku cakap MAAF sebab ganggu dia sedang makan. Dia balas MAAF sebab aku nampak dia sedang nikmati makanan sedangkan aku berpuasa ketika itu (Ramadhan 1440 AH).
Both of us about the same age (reaching or early 60s). Suddenly she reminds me  about the magic word MUHIBA. Both of us feel very sad looking at our children nowadays. We felt frustrated about the word RACIST which slowly killing the HARMONY of MALAYSIA.
Dulu rakan sekolah aku bangsa Cina dan India tunggu aku selesai  mengaji sebelom hadir class-discussion dan aku tunggu mereka di luar church sebelom sama.sama pergi ke extra-class pagi Ahad.
That was year back 70s, 80s and early 90s. Even a few friends from poly/university also still keep in-touch and keep wishing GOOD WISHES to each other until this second.
Pada masa itu kami bangga dengan BENDERA MALAYSIA, RUKUN NEGRA dan LAGU NEGARAKU.
But now its seem that the flag of Harmony day by day is deteriorating. Oldies like us feel upset and the sadness becoming more worst when Malaysian nowadays lost respect  on each other believing.
Ini NEGARA kita. KITA yang bertanggung.jawab menjadikan “NEGRA KITA HARMONI”.

nota kaki :
Kita amat beruntung kerana langit kita cerah dek cahaya matahari dan bukan percikan cahaya senjata api.

orangbiasa/kebunkota
18|05|2019 
13Ramadhan1440 AH

Friday, December 1, 2017

KEMBARA



Kita Tiada -
        Tiapa apa.

Aku jadi ingat.
Duka itu ubati lupa.
Sangka baik.
Percaturannya Dia itu hebat.
Indah dan tepat.

Hanya Dia saja yang ada.
Pinjaman sahaja segala.
Sekadar waktu cuma.

Semalam
Akan datang
Bahkan hari ini pun Dia punya...

Kita ini tidak ada.
Yang ada hanyalah Dia.

orang biasa/dusunkota|27112017

Nota Kakiku :

Ada di mana-mana walau tiada di pandangan mata.

Monday, June 12, 2017

Timbang

Dalam apa jua keadaan, timbang rasa & timbang tara itu penting. Paling tidak, carilah sedikit kebaikan dengan kehadiran situasi itu sendiri.

Mungkin Allaah menegur kita. Mungkin juga Dia mengajar kita atau mungkin menduga kita.

Allaahu
Dunia pun bakal kita tinggalkan.
Lagikan pula harta...

Bismillaah
Ar Rahman
Ar Rahim.

Orangbiasa/100617
bersamaan 15Ramadhan1438H


Kadang-kadang, kita mahukan lain.
Tapi Allaah berikan lain.
Kita rasa Allaah seperti 'tidak dengar' permintaan kita.
Lama baru kita ketahui...
Apa yang Dia beri adalah yang perlu buat diri.
Kemudian kita sedar...
Kemudian kita belajar...
Menyakini takdir Ilahi.
Walau pada zahir sakit dan perit.
Hakikatnya...
Kita wajib akui
Bahawa
Takdir Allaah itu sangat INDAH.


POLOS

Monday, January 16, 2017

Harta yang membelenggu kita...


Arwah bapak pernah berkata, dia tidak meninggalkan tanah pusaka walaupun se hasta. Dia mahu kami sekolah tinggi-tinggi dan mencari kehidupan kami sendiri. Arwah bapak kata lagi tanah pusaka hatta sekalipun hanya se depa boleh buat anak-anak bapak nanti bersengketa di kemudian hari.

Mutiara Hadith, " Ahmad bin Ibrahim ad-Dauraqi menyampaikan kepada kami dari Abdussamad bin Abdul Warits, dari Harb bin Syaddad, dari Yahya bin Abu Katsir, dari Muhammad bin Ibrahim, dari Abu Salamah yang menceritakan bahawa dia pernah bersengketa dengan kaumnya dalam masalah tanah. Kemudian, Abu Salamah menemui Aisyah lalu menuturkan tentang hal itu kepadanya. Aisyah berkata, " Wahai Abu Salamah, jauhi tanah sengketa itu. Sungguh, Rasulullah SAW pernah bersabda, " Siapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, Allah akan mengalungkannya dengan tujuh lapis bumi. '"(HR Shahih Muslim, [4137] 142-(1612))

Hati jadi sayu bila baca hadith itu. Rupanya arwah bapak tahu dan dia tidak mahu anak-anaknya dibelenggu.



Al Fatihah buat kamu bapak.




Thursday, January 12, 2017

Revolusi


🌱AZAM DIRI 🌱

Revolusi wajar terjadi.
Perang ini perang abadi.
Musuh kita adalah...
_*DiriKitaSendiri*_
Jangan berhenti baiki diri.
Sampai kita mati.

*Sebab utamanya adalah kerana*

We can't change others, but definitely we can change ourself*.
Indeed.

orangbiasa:dusunkota\121216





Friday, December 2, 2016

Catatan Peringatan


Suami : kesian si polan si polan.
Isteri : kenapa kesian?
Suami : yelah...&@#%€ sorang2...@&%#£¥ sendiri2...&$€¥£
Isteri : ohhhh....ingatkan apalah tadi...

Si isteri merungut dalam hati sebab sudah entah berapa kali kata-kata itu dipasak di telinganya. Engkau lihat orang lain penuh ehsan. Dengan isteri macam perasan tidak perasan tidak ada perasaan. Kalau orang lain, penuh simpati. Bila cakap isteri, masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"Perempuan, sepatah suami, beribu-ribu lemon patah dia kasi."

Tapi si isteri cuma cakap dalam hati. Dia mampu mengadu pada Ilahi. Dia tahu tidak sedikit pun rezekinya dikurangi. Tapi nama pun manusia. Dalam hati pasti terasa.

Nota1 :
Betol jugak. Tidak perlu susah2 nak carik #telinga nak curah keluh kesah. Betol jugak. Yang jamin rezeki itu Ilahi.

Nota2 :
Mampu ke aku jadi macam ni?

والله اعلم



Belajarlah hotmati dan hargai perasaan pasangan sementara hayat masih
ada.




Thursday, December 1, 2016

Hujan dan Kucing



Di setiap
hari hujan
nikmatnya berpanjangan.
pada tanaman
dan pada tumbuh2an
pada manusia
juga pada binatang.
pada udara
dan juga cuaca.
pada qalbu
dan pada jiwa.




Di setiap
hari hujan
dalam kesejukan
ada nikmat
kerehatan
ada rasa kesyukuran
ada rasa
pengabdian
pada
penjaga langit
dan penjaga lautan.




orangbiasa/dusunkota/11216



handphone aku xde kompas