Thursday, December 30, 2010

kenapa mesti begitu.

bismillahirrahmanirrahim

credit to NST
pasti hari ini rata-rata menulis pasal bola. tidak terkecuali aku juga tapi ada sedikit beza antara cerita aku dengan cerita kamu.
harus aku akui bahawa pasukan nasional indonesia punya semangat juang yang tinggi. tetap berjuang sehingga wisel penamat ditiup tanda berhenti.
harus juga aku akui andai pasukan negara kita tidak membawa bersama 3 mata, besar kemungkinan piala itu masih di negara mereka. namun semangat juang pasukan negara kita juga tinggi setinggi budi pekerti penyokong dan rakyat malaysia seluruh negara.
aduhai indonesia, bukankah kita serumpun bahkan sebahagiannya ada yang seagama. malaysia tidak pernah menganggap kamu musuh walau seringkali kamu sering limparkan kata caci hodoh lagi bodoh. di mana hilangnya semangat kesukanan seperti kamu lenyapkan semangat kejiranan.
tahniah malaysia. bukan hanya kerana di atas kemenangan tapi juga kerana di atas sikap kesungguhan dan ketabahan yang kita tunjukkan tanpa digugat kata kesat yang dilemparkan.

aku belum puas jerit...

tahniah malaysia, kamu juara berhemah.

Wednesday, December 29, 2010

apa khabar kamu di sana

salam buat teman bicara...

tinggal kenangan
bangkitlah hati. janganlah menjauh dan menyepi. yang berlalu tetap kan berlalu. rindu mahu dengar cerita dari bisikanmu. tulisanmu bisa menenangkan jiwaku. kembalilah seperti sediakala. usahlah ikutkan hatimu yang lara. kelak badanmu juga yang merana. lemah dan tidak bermaya.

ikhlas dari kak ct.

Tuesday, December 28, 2010

email seorang isteri

bismillahirahmanirrahim
syukur diizinkan Allah menulis lagi diruangan ini.

sekadar berkongsi pengalaman yang diceritakan. pun aku telah mohon keizinan dari empunya diri untuk aku abadikan di sini. manalah tahu kemungkinan ianya dapat memberi idea pada para isteri yang menghadapi situasi serupa. begini isinya email si isteri buat suami yang sangat dicintainya;

ya, aku tahu ke kebun itu penat.
ya, aku faham memandu itu juga penat.
kalau engkau penat, aku juga penat.
kalau kena cara
walau penat macamana
aku akan tetap masakan makan utk keluarga.
tapi kalau sudah sindir sini sana
engkau fikir aku tidak terasa
dan bila aku mula merungut tidak tentu hala
sah aku jugak yang salah.
bila aku sudah sediakan
engkau jamah pun macam mahu tidak mahu
terasa lagi hati perempuan aku
engkau tetap buat macam tak tahu
macam tak ada apa-apa berlaku.

aku mahu tahu,
kenapa macam itu?

kendati aku ini isteri
syurgaku di telapak kaki suami
aku pujuk hati sendiri
aku anggap ini dugaan Illahi.

wallahua'alam.

berarak mendung kelabu
kata si isteri kepada aku :
aku betul2 penat, aku tahu dia pun penat. kalau dia suruh aku masak kena cara, memang aku tidak tolak punya. sudah memang tugas aku. akhirnya pun memang aku masak juga. tapi tambah sakit hati aku dia jamah makanan macam nak tak nak aje. aku tak mahu tambah dosa cakap kasar dengan suami. bila nak tidur dengan airmata penuh sememeh kat muka, aku terus hantar email ni via iphone. aku tidur sorang-sorang dalam bilik aku malam tu. pukul 5 petang esoknya, dia talipon ajak dinner kat cafe favourite aku. anak-anak menjerit suka.

p/s : boleh pakai jugak kepala otak kawan aku ni.

SINOPSIS : tidak semua internet teknologi itu pemusnah.

semoga cerita ini dapat membuka minda.

Tuesday, December 21, 2010

keterlaluan menyanjung (taksud) adalah menyeleweng dan satu khurafat.

wallahua'alam.

bismillahirrahmanirrahim.

kebiasaan aku bahasakan diri aku 'aku'. tapi kali ini mahu bahasakan diri aku 'kak ct'. mungkin perjalanan di sini menuntut aku membahasakan diri aku 'kak ct'. untuk lebih mesra alam sekitar dan bersesuaian dengan habitat seputar. maka bermulalah perhijrahan kak ct dari sini. (pra-katalah konon-kononnya).mari kita mulakan.






apa punca fahaman itu menyimpang?
antara yang nyata adalah :

- kerana Syiah menyanjung Saidina Ali keterlaluan sehingga disamatarafkan dengan Rasulullah SAW. bahkan dalam beberapa hal beliau dianggap lebih tinggi lagi. tidak ada nas atau hadis sahih menyatakan Saidina Ali mempunyai martabat yang menyamai Rasulullah SAW apatah lagi lebih daripada itu. hatta nama Saidina Ali tidak dalam Al Quran kerana beliau bukan seorang nabi atau rasul tetapi Saidina Ali adalah sahabat sekaligus diangkat menjadi menantu Rasulullah SAW yang dijamin masuk syurga. Nabi Muhammad SAW sendiri tidak disanjung dan dipuja para sahabat secara berlebihan sehingga melangkaui batas.


- kerana fahaman itu menghalalkan nikah mutaah di mana perkahwinan ini tidak memerlukan saksi, wali serta perisytiharan. sedang Saidina Ali sendiri menjadi salah seorang perawi hadis pengharaman Rasulullah SAW tentang nikah mutaah ini.

Daripada Ali bin Abu Talib katanya : "Bahawa Rasulullah SAW melarang nikah mutaah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging keldai jinak." (Riwayat Ibn Majah dan al-Nasai)
kenapa pula pengikut Syiah menyelewengkan kenyataan Saidina Ali itu sendiri?

SINOPSIS : sampaikan yang benar walaupun sukar.

p/s : kak ct sudah tua. menyampaikan sesuatu yang benar itu dituntut. tetapi kak ct juga manusia. jika terdapat kesilapan fakta harap dapat diberitahu dan diperbetulkan.

wallahua'alam.
Sumber : Buku penjelasan terhadap fahaman Syiah, JAKIM.

Monday, December 20, 2010

selamat hari lahir buat yang sangat aku kasihi.

bismillahirrahmanirrahim.

aku terlupa hari ini 20/12/2010 kendati sibuk ke sana ke mari. al maklum hari isnin. alhamdulillah tidak monday blues. dipendekkan cerita, suddenly anak ke dua aku suruh aku ucap selamat hari lahir untuk mantan perdana menteri malaysia dalam bentuk blog. bagus jugak dalam hati aku, support minat dan bakat berkarat ibunya.


kepada Tun Dr Mahathir Mohamad : 
Selamat Hari Lahir yang ke 85.
Semoga Allah SWT rahmati dan berkati usiamu.

benar aku kagum dengan keberaniannya menyelar mereka yang memandang rendah islam, negara islam dan orang islam itu sendiri. bagi aku itu yang lebih penting. aku masih ingat satu phrase dan sehingga kini rangkap itulah yang aku pegang untuk terus jadi maju dan berani. kata-kata beliau yang maksudnya antara lain bahawa orang islam mesti kaya jika mahu mengalahkan orang kafir. kaya yang dimaksudkan beliau ialah, kaya dengan ilmu pengetahuan. wallahua'alam. namun kata-kata itu sangat motivate diri aku.


ucapan ikhlas ini lebih berharga dan harta. 
ungkapan ikhlas darimu lebih tajam dari senjata.
"ilmu itu ada di mana-mana dan ia bermula bila kita buka mata".

salam hormat dari kami sekeluarga buat Tun sekeluarga. walau aku tahu Tun tidak akan baca blog mentah dan murah macam blog aku ini, tapi aku ingin abadikannya untuk generasi aku yang akan datang. terima kasih Tun kerana mengajar aku menjadi berani bercakap benar walaupun sukar.

ikhlas dari hati.

Tuesday, December 14, 2010

peringatan untuk diriku sendiri.

bismillahirrahmanirrahim.

bukan untuk siapa-siapa. cuma berkongsi rasa sahaja. aku juga tiada apa-apa. sekadar peringatan agar aku kuat dan cekal. usah jadikan pengalaman pahit menjadi penghadang usaha murni yang terbit dari hati untuk terus bertahan hingga hujung waktu. sepi itu terkadang indah untuk istirehat lalu bersantun kasih dengan Allah SWT. redha dan pasrah akan sifat hak-Nya sebagai Tuhan pencipta sekelian alam. tanamkan dalam-dalam dalam hati tentang bait ini sebagai pengukuh semangat hingga akhir hayat.









airmata
sungguh engkau tidak mampu aku seka
kerana hiba bertimpa-timpa.

marah
namun aku tidak tega berpatah arah
kerana semarak amarah.

diam
kadang kala kuat kerananya
kadang kala tenggelam bersamanya.

aku damba hidayah-Nya
supaya aku tidak hilang punca.

p/s : kata hati ada kalanya dapat melegakan hati yang sakit tanpa menyakiti hati orang lain. aku biarkan Allah penentu segala kerana Dia Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

wallahua'alam.

Friday, December 10, 2010

suka duka di alam maya.

bismillahirrahmanirrahim

ramai yang mencemuh bila kita bercerita tentang social friends di alam maya ini. ya betul. benar sekali banyak kejadian-kejadian yang tidak di ingin dan tidak patut berlaku telah pun terjadi. pasti, setiap sesuatu itu ada buruk dan ada baiknya. terkadang kala kita merasakan macam tidak logik dan tidak dapat diterima akal perkara-perkara sedemikan boleh berlaku. walhal sudah terdepang di dada akhbar rencana permasaalahan ini. namun kejadian tersebut masih lagi terjadi berulang kali. makanya, jauh-jauh di dalam hatiku bermohon belas serta pertolongan Illahi, jangan sampai terjadi kepadaku, ahli keluargaku, kawan-kawanku juga teman-teman di sekelilingku baik nyata mahupun maya.

tidak kurang yang mentertawakan apabila aku bercerita tentang cerita yang diceritakan oleh kawan-kawan blogger aku. pandangan sinis mereka terkadang kala boleh menambah suhu badan. boleh jadi angin dalam badan menjadi angin lintang yang merbahayakan. aku sambut cemuhan mereka dengan senyuman. aku katakan kepada mereka bahawa mereka cemburu kerana tidak mampu meluahkan perasaan suka duka mereka dalam bentuk penulisan. padan dengan muka mereka. itulah padanya bagi mereka yang suka-suka mengata tanpa usul periksa.
apa pun setiap orang ada pendapat dan pandangan yang tidak semestinya dapat serta boleh integrated dengan pendapat yang lainnya. berwaspada itu lebih baik dan berpada-pada itu harus dipegang agar ada batasan serta sempadan. apa yang aku amalkan mungkin tidak pada yang lain. aku sentiasa memasang niat pada segala sesuatu yang aku lakukan kerana Allah. hanya dengan niat sebegini mungkin dapat mengawal aku serta nafsuku pergi terlalu jauh. wallahua'alam.

namun aku juga manusia biasa. tidak terlepas dari alpa dan leka. sekali lagi aku mohon kalian sentiasa memberi pandangan, nasihat dan cadangan agar aku berada di jalan yang benar.

p/s : maafkan aku kalau aku lambat terima pakai nasihat kamu.

SINOPSIS : jangan takut berkata benar.

Wednesday, December 8, 2010

hati-hati ketika membuka pintu kereta.

bismillahirrahmanirrahim.
salam maal hijrah.

semoga setiap orang dari kita beranjak ke paradigma yang lebih baik dari sediada.

sudah lama aku tidak update cerita pasal kucing-kucing aku. anak si greymoon sudah bujang dan sudah dara sunti. bella, kim dan dot sudah berusia lapan bulan. sweet and gorgeous. si kunchup apatah lagi. handsome bangat. siapa lagi mahu puji kalau bukan aku sendiri.

tapi yang mahu aku bebelkan di sini ialah kerenah mereka-mereka itu bila nampak aku buka pintu kereta. berdesup menyelinap masuk duduk bersantai sambil tidur baring. ok lagi kalau kamu semua tidak tinggalkan perfum yang tiada tolok banding wanginya.

tengok ini, ikut suka-suka mahu tidur cara mana.










sudahlah begitu, calling-calling pulak member ajak tidur sama. lain jantina pulak tu. merbahaya tu sehhhh.






yang si jantan gantang ini pun memang tidak lepaskan peluang.










eh! tadi bukan main beradap sopan, ada yang tidak kena ke sampai membelakangkan.







p/s : mereka tahu aku tidak akan sampai hati untuk memarahi mereka. sebab itu mereka buat derk aje sekali pun aku angkat jari telunjuk atau tunjuk penumbuk.

SINOPSIS : nilai sebuah kasih sayang.

Friday, December 3, 2010

dua kata keramat penghapus resah.

bismilahirrahmanirrahim.

kerap pengalaman mengajarkan. namun berhadapan dengan situasi membuatkan aku rasa kudrat dan usaha mampu membolehkan aku meraih kemenangan. sebenarnya di dalam kepayahan aku terlupa bahawa pasrah sepertinya tool bagi mengatasi setiap kesulitan. redha itu umpama ubat penenang kemurungan dan keresahan.. sungguh dua gandingan kata keramat ini personally boleh aku nobatkan sebagai mutiara keimanan. dan yang sebenarnya aku terlupa akan keterbatasan usaha dari kudratku. suatu saat tatkala kudrat terasa tidak berdaya, usaha seperti tidak menjadi  dan putus asa menjentik jiwa, aku menadah tangan tanda pasrah dan redha. sepantas kilat itu juga hilang segala gundah. lenyap semua lara. terhapus segera kecewa rasa. sesungguhnya rasa ini ingin sekali mahu aku kongsi bersama sekelian makhluk di alam ini. tiada lain yang wajib disembah melainkan kepada-Mu jua Ya Allah.

SINOPSIS : pasrah dan redha hadiah dari Allah SWT

p/s : aku sering terlupa kononnya aku terror dan handal.

Tuesday, November 30, 2010

separuh sempurna pun susah mahu ketemu

bismillahirrahmanirrahim.
masih lagi dalam kondisi sakit gigi.

thank you google
jumaat ini ada pemuda mahu datang merisik aku..eh adik aku yang bongsu. masih ingat lagi pesan arwah ayah aku dulu, jangan terlalu memilih. akal kita tidak terjangkau untuk memikir takdir. redha atas ketentuannya. kalau sudah dinamakan jodoh, tidak akan kemana. jodoh itu hak Allah. memang arwah ayah seorang yang tebal agamanya. cuma keturunannya yang makin lama makin nipis dan tipis. emak aku macam kurang setuju dengan "mambang" yang mahu masuk meminang ini. kata emak, sendiri belum steady ada hati mahu berbini. aku dengan adik beradik yang lain jadi buntu. emak bukan calang-calang orang. kalau sudah hitam kata hatinya, hitamlah sampai bila2.

aku pujuk emak supaya jangan terlalu memilih. mereka sudah berkawan lama, tidak elok kita biarkan begitu saja tanpa ikatan apa-apa. sepatutnya kita sudah bersyukur si "mambang" ini bukan sekadar kawan suka-suka. emak diam. mengiakan pun tidak menidakkan pun tidak. aku kata lagi pada emak, usahkan sepenuhnya sempurna, lebih sedikit dari setengah sempurna pun susah mahu jumpa. aku harap emak faham apa yang mahu aku maksudkan.

susah jugak jadi anak sulong. bila ayah sudah tiada, banyak perkara yang aku kena tanggung.

semoga majlis yang dirancang diberkati Allah.

p/s : agaknya nada suaraku terkuat sewaktu berbincang dengan emak tempoh hari. sebab itu agaknya aku sakit gigi. Ya Rabb, buat niatku dan sesungguhnya Engkau lebih tahu apa ada dalam hatiku. ampunilah aku.

Thursday, November 25, 2010

bosan

bismilahirrahmanirrahim.
hari ini hampir tidak dapat senyum. apa lagi untuk ketawa. aku tidak suka dilingkari situasi ini. bosan dan tertekan. penat dan lemas. Ya Rabbi, berilah aku sedikit kesabaran mengatasi saat ini. tidak gemar menunggu dan menanti. apatah lagi berhadapan dengan orang yang mudah mungkir janji.
thank you google
Subuh sampai Duha sampai Zohor. senyap tanpa berita tanpa cerita. masa lewati waktu. hingga Asar satu apa pun tiada khabar yang aku dengar. hati sudah malas. harap jangan sampai panas. takut jadi ganas.
thank you google
aku hantar sms :
tunggu punya tunggu punya tunggu..bila la..sampai dah hilang excitement..kenapalah selalu sangkarkan saya pada waktu dan keadaan...

diam.
tidak mengharapkan balasan.
takut hampa.
sudah biasa.
hampa.
thank you google
sms aku berbalas. tidak perlu aku tulis dan ulas di sini. seperti selalu salah itu memang menjadi milikku.

sinopsis : penantian itu "bosan"

p/s : kendati aku yang harus beralah, apakah aku yang bersalah?

Tuesday, November 23, 2010

pengalaman itu mengajar dan menyadarkan aku.

betapalah bertuahnya bumi malaysia ini.

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum.
hampir tidak kelihatan kenderaan di hadapan.
jangan silap. bukan tujuan menunjuk-nunjuk bila aku selalu ke sana dan sibuk bercerita pasal negara jiran tetangga. atas urusan kerja jugaklah yang membawa aku ke sana walaupun boleh aku kira negara jiran kita ketika itu sedang tidak aman oleh amaran Tuhan. pun seperti Allah SWT mengerti dan menghadiahkan aku pengalaman ngeri ini supaya aku patri kemas iman dalam hati. tujuan asal memang ke Yogyakarta untuk mengemaskini urusan yang belum selesai. hajat hati mahu bermalam dua atau tiga hari terpaksa aku kuburkan kerana keadaan yang amat tidak mengizinkan. aku dinasihatkan pulang dan bermalam di Semarang.

kereta yang berwarna hitam bertukar menjadi putih.
sepanjang jalan dariYogyakarta ke Semarang membuatkan aku cemas. debu memenuhi jalan dan sekali sekala hampir tidak kelihatan kenderaan di hadapan. udara sudah berbau belerang kerana telah bercampur-baur dengan debu Merapi yang garang. denyut jantung menjadi sedikit pantas mungkin kerana cemas. amaran tidak membenarkan umum lewati kawasan yang radiusnya kurang dari 20km sekitar Merapi. hati kecil meratap ngeri dan sesekali memarahi sikap degil yang jengkil.

namun bagi mereka, hidup mesti diteruskan.


Ya Tuhan, apakah yang mahu Engkau khabarkan kepadaku. hanya Engkau yang mampu tahu keadaan aku di kala kenderaan yang aku naiki di penuhi debu Merapi itu. rungutan sekadar di dalam hati namun sesekali  kelihatan jelas muka aku menjadi pucat seperti tidak berdarah lagi. masakan tidak, jalan yang aku susuri menuju Klaten dan Boyolali hanya bersebelahan dengan Merapi. Sungguh menghairankan, dari kenyatan teman dan kenalan yang sama di dalam perjalanan menunjukkan tanda yang tiada apa yang patut ditakutkan. mungkin daya tahan mental mereka tegar hingga sedikit pun mereka tidak merasa gentar.
sesampai di Semarang, hati walang bertukar girang. syukur pada Tuhan yang memberi aku waktu sedikit lagi. aku tidak mampu terus tidur dan di dalam kelelahan seperti kebiasaannya aku sempat mencatitkan nukilan peribadi tentang pengalaman yang tidak mungkin dapat aku lupakan sampai mati. catatan di sini memaksa aku mengalirkan airmata sekaligus mengizinkan aku memaksa hati dan qalbu tunduk mengalah kepada yang Satu.


SINOPSIS : bertuahnya tanah tempat tumpah darahku.

p/s : muka pucat lesi bila nampak asap Merapi memancut tinggi.

Saturday, November 20, 2010

mangsa pertembungan budaya kerja.

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum.
hari ini, SABTU; 20 NOVEMBER, 2010 (syhhhh...kak ct berangan nak jadi wartawan neh). haishhh leceh. baik aku terus aje tulis. instant and easy.

aku bukan kaki kelentong ok...kesian PENYU
pagi-pagi dahi sudah berkerut seribu. memang wartawan serata alam pandai bermain dengan tajuk berita. aku boleh tabik hormat pada mereka. beruk terkejut lagi...e'eh tersilap ungkap. terkejut beruk lagi bila terpandang tajuk besar di salah satu helai akbar hari ini :






Penyu jadi mangsa kerana Malaysia 
jangan tidak percaya, aku ada bukti prima facie. aku sertakan gambarnya sekali di sini.

berita lanjut kenalah baca sendiri. kalau aku tulis di sini, mahu jadi " novel " entri aku nanti. google saja utusan malaysia - sabtu, 20/NOV/2010.

SINOPSIS : bila terjadi pertentangan budaya kerja antara ikhlas mahu beramal atau mahu glamour, yang jadi mangsa dalam hal ini ialah Si Penyu.

MORAL OF D'ENTRY : LOVE OUR NATURE

P/S : yang ada depan mata cuma kuwe-kuwe yang mana saiznya hampir sama dengan anak penyu dalam gambar itu. salah tu kak ct. betulkan ejaan kak ct. kura-kura bukan kuwe-kuwe. adeeiii...macam mana mahu jadi wartawan neh.

Friday, November 19, 2010

berontak

dan berontak lagi tapi cuma dalam hati...

bismillahirrahmanirrahim.
pekak buta dan bisu

kalau dengan aku
senyap sunyi macam nampak hantu
kalau dengan aku
berat mulut macam ada batu
kalau dengan aku
sepatah aku sepatah kamu
kalau dengan aku
mendengar macam mahu tidak mahu
kalau dengan aku
gelisah cepat terburu-buru
kalau dengan aku
macam tidak boleh berfikir, buntu
kalau dengan aku
idea tidak mari, beku.

kalau dengan dia
manis wajah macam gula
kalau dengan dia
gelak ketawa lupe dunia
kalau dengan dia
bercakap sampai tidak cukup masa
kalau dengan dia
boleh pulak berbual banyak perkara
kalau dengan dia
jawapan skeptikal "boleh saje"

kalau dengan aku
engkau jadi buta, tuli dan bisu
macam patung yang di atas itu
kalau dengan dia
bagaikan dunia ana yang punya

sinopsis : mahu rejam sampai mati. siapa ya yang harus direjam. bukan itu hukumannya hukum Allah. halalkan saja waktu yang tidak terpenuhi dan yang telah dia curi. waktu dunia, lamanya pun tidak seberapa. serahkan kepada Allah SWT mengadilinya.

p/s : kena pasrah lagi. terpaksa? redha!

Wednesday, November 17, 2010

demi sesuap nasi...

syukur pada Allah SWT.

apa pun pasti dilakukan demi sesuap nasi walau menerima upah Rp.500 bersamaan RM0.20. dengan alat muzik yang ntah apa-apa mereka melewati kedai ke kedai sambil menyanyikan lagi porpular di kala ini. tajuk lagunya aku kurang pasti sebab aku memang kurang rajin mendengar lagu-lagu dari negara mereka. namun lagu yang dinyanyikan berjaya mencuri perhatianku. sedap jugak lagu ni, dalam hatiku berbisik.
bagus suaranya.
sayang...aku tidak tahu tajuk lagunya.
peluh menyimbah dahi apabila disuruh menyanyi hingga 3X.
selesai mereka mendendangkan 3 buah lagi, aku menghulurkan Rp.15,000. after converting cuma RM5.50. itu pun sudah dikira lumayan kata kenalan aku yang memang berasal dari sana.

moral of the entry : berusaha demi sesuap nasi.

p/s : di sini, agaknya kalau disuruh berulang-ulang kali mahu dihempuknya kita dengan gitar itu. walau pun saisnya kecil, berdengung jugaklah sekejap.

* yang berbaju t-shirt putih bukan ahli kumpulan ini. ada jugak aku kena debik kalau aku lupa beritahu kenyataan ini. mampuih!!!

padat serta sendat yang tegar.

alhamdulillah.
masih dikurniakan sedikit waktu bercerita sekadar termampu.

sekali lagi aku bersyukur menjadi rakyat Malaysia, hidup di Malaysia. walau ramai yang merungut itu ini begitu begini di sana di situ di sini di mana-mana ada-ada saja yang meluahkan rasa tidak puas hati. bersikap "qanaah" itu baik namun janganlah sikap itu meng"hadang" untuk kita terus berusaha kerana Allah sangat sayang kepada mereka yang rajin dan terus berusaha. wallahua'alam.

Kepadatan Penduduk Tegar.
hampir tidak terdapat ruang kosong di antaranya. kalau ada pun pasti ditanam padi walau luasnya hanya sekangkang kera. gila dalam hatiku berkata. namun itulah realiti kehidupan di negara jiran yang segelintir daripada mereka kadangkalanya bersikap "lupa daratan".

hampir setiap inci terpenuhi.

dalam hatiku berdetik lagi. tidakkah mereka takut akan musibah tanah runtuh sedang mereka tahu bahawa negara mereka terletak di kawasan lingkaran gunung berapi aktif. apakan daya mereka. kehidupan harus diteruskan walau nyawa di badan harus dikorbankan.
di waktu malam...
sepanjang jalan aku menarik nafas panjang, dalam-dalam menahan airmata dari luruh. syukur Ya Rabb, bumi yang aku pijak aman damai serta jauh dari bencana alam.

p/s : kadang-kadang hairan pada mereka yang suka memberontak tidak tentu pasal. mungkin faktor cuaca agaknya.

Wednesday, November 3, 2010

sudah jadi Wednesday Blues pulak.

mood terkucil hari ni...monday wednesday blues
bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum.

hari ini hari rabu, 3hb. november, 2010. hari rabu bukan hari isnin. tapi kenapa pagi-pagi aku dah blues. pagi-pagi sudah cari tissue mahu lap airmata. apa sudah jadi. apalah, mahu tunggu hari isnin ke baru nak blues. sedih yang mahu datang bukannya kira hari. kadang-kadang seminit selepas ketawa macam orang hilang akal aku boleh senyap macam dilanggar garuda. bukan garuda blogger yang itu. ini perumpamaan saja. terkial-kial mencari dari mana puncanya. tapi bila aku fikir-fikir, redha itu banyak hikmahnya dari marah-marah dan boleh padamkan kemarahan. aku akur untuk menjadi seperti di sini


p/s : mahu merajuk tapi sikap suka merajuk ini merugikan. boleh trigger sahaja dan tidak elok diamalkan.

Tuesday, November 2, 2010

6 tahun aku tunggu and at last...yeaahhhh.

alhamdulillah, akhirnya aku dapat jugak apa yang aku hajati. enam tahun aku sabar menunggu untuk mendapatkannya. rasa-rasanya apakah bendanya itu? tidak mahal mana pun. boleh saja aku pergi beli sendiri. tapi sengaja mahu manja atau lain perkataan yang lebih tepat lagi...mengada-ngada mahu suruh orang belanja.
nanti bila aku tunjukkan bendanya, mesti ada yang kata, ermmm...benda ni, tak payahlah nak tunggu sampai enam tahun. beli ajalah kat hyper market yang macam cendawan tumbuh kat malaysia ni. betul ni nak tahu jugak. tapi kena janji, jangan mengata, mengumpat atau mengeji. tiada maaf bagimu...uhhh merbahaya ayat tu seh. baiklah, tanpa membuang masa, sekejap lagi akan aku tunjukkan. jeng jeng jeng...
hape...water springkler. ye, betol...water springkler.
ha, kan betul aku kata. ramai yang akan ketawakan aku. tak apa, aku tak marah pun kalau engkau orang ketawakan aku kerana sanggup tunggu sampai enam tahun kerana benda ni. yang thrill sekali masa lepas pasang dan setting automatik timer. siap baca bismillah bila nak on. kelakar kelakar. bab ni dah lepas. yang lagi kelakarnya bila air tersembur keluar dari nozzle dengan hizzing soundnya sekali semua menjerit dan tepuk tangan tanda berjaya....yeaaaaaaaaaaa. dengan-dengan aku so call mak budak pun terlompat-lompat macam kera kena belacan. aneh-aneh perangai. tiba-tiba...jap jap...bukak baju bukak baju...amek gambo amek gambo...cehhh, kuno, macam jakun. orang sakai pun dah maju. minta maaf tok batin. tengok ni, lagi haru...
pat bergambo ni yang tak boleh tahan...poyosssss.
tapi minta maaf la ya *tuan/puan/encik/cik (potong yang mana tidak berkenaan), ada bahagian-bahagian yang terpaksa di sensor bagi menjaga nama baik sebab pusat tu aurat..huahuahua. lawak seyyyy.

aku enjoy, kami enjoy. tidak rugi rasanya aku tunggu hingga enam tahun untuk memilikinya. dan kini aku tahu kenapa baru sekarang Allah SWT mengizinkan aku memilikinya. i love my kebun very much.

p/s : rumah orkid telah tersergam indah, pokok orkidnya ciput. tungguuuuu...harimau (ATM) ada di mana-mana. nasib baik beli pokok bunga tak boleh guna credit card, kata en. suami. hampeh dalam hatiku merungut.

Friday, October 29, 2010

ibu...kami lapar.

subhanallah...alhamdulillah.
assalamualaikum wrt.
buat muka sedih...minta makan ngan ibu.

allahuakbar.
kenapa semua melepak kat sini. buatnya ibu terpijak. usahkan badan kamu. ekor kamu saja pasti kamu menjerit. tambah lagi kaki ibu yang sakit. mana mahu timbang badan yang macam model iklan sambilan ni. tapi iklan pasal makanan. sudahlah ibu turun tangga macam ketam, kamu duduk santai macam minta belas kasihan. kenapa ni? semua nampak jinak saje. kalau tidak, waktu-waktu begitu ibu panggil pun semua tidak pandang dan tidak endahkan.

adik : ibu!, makanan meow dah nak abes. topeq kasi sikit aje buat sarapan pagi..buat alas perut.
aku : aiek..baru minggu lepas ibu beli..sudah sapan (habis). apsal pulak cepat habis kali ni?
adik : abeh, dah ibu belikan yang sedap punya..mestilah cepat abes.
aku : aha la. ye tak ye jugak. hai meow2...nko orang pun pandai rasa...tekak mahal betollah.

memang pun. minggu lepas, aku jumpa veterinar. sang doktor (veterinar) syorkan supaya makanan mereka dicampurkan yang biasa (w#@*!s atau dan f#&*ie@) dengan yang mahal. kenapa yang mahal? mungkin jugaklah, yang mahal itu selalunya yang mengandungi khasiat yang lebih. vet juga syorkan supaya letakkan tempat air minuman mereka di banyak tempat supaya mereka banyak minum air. aeiii..macam manusia jugak ek kena banyak minum air.

p/s : kena jumpa ghimau (ATM) lagi lah nampaknya hari ni.

wassalam

Tuesday, October 26, 2010

tidak perlu mahal sebagai tanda kasih.

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum wrt.

aku belum pernah bertemu. berkenalan pun di alam maya (cyber). tapi dihujung sana selalu kedengaran suaranya. memang orang akan kata aku obses bila berkawan. dulu pun sama jugak. sempat poskan kek lapis sarawak kepada kenalan aku di kuantan, pahang. hingga sekarang kami masih berkawan namun belum pernah sekali pun bertemu, gilakan. sudah hampir 3 tahun sejak aku mengenalinya di laman web myspace di awal tahun 2008. mungkin sikap keibuan aku sangat besar. aku selalu bahasakan diri aku "ibu" agar hubungan menjadi lebih mesra dan akrab.

kali ini di ruangan ini. aku juga orang baru di blogger ini. kendati aku suka membaca dan menulis aku telah dipertemukan dengan insan ini. menggunakan bahasa yang mudah tetapi tepat, nukilannya mudah menyentuh hatiku. berkongsi kegemaran binatang kesayangan pun berkongsi nama samaran aku seperti magnet menjadi akrab dan rapat dengan dia.

hadiah kamu sudah siap tapi belum sempat diposkan lagi.
aku telah berjanji mahu hadiahkan sesuatu kepada dia. tidak mahal sungguh tidak mahal hadiah yang bakal aku kirimkan buatnya. tapi yang mahalnya adalah ia datang dari hati yang tulus ikhlas. harap dia juga dapat terima dengan ikhlas walau pun harganya lebih mahal sedikit dari kedai RM5.00. hasrat dan hajat untuk bertemu memang ada, meluap-luap macam air mendidih tapi kami akur akan tugas kami sebagai seorang isteri yang berpegah teguh kepada "symp" singkatan kepada "saya yang menurut perintah" en suami.

sengaja aku hitamkan nama kamu supaya orang tidak mudah "ngorat".
insyaallah, hajat dan hasrat yang baik sentiasa disampaikan. dan Allah SWT maha mengetahui kenapa dia dipertemukan dengan aku dalam bentuk yang begini.

wallahu'alam 

p/s : suatu hari kita pasti bertemu. kalau kamu "raja" makan, ibu pasti masakkan makanan yang sedap-sedap untuk kamu. pada hari itu nanti please delete the word diet ok. kalau mahu diet, dietlah sepuas-puasnya di hari-hari berikutnya.

Monday, October 25, 2010

macam kabus, rupanya jerebu.

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum wrt.

dipendekkan cerita, aku fikir kabus, rupanya jerebu. aku masih ingat tarikh hari itu sebab angkanya cantik, 20.10.2010 dan kebetulan awal pagi hari tersebut aku ucap selamat hari lahir kepada anak saudaraku yang sudah terlajak-lajak umurnya. lelaki tidak apa katanya. lelaki makin tua makin berharga. bedebah punya anak saudara. en. suami sempat senyum perli tatkala mendengar berita bahawa IU yang dicatatkan di lebuhraya yang kami lalui tadi pagi melebihi tanda aras selamat iaitu IU103 kerana yang aku sangkakan kabus rupa-rupanya jerebu. Ya Rabb, mati hidup aku fikir kabus, sempat keluarkan kamera merakamkan keadaan kabus@jerebu tersebut. memamg cantik, macam di luar negara. pandangan terhad hanya setakat 500 meter di hadapan. bahaya sangat bahaya lebih-lebih lagi bagi mereka yang menggunakan lampu putih (halogen).

photo 1
photo 1 - rakaman menggunakan telefon bimbit jam 7.50 pagi di lebuhraya Utara - Selatan sekitar Tangkak / Pagoh, Muar, Johor.

photo 2
photo 2- rakaman menggunakan kamera cyber-shot sony jam 8.00 pagi di lebuhraya Utara - Selatan sekitar Tangkak / Pagoh, Muar, Johor.
di dalam keadaan yang mana pandangan terhad iaitu lebih kurang 500 meter di hadapan sahaja, aku minta en. suami pasangkan lampu kereta untuk langkah keselamatan. 
 p/s : bagi mereka yang menggunakan lampu kereta yang berwarna putih (halogen) lebih harus berhati-hati kerana cahaya lampu itu hampir tidak kelihatan dalam keadaan cuaca berjerebu tersebut.



Friday, October 22, 2010

macam pelik aje rupanya.

bismillahirrahmahnirrahim.
assalamualaikum.

manusia ni pelikkan. macam-macam gila ada. namun asalkan "gila" tidak menyusahkan diri dan orang lain cukuplah. aku dan beberapa  orang kawan blogger memang so call "cat lover". sampaikan ada yang geleng kepala kenapa kami boleh berhabis duet membeli gajets untuk mereka. ini adalah gajet terbaharu tempat minum mereka. comelkan!!!
boleh guna botol air mineral aje...gajet yang ini affordable!
rupanya memang macam pelik sedikit. tapi sebenarnya sudah lama aku cari tempat minum kucing berkonsepkan ini. paling tidak pun si kunchup and the geng akan sentiasa dapat minum air yang tidak terdedah kepada habuk. kan sekarang ini musim jerebu. memang patut pun pencinta kuching menggunakan inovasi ini.

- sila tambahkan air di dalam botol bila sudah tinggal sedikit.
- semua jenis botol boleh digunakan (botol air mineral paling sesuai).
- jika bahagian permukaan air yang terdedah itu berhabuk, hendaklah dibersihkan dan digantikan dengan air yang baru.

mudah bukan!. bak kata orang putih, "friendly user".


p/s : si kunchup terperanjat apabila tiba-tiba ada gelembong udara di dalam botol air.



Saturday, October 16, 2010

jahat! jahat! jahat!

bismillahirrahmanirrahim.

astaghafirullah. kenapalah dengan kucing pun aku naik angin. apa tidaknya, semalam turun saja, berterabur bulu burung di porch. eh, siapalah yang punya angkara jadi carnivorous ni. walhal tidak pernah kurangnya aku beri makan siang malam pagi petang, siap minum susu lagi supaya gigi kamu kuat. sah si bella yang punya hal ni. sebutir perangai mak dia. sudahlah bulu dan mata serupa, perangai dan ilmu saka tangkap burung pun diturunkan ke anaknya.
pepagi dah kat menara pandang skodeng burung.
lama aku mengendap bella tengah mengendap burung. burung mengendap apa pulak? aku pun satu jugak, memang suka tabur nasi berlebihan untuk burung-burung di belakang rumah. bukan niat buang, daripada masuk terus dalam tong sampah, baiklah aku beri pada burung-burung yang memang setia menanti habuan daripada aku hampir setiap pagi. macam-macam jenis burung ada. aku kurang arif tentang hal-hal burung ni. minta maaflah ye.

hailah bella, tidak cukupkah makanan yang ibu beri. kesian, burung-burung itu mahu hidup jugak. mungkin bukan niat bella membunuh untuk makan tapi sekadar suka-suka test power terror dia dan atau memang tabiat kucing pantang lihat benda-benda yang berterbangan.

turun bella, turun sekarang jugak. kalau tidak ibu panjit dengan air ni. sepontan kena percikan air, bella turun dan golek-golekkan badan. halamak, rahsia aku skodeng dan tangkap burung telah terbongkar! baik buat-buat manja supaya ibu tidak tsunami. bella! bella!, kalau tidak takkan ada pepatah orang-orang tua tentang alim alim kucing. benarkah peribahasa itu...ntah. wallahu'alam.

p/s : dulu, burung yang ditangkap si grey, aku jaga sampai seminggu, nasib baik bila dilepaskan burung itu mampu terbang. kalau tidak, nahas kau grey.

Thursday, October 14, 2010

maafkan ibu zirah...

bismillahirrahmahnirrahim
alhamdulillah segalanya telah berjalan dengan lancar. bukan ibu tidak ingat pada zirah. bukan sengaja tidak menghadirkan diri ke majlis yang bersejarah buat zirah. jauh di sudut hati ibu, ibu mahu lebih dari itu. namun soal jodoh itu tulisan Allah SWT dan itu juga soal hati. ibu sayang zirah macam anak sendiri. apakan daya kudrat ibu tidak mampu melangkau takdir. tapi apa pun, siapa pun dan di mana juga zirah, zirah tetap ada tempat di hati ibu. ibu masih ingat bagaimana gadis berusia kamu dapat memahami dan dapat merungkai rentak luka hati seorang perempuan, isteri dan ibu. ibu masih terbayang air matamu tergenang mendengar cerita ibu, keluh kesah ibu, pahit maung dan susah senang menjadi seorang perempuan, isteri dan ibu. 

usahlah engkau merajuk kerana ia menambah sebak hati ibu. hanya Allah yang mampu tahu apa ada dalam hati ibu. jangan pernah zirah tidak balas sms ibu atau tidak mahu pick up panggilan ibu kerana ia akan menambah luka sedia ada. satu pesan ibu, pasrah dan redha itu suatu nikmat dan kebahagian itu kurniaan Allah SWT. menangislah jika itu mampu meredakan kerana hanya itulah yang dapat ibu ajarkan. tetapi, linangan airmata itu hanyalah kerana Allah SWT dan tatkala itu selesai engkau lakukan, engkau mampu senyum dan bangkit semula seperti sedia kala, insyaallah.

wajah mulus & tulus zirah.
siapa pun yang berada di hati kamu juga akan berada di hati ibu.
semoga pertunangan mu dengan si dia pada 10.10.10 berakhir ke jinjang pelamin. ibu doakan kesejahteraan buat zirah.

wallahu'alam.

p/s : ibu sayang zirah.

testing testing 1 2 3 click

alhamdulillah
syukur nikmat Allah. hasrat dan hajat telah tercapai. cuma belum pro lagi macam mereka mereka yang di Flickr. well, practice will make me perfect. mula-mula terkial-kial dan terkais-kais macam kucing hendak melepas. selang seminit lihat buku manual. apa pun, terima kasih aku ucapkan pada Tn. Hj. Muhid bin Hj. Md. Yusof yang telah sudi menghadiahkan "idaman" ini sebagai hadiah hari lahir yang ke "--".
testing baru!
beraleh arah nampak...ada yang macam JLo ke??
berat sangat ke bang..sampai keluar urat tangan..hehe
sah..zoom kat amoi neh!!
masih lagi mentelaah buku panduan manual. boleh tahan jugaklah harga dia. kalau ikut saving, aku belum mampu miliki buah hari aku ini. ntah...sejak bila mula jatuh hati, aku pun kurang ingat. nampak gaya, habis segala bende di kebun aku zoom.
kalau ada sesiapa yang sudi jadi guru sandaran mengajar aku tentang kegunaan serta cara-cara menggunakannya, bolehlah isi borang pendaftaran.

p/s : terima kasih en. suami, belikan saya ini. saya janji akan saya jaga pokok bonsai sampai besar. don't worry babe!!!

macam inspection kereta di PUSPAKOM pulak...

assalamualaikum wrt
bismilahirrahmanirrahim.

mula-mula di bonet...
hidung kembang kuncup mungkin masih ada lagi bau ikan sebab aku pergi pasar pagi tadi guna kereta ini.
macam takut-takut aje
ingatkan dia nak keluar! ntah macam mana dia melompat semula masuk ke kereta tapi macam takut-takut aje muka. kuku tangan macam standby untuk SOS kalau-kalau penutup bonet jatuh ke bawah.
sudah confident nampak
dia sudah mula confident. aku panggil pun dia buat pekak aje. cis, bedebah punya kunchup.
hampeh...dia buat tak dengar aje.
haishhhh...lansung buat tak pandang. lansung tak pandang belakang pun. kalau macam ini punya sombong, hari ini no fresh udang ok. jawabnya whiskas sampai besok.

p/s : kunchup@kunchoro baru 7 bulan tapi nampak besar macam kucing hutan. badan aje besar, kalau nampak kucing jantan lain melintas, dia yang ca alif but dulu.

si grey yang gedik

assalamualaikum
bismillahirrahmanirrahim

seminggu sudah aku tidak update blog ctpayong. bila duduk diam, macam banyak idea tapi bila mengadap PC, idea serta merta hilang. ini baru mahu warming up. mahu cerita pasal kemalangan 10.10.10 rasanya cerita tersebut telah mengatasi carta cerita pembunuh kejam yang tiada berhati perut, @#%$#@!

sebenarnya lima hari aku ke jepara, indonesia. jangan silap, bukan holiday ok tapi atas urusan mencari rezeki. risau sewaktu di sana, meninggalkan kucing-kucing di rumah dengan meminta ehsan anak saudara memberi makan serta lain-lain keperluan. setiba saja di depan rumah, sebaik nama-nama mereka dipanggil, semuanya berlari mendapatkan aku serta mencium-cium kasut dan bajuku. aduh..sedih pulak rasanya.

aieee...tidur gaya apa pulak ni?
p/s : tak pulak nampak meow yang comel-comel dan montel-montel semasa di sana.

note kecil : terima kasih kepada kawan-kawan yang telah buat BW ke blog aku. aku minta maaf jika ada yang tidak sempat aku balas.

Tuesday, October 5, 2010

terkezut berok...wakenabeb

assalamualaikum wrt
bismillahirrahmanirrahim.

mahu kongsi cerita.

Haram Hukumnya Bagi Seorang Laki2 Menikah Dengan Gadis Sekantor.."
MUI Jakarta mengeluarkan fatwa baru.

thanks to google pic.

memang terkejut berok macam berok terkejut...wakenabeb

Setelah diadakan rapat dan diskusi diantara para pemimpin MUI dan dewan pakarnya, dan juga telah ditimbang berdasarkan ayat-ayat alquran dan hadis nabi yang terpercaya sahihnya, maka MUI mengeluarkan fatwa : "HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SEKANTOR"

Fatwa MUI ini telah menimbulkan perdebatan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahwa MUI telah gegabah mengambil keputusan tersebut. Untuk mencari tahu alasan MUI mengeluarkan fatwa tersebut, maka wartawan Republika mewawancarai sekretaris umum MUI Prof.Dr. Din Syamsudin.

??? aku juga jadi terkejut sebab roomate aku adalah se opes dengan aku. ah sudah. betul ke apa yang dipaparkan oleh blogger ini : click sini

Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: "Pak Syamsudin, bagaimana MUI bisa mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis sekantor?"

Prof.Dr.Din Syamsudin: "Emang haram, menikahi satu orang gadis aja berat, apalagi satu kantor, kan itu banyak jumlahnya... .......please deh...jangan gilllaa ddooooong..

!!! urghhh rubi, kau bikin aku kaget. nasib baik tidak hanget.

gelagat si kucing

assalamualaikum wrt.
bismillahirrahmanirrahim.

hari ini terlebih rajin pulak. rajin tangan mahu menekan keyboard. otak yang sejak pagi tadi enggan berfikir, sekarang berlumba-lumba mengeluarkan idea. maka dengan pantasnya jari jemariku menari. haishhh..sudah bercampur puisi pulak.

dari awal pagi hujan telah mula membasahi bumi. entah kenapa kepala sakit macam tidak kena cara. malas rasanya mahu ambil p@*#&ol lagi. banyak buruk dari baiknya. mahu pejamkan mata macam sudah terlebih-lebih tidornya. tapi bila lihat kucing mucing aku tidur lena jadi jealous pun ada. eaiii...selalunya waktu-waktu padi begini kucing mucing ini punyalah aktif hinggakan terkadang kala jeritan suaraku bertukar menjadi jeritan tarzan. waktu itu kucing mucing ini berhentilah seketika daripada aktiviti mengoyak-ngoyakkan akbar lama yang sedang aku kumpul untuk dijual. RM15 hingga RM20 ringgit dapat jugak aku guna untuk beli makanan kucing mucing aku.

oooohhh...padanlah semua kurang aktif, cuaca sejuk sebab hujan lebat. dengan pantasnya aku pun mulalah clack click gambar dia orang sebab selalunya memang payah mahu habiskan sessi photography ni.

1. si dot yang penakut.
tidak friendly lansung.


 2. si kim jinak-jinak merpati
nampak manja, datang dekat lari.
3. si bella yang glamour
sejak tahu bella namanya, manja gile
 betul tak bella ida sama macam bella ibu?

4. si kunchup@kunchoro
manja tak agak-agak.
1, 2 & 3 adalah adik beradik satu mak lain bapak...huhu. si kunchup@kunchoro anak kutip kesayangan hubby aku sebab namanya pun hubby yang beri. greymoon, mak kepada budak 1,2 & 3 ntah tidur di mana. walau sudah beranak 3, greymoon masih lagi trang tang tang...pewitttt.

p/s : sayang mereka macam anak sendiri. sendiri sakit malas ke klinik kalau mereka yang sakit, penat pun aku start kereta. kata orang mereka antara binatang kesayangan nabi saw. oleh itu kita juga patut sayangi mereka.

wallahu'alam.


handphone aku xde kompas