Monday, May 31, 2010

beautiful creature

bagaikan satu ketenangan bila memilikinya.

unik dan menghiburkan.

cantek dan menawan.

aku juga catmania. ape jua yang dapat aku adaptasikan daripada kuching memang akan aku lakukan. dia cantek dan bersih. unik dan menghiburkan. memilikinya bagaikan satu terapi bagi diri. dan antara perkara yang menggamit aku untuk cepat pulang ke rumah adalah binatang ciptaan tuhan yang satu ini.
bercadang untuk membina Cat Home Sweet Home kat kebun. doakan cita2ku tercapai.

Sunday, May 30, 2010

frame of nrul


one day at my office. suddenly when i looked at my handphone...Ya Rabb budak ini!!! so i would like to keep it but all in one frame which i call it frame of nurul as i love her and she will be always in my heart.

Thursday, May 27, 2010

hey ladies

when you are right nobody remember...
and when you are wrong nobody forget.

sms si suami : Semakin hari aku bertambah keliru. Mampukah aku memadamkan sama sekali penceritaan mu sebelum ini, bagaimana harus aku mentafsirkan penceritaan mu selepas ini? Adakah dgn zikir dan kitab itu satu jaminan tiada kemungkaran berlaku? Namun sejarah telah memberitahu.

sms si isteri : Aku mohon jutaan maaf jika nota ini mengganggumu juga kehadiranku di rumah ini menyakitkan mata & hatimu. Aku sedar kini siapa aku di mata & di hatimu. Maafkan aku kerana aku tidak pernah merancang utk lakukan kesilapan tapi engkau juga adalah antara penyumbang sehingga aku tersasar begini. Once again, maafkan aku...maafkan aku.

aku bingong nak tolong tenangkan si isteri ini. paling tepat aku katakan supaya dia terus bersabar. aku katakan lagi kpdnya bahawa Allah swt nilai niatnya dan bukan perbuatannya dan syaitan itu telah berikrar mahu terus memesongkan niat yang baik umat Muhammad SAW hingga akhir zaman. bila lihat dia senyum, aku jugak turut dapat senyum.

Tuesday, May 25, 2010

jom ke kebun


1. its abt 20-30 from JB. ntah, mcm dekat sgt dgn bandar tp jom tengok dulu. ni jln masok ke kebun. drp jln besar abt 500m kena tempoh kelapa sawit. berbukit sket tempatnya. tu yang bleh buat aku kurus sket bila tiap2 minggu "golfing" kat kebun.


2. nak masok kenalah assalamualaikum dulu hehehe. dah ade 5-6 pokok durian yang berbuah tapi belom gugur lagi. insyaallah kalau gugur sok sok aku jemput dan jamu kau org sepuas-puasnya. jemput guna e-mail aje bolehkan.


3. kau org selalunya tengok buah durian je kan, ni ha ghope bunga durian. manelah tahu ade yg nak masok pop kuiz..."cuba teka gambar ape ni?"...ishhhh.


4. bunga manggis. cantikkan!!! warna pastel tu.


5. sebahagian buah dukong dah jadi tapi lom masak lagi. bolehlah kalau nak rase, makan sebiji sorang. zalim...zalim.


6. ni plak bunga dukong. cam bunga manggar pun ada jugak aku tengok.


7. mula-mula aku ingatkan putik rambutan. ghope2nya putik pulasan. cam supe je. rambutan dan pulasan kan ke sepupu.


8. xsangka aku tanam pokok kurma menjadi plak. tapi se pokok aje.


9. ade pengaga dan ulam raja jugak yg tumbuh melata. yang sedih ulam raja aku dah kena mesin minggu lepas...grrrrr.


10. ni buah delima tapi dah selamat kemana baham...minta maaf iya. tengok gambar ajelah.


11. cuba teka buah ape ni. kalau betol aku sponser holiday 2 hari 1 malam kat kebun aku huhuhu complete dengan meal skali. alamak sape plak nnt nak tolong aku masak.


12. ted...anak kucing pun ade jugak. 3 betina seko jantan. ted aku rasekan couple ni mesti sedondon. ko tengok anak dia...supe je warna. pandai pilih bulu jgk kucing ni hahaha.


13. posing tetap posing sbb dalam gambar xde bau...hehehe


14. aku dah pasang strategi camner nak lariskan durian aku. ape kata kalau aku letak penjual durian cun camneh??? ishhh cam exploitasi pompan jer. astagfirullah.


15. suka memang ar suke pegi kebun tapi pat yg ni aku lemah ni...adoiii sakit poyo kalau dia mengetep.

welcome to my kebun!!!. ikhlas ni bukan ajak-ajak ayam atau ajak2 itik ke kambing ke ghimau ke kupu-kupu ke ehhhh ape yg melalut plak ni.

Monday, May 24, 2010

every sunday


sebahagian permandangan di kebunku.

assalamualaikum semua especially.
to zira,
to ted,
to sue &
to azlina.

dulu every sunday pergi pasar, skang dah ade activiti lain, pergi kebun. mmg skang dah bukan hitam lagi, dah mcm kel...but worth kebuning. insyaallah kalau dah gugur, aku xlupe ajak ko org dtg. pondok baik punyer aku dah buat kat sane. siap a-cond lagi..eee. mcm2 ade kat sane. lepas siap2 nak balik sampai simpang ulu tiram kereta aku kuar signal meghapu dia. xaleh2 soh aku visit w/syop. urghhh...berpeluh hari ahad nak cari w/shop kat manenye, dah lah tengah penat gile. mmg nasib kureng lah hari ahad yang lalu. nak balik lepak kat umah...blackout pulah. adoooi. apelah punye takdir hari ahad yg lepas...tp syukur alhamdulillah at last aku dengan kete selamat sampai jugak kat worksyop. nyaman seh jap rase a-cond kat w/syop tu. sampai dua kali aku gasak white copy die. rezeki jgn di tolak...musuh kita kena fight...kuat lagi ke nak fight???

bukan kete aku..kete roomate aku!

tuan punye kete. ghope dah cam jepun, keje ngan dia pun cam jepun gak. hari ahad xkeje kat offs, dia soh keje kat kebun..perghhhh.



lantai w/syop dia boleh buat cermin sey.

Thursday, May 20, 2010

the promised photo


shahira dan shahriah adalah kembar xseiras. shahira kami panggil kakak sementara shahriah pula kakak adik. babanya dahulu "ehem ehem" kat aku...masa sekolah-sekolah dulu. tuntutan mencari ilmu menjadikan kami bertemu jodoh lain-lain. kami berjumpa kembali sewaktu si kembar telah berusia 4-5 tahun dan anakku berusia 3-4 tahun. sejak pertemuan itu, kami jadi family friends. xpernah mereka sekeluarga tidak ke rumahku pada setiap hari raya. yang sengal room mate aku...asyik keje keje keje.


jamuan tamat pukul 5 ptg tapi pukul 4 petang tetamu masih ramai lagi yang mencari-cari tempat duduk untuk menikmati nasi baryani special di rumah pengantin perempuan. sempat berposing walau sedang sibok melayan special guest for special day. dalam pada berkira untuk nampak lawa pada hari bersejarah si kembar ini, ayah muhidnya boleh tak terperasankan dia memakai hanya selipar jepun sepanjang majlis...ishh ishh ishh ishh, kemproh kemproh (perkataan jawa yang bermaksud selekeh).


shahirah bersama ayah muhid. gambar kecil shahira sewaktu berusia 4 tahun.


shahriah bersama ibu. gambar kecil shahriah sewaktu berusia 4 tahun.

Tuesday, May 18, 2010

kunchup@kunchoro


boss aku beri pinjam teddy bear anak dia untuk aku jadikan mak angkatku. sejak kecil aku dah di ajar minum susu lembu...nasib baik kuku aku tetap kuku kucing.


asal usul nama asal aku "kunchup" sbb telinga aku kuncup masa aku kecik-kecik dulu.
nama glamour diberi kerana melihat kepada kelincahanku yg sama mcm kelincahan pemain badminton indonesia; KUNCHORO
no. kad pengenalan : 100319-KT-1917


aku tak berapa nak ensem tapi macho. walau bulu aku kontot-kontot, aku bangsa jadi kucing malaysia. Malaysia Boleh!...ermmm nak tukar : Boleh Lagi Malaysia...(nak amek balik piala thomas).


terima kasih boss sbb sudi kutip aku di kaki lima masjid 3 bulan yang lalu. aku pastikan setiap pendatang haram ke rumah boss akan aku hapuskan.

Monday, May 17, 2010

akibat terlalu "sporting"

apakah dia rase apa yg dia buat itu sentiasa betul dan tidak boleh ditegur atau diperbetulkan. sedangkan Nabi Musa as ditegur Allah tentang keangkuhannya. beza krn Allah yg menegurnya.
telah pun sedari awal aku katakan, aku mewakili suamiku dlm semua hal. aku menegur sikap suamiku tetapi dia beraleh pula kepada isu lain kenapa pula aku pertikaikan dia berbahasa i & you sewaktu bekerja. demi Allah tidaklah sehingga ketahap itu cemburu aku. aku tidaklah pandai tapi aku percaya segala ape yg ade instinct di hatiku adelah hidayah daripada Allah swt. ape pun panggilan antara boss dan pekerjanya bukan soalnya tetapi caranya, gayanya, melankoliknya menjadikan aku berdiri bulu roma, menjadikan orang2 yg terperasan geli geleman. commonlah what is so big issue dlm hal ini. so, what is actually she is trying to tell everybody, that i am "cemburu buta". oh tidak...yes aku cemburu but not cemburu buta. aku bertindak bila sudah terlalu bah. dia tidak perasan sebab bukan dia yg rasa. nah sekarang bila dia terasa, dia melenting. yg menjadi persoalannya, kenapa dia ni mengoyan sakan bila aku ingin membetulkan suami aku. aku tahu suami aku siapa, aku syg rumah tangga aku...xfaham xfaham. bukan kah telah aku terangkan, regardless siapa pun dia kalau bukan dari darah dagingku sendiri tidak haruskah aku ade hak untuk merasa cemburu. sebenarnya, what is she trying to tell me...kenapa susah sgt terima teguran. are you so perfact.
kalau mcm ni lah gaya & caranya baik aku simpan ajelah niat baik aku dan tutup rapat2 sbb dia pasti tidak boleh terima walau seinci perkataan drp org spt aku yg tidak berpelajaran & tidak berharta ini. cukuplah setakat ini shj aku memberi teguran sbb dia juga aku kira orang yg sgt ego sbb sukarnya menerima teguran untuk kebaikan. dia lebih pentingkan pendiriannya berbanding pandangan org luar dan tetap mahu menegakkan pendirianmu shj.

moral of the story : bersederhanalah di dlm segala hal. akibat terlalu sporting, inilah padahnya!!!.
dunia dunia...susahnya nak membetulkan yang salah sehingga seperti bersalah bila mengatakan ianya salah. Allahuakbar!

Monday, May 10, 2010

age is catching me!

Allah, the Beneficent, the Merciful.

kak na, make sure 7 & 8 May kak na & abang muhid & kikie and taufiq be in shah alam. kakak and kakak adik nikah sebelah malamnya. budak2 berdua tu nak ayah muhid ade pada majlis tu. ishhkkk...nie mimpi ke reality. adoi, macam tak berapa nak perasan aku dah "tua" dan juga bakal terima menantu. cepatnye masa berlalu . rasenya baru saje kami dua keluarga ke tioman. masih jelas terbayang macamana kakak, kakak adik, kikie & taufiq berlumba-lumba menunjukkan ke "terror" an mereka dengan anak2 orang pulau bahawa mereka jugak boleh buat aksi terjunan somersault & triplesault.
lepas solat jumaat kami sekeluarga ber"desup" ke shah alam. lepas saje plaza tol link ke dua, pantas tanganku dial no. phone mama ha dan menyatakan i'm on my way to see my twins getting married. seperti biasa, kalau tak sesat memang tak sah. dah tu sombong tak mahu bertanya. at last sampai jugak ke destinasi. anak dara berdua tu macam artis. pertama kali dalam hidupku melihat ayah menikahkan anaknya sendiri secara life, anak kembar pulak tu. memang meriah, siapa yang tidak gembira anak yang dididik mahu disunting orang. tapi lain pula aku, perlahan-lahan airmataku mengalir setelah mereka sah bergelar isteri. jauh di sudut hatiku berkata, wahai anak-anak belajarlah bersabar. cabaran besar menantimu di hadapan. sesungguhnya tiada lebih besar dugaan selain dugaan setelah engkau bergelar isteri. airmata tak sempat aku seka. supaya tidak ketara, aku tundukkan kepala. allahuakbar!

(gambar bersama mempelai sekeluarga akan dimuatkan kemudian) maaf ye tuan2 dan puan2.

Thursday, May 6, 2010

The beauty of "patience".


Allah, the Beneficent, the Merciful.

Forget the past. The past is gone forever. If we are facing the hardship in the past, know with certainty for everything that happens, occurs in accordance with a divine decree. (Verily, with hardship, there is relief - Qur'an 94:6). Today is all that we have, letting tomorrow comes by its nature. Ingrained in our heart and firmly believe that all matters has already pre-ordained by Allah swt.

Bukankah Allah telah melapangkan dadamu dengan memudahkan beban yang memberatkan tanggunganmu. Dan Allah tinggikan bagimu sebutan namamu (Muhammad saw). Sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan, benar sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila telah selesai daripada sesuatu urusan, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain pula dan hanya kepada Allah swt hendaknya kamu berharap. (Ash-Sharh : 1-8).

Again and always Allah, the Beneficent, the Merciful.

Allah tidak meninggalkan kamu dan tidak pula membenci kamu. Dia (Allah) pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. Dan apabila Allah mendapati kamu sendirian, lalu Dialah yang melindungimu. Dan Dialah yang memberi kamu petunjuk apabila kamu di dalam kesesatan. Dan Dia jugalah yang mencukupkan rezeki kamu. Ringkasan Ad-Dhuhaa.

Allah the Mighty, the Praised One gives us what we need but not what we want. Allah is the Hearing, the Seeing. Allah knows about us more that we know about ourselves.

"And know that victory comes with patience, and with hardship there is a way out, and with dificulty comes ease." - The Prophet (Blessing and Peace be upon him).

Sekianlah saja mukaddimah saya.


Allah, the Beneficent, the Merciful.

*at last berjaya jugak aku menulis blogku sendiri, syukur alhamdulillah.

handphone aku xde kompas