Friday, July 30, 2010

sedikit perhatian pun sudah memadai buat seorang isteri.

aku bosan, sungguh aku semacam bosan dgn rasa begini. rasa yg membuatkan aku sedeh dan akhirnya hingga boleh mengalirkan airmata. masakan tidak, siapapun jika berada di tempat aku pasti akan merasa keadaan yg serupa.
memang membosankan. apa tidaknya, asyik2 pasal dia. pasal kereta yg akan dibeli olenye. pasal rumah yg hendak dibeli olehnya. loan dia, kerjajaya dia hatta sekalipun pasal masa depan dia. aku tidak mahu tanya siapa dia dihatimu nnt dia tuduh aku cemburu. tapi aku nak tahu siapa aku dihatimu sehingga engkau tidak lagi dapat bercerita lagi tentangku kerana sibuk menceritakan tentang dirinya. namun apabila aku menyesali sikapmu yg satu ini, sekali lagi sikap dan tindakan aku dipertikankan. salah ke aku? cemburu ke aku? terlalu sangat ke pentingnya dia sehingga engkau lupa memikirkan aku. tentang perasaan aku, tentang hatiku yg terluka kerana kealpaan perhatian darimu. aku sedeh, sungguh aku sedeh. kesedihan yg terpaksa aku simpan dan aku pendam demi menjaga hatinya seperti yg engkau inginkan. siapa pula yg akan menjaga hatiku?

ya rabb, aku sangat mengharap kasih dan sayangmu untuk aku lebih sabar dan tabah demi mengatasi rintangan ini. 

lagi sms salina kepadaku dinihari tadi.

sms salina kepada suaminya yang difowardkan kepadaku lewat dinihari, 30 Julai 2010  

"sengaja atau tidak. dengan nyata atau dalam sembunyi, engkau telah pun pinggirkan aku. engkau telah pun melukakan hatiku. hanya Allah yg mampu tahu luka yg sangat dalam, dalam hatiku."

kata salina, bait lagu Fransisca Peter ini seperti cerita aku. 

"tiadaku menduga
kejayaan mengkaburi mata
sehingga kau merasa
tak lagi perlu
aku berada di sisimu."

adoh salina, sungguh engkau seorang wanita, isteri dan ibu yang sabar. biar pun begitu diketepi dan sepertinya tidak diendahkan, engkau tetap teguh berada di sisinya. salina, aku percaya, suatu hari suamimu pasti menangisi perbuatannya terhadap mu. bersabarlah salina kerana sabar itu adalah kemenangan yang mutlak.

aku fikir salina sudah ok, sebab sudah lama dia tidak contact aku. bila aku bertanya kenapa begitu, salina kata dia malu dan segan kerana sudah terlalu banyak menyemakkan kepala otak aku. aku katakab kepadanya, do not hesitate to tell and to ask me as long as you are fine. sempat cakap omputih lagi. 

cepat2 aku minta excuse sebab aku tidak mahu salina tahu aku menangis bila dengar ceritanya.

Wednesday, July 28, 2010

amanah serta rasa perikemanusiaan walau buat aku hati sakit.


akhirnya aku selamat menghantar pembantu rumahku pulang ke kampung halamannya di pleret, batudatar, bandung, indonesia setelah tamat tempoh permitnya bekerja denganku.
mujurlah ada kenalan berasal dari jakarta sendiri yg menghantar kami sehingga sampai ke destinasi dengan selamatnya. masakan tidak, dia sendiri seperti sudah lupe serta keliru arah menuju ke rumahnya. bayangkan ape akan jadi seandainya aku biarkan dia pulang sendirian dengan membawa gaji lebih kurang RM9,000 bersamaan RP25,000,000 tunai.
sepanjang dua tahun dia bekerja dengan aku, tidak pernah sekalipun dia hubungi keluarganya di sini. juga tidak satu sen pun wang dikirimkan buat keluarganya. pelik jugak tapi ini adalah satu dalam sejuta kisah. ape pun, aku telah pun sempurnakan amanah Allah SWT ke atasku, menjaga dia dgn baik, membayar fitrah serta membayar gajinya tanpa mengurangi satu sen pun. syukur aku ke hadrat Allah yg telah mengizinkan aku menyempurnakan amanah-Nya.
tapi kalau tanya aku, adakah aku hardup utk mencari penggantinya. aku akan menjawab, "oh, tidak sama sekali". sebabnya, aku punya pengalaman pahit dengan mereka. setakat ini, itulah jawapan muktamad dariku. tetapi pada waktu2 mendatang, wallahualam.

p/s : catatan aku buat jam 2:35 pg waktu indonesia di hotel alia cikini, jakarta, indonesia..selamat malam..upsss sorry, selamat pagi sudah.

Friday, July 23, 2010

dia pergi menemui yang lebih mengasihinya.

daripada Allah SWT dan kepada Allah SWT juga akhirnya kita akan kembali.

hampir setahun kak nor bergelut untuk hidup, koma. sehingga akhirnya dia hanya dapat menggerakkan mata untuk memberi isyarat. kak nor bukan siapa2 dgn aku. sekadar pelanggan tetap kuih tat bila tiba hari raya. sejak tahun lepas aku sudah tidak dapat rasa kuih tat kak nor lagi. kak nor telah setahun terlantar di katil.
akhirnya, hari ini 22/7/2010 kak nor telah menghembuskan nafasnya yg terakhir. kembali menemui Khaliqnya. cuaca bagai mengerti kesedihan yg mengisi disetiap ruang hati. redup dan gerimis hingga jenazah selamat dikebumikan. airmata usah cerita. sepanjang talkin dibacakan, tiada hentinya airmata menuruni pipi, tanpa sempat diseka. jadi malu aku layaknya.
tersentuh pun ade, takut pun ade bila mendengar bait2 ayat yg dibacakan.

dia pergi meninggalkan orang yang dikasihinya juga yang mengasihinya menemui yang lebih mengasihi dia.

al-fatihah.

p/s : sedikit mengubat hatiku atas pemergiannya bila hatiku berkata, "jasadmu telah pun diterima bumi sedang aku belum tentu lagi. Allahuakbar, sesungguhnya masih banyak lagi amanah Allah yg belum terlaksanakan.

Thursday, July 22, 2010

soalan yang menyakitkan hati dan membingitkan telinga...

apa rasenya apabila seorang suami bertanya kpd isterinya dgn soalan yg bunyinye begini, "duit gaji awak buat ape aje ea?"

si isteri cuma diam bukan kerana takut tapi atas dasar hormat & taat kpd suami. baginya pertanyaan itu dapat mengeruhkan keharmonian rumahtangga walaupun diajukan dlm keadaan ingin bergurau.

tidak ke si suami terfikir utk bertanya soalan2 yg lebih menunjukkan rasa tanggungjawab atau rasa perihatin sebagai contohnya seperti;
masih ade lagi ke beras yg kita beli bulan lepas atau
toiletories kita ade yg sudah habis atau
cukup ke tidak duit belanja pasar yg saya beri atau
anak2 tengok movie hari tu guna duit awak ke atau 
awak beli keperluan dapur guna duit awak ke?
andai itulah soalan yg diajukan, nescaya si isteri pun rasanya tidak sampai hati utk reclaim dari suaminya. si isteri pun faham rasanya tujuan dia bekerja untuk mengurangi beban perbelanjaan suami. tapi bila si isteri tidak berkira, si suami pijak kepala. lansung tidak tahu hendak menjaga hati dgn bertanyakan soalan2 yg sengaja mencari nahas.
satu lagi penyakit suami2 di zaman so call IT ini ialah apabila si isteri boleh mengurus diri sendiri. tidak terlalu bergantung harap pada suami. maka si suami ambil kesempatan menghabiskan masa terluang dgn memberi perhatian kpd yg lain. akhirnya bantuan si isteri itu memakan dirinya sendiri.

p/s : wahai lelaki, ketahuilah sesungguhnya, isteri itu adalah amanah Allah SWT terhadapmu. engkau akan ditanya tentangnya di akhirat kelak.

Thursday, July 8, 2010

bila mak mak macam aku layan bola..jerit je lebih!!

pagi ni aku layan bola sampai ke minit terakhir spain kalahkan germany 1 - 0. kesian pulak tengok germany kalah. sepatutnya spain boleh dapat lebih dari satu. banyak chances tapi tak ade rezeki lebih. final si orange lwn. spain. tak sokong mana2 cuma joint the crowd aje buat bising dan tambah-tambah bahan mengutuk. geli hati pun ade jugak bila baca "caci mencaci" kat facebook anak bujang aku.
makanya kenalah berhati-hati apabila semua ramalan si sotong kurita semuanya menjadi. kena beringat, jangan sampai taksub sebab boleh jatuh syirik pulak nanti. nama pun sotong, buat geli-geli aje sudey. si abang netherland. si adek spain. ayah dia orange. aku tunggu, muka sape yg bertukar oren. siapa pun champion aku tetap tumpang tuei punyer.
johor FC kena 4 - 0 dgn terengganu. aku cadangkan tambah "K" kat depan johor FC gerenti porpular seanterio dunia.

p/s - macam mana nak ade pelapis muda bola sepak negara, padang sekolah pun sudah lama tak ade. tak ape lagi kalau drp kaki bangku jadi ulat buku, alhadulillah. ditakuti bertukar menjadi "kutu"..masyaallah..nanghuzubillah.

Monday, July 5, 2010

to you...mother


thank you, mother 
for being a mother
to have courage and strength
to love and cherish
to remain firm and patience.
you care less about yours
need and necessity
dream and hobby
love and desire
just by being you for me.
your caring and sharing are infinity
fearless turning harmful to harmless
your goodness and benevolence
never have and end.
you feel proud for being you for me
healing the pain
smile to make me smile
lending your shoulder for me to cry 
share the moment of happiness
feel the feeling of sadness.

no credit resemblance
nothing compares
to your kindness
to you
for being you

just for me.

orangbiasa10052009

Sunday, July 4, 2010

argentina vs germany

perghhh...empat kosong! ramai yg kalah betting game neh.

p/s : jauhilah 4 perkara. kenapa judi itu haram? sebab Allah SWT telah tetapkan judi itu haram.

sedeh tengok messy...y=i
sedeh tengok maradona
sedeh tengok putih biru

Don't Cry For Me Argentina.

Saturday, July 3, 2010

lelaki oh lelaki

sabtu 3/7/10 - berita harian : XY 15 ( Tumit Tinggi )
jarang baca ruangan ini sebab asyik sibuk cari tender yg macam spt nak pupus sekarang ni. tajuk yg menarik, pandai TT (singkatan untuk tumit tinggi) curi pandangan pembaca, syabas TT.
 setiap yang Allah SWT jadikan pasti ade sebabnya.
"waspada suami orang species paling bahaya" uhhh lihat tajuk je rasa macam nak terkedu. tapi apa yang disuarakan dalam bahasa yang mudah difahami di dalam penulisan dak TT tu aku puji. kalau dulu siapa makan cili, dialah yg terasa pedasnya tapi sekarang kalau tak ade cili, cili sause tapinya, selera tak mari, chet. hukum Allah SWT itu perfect, hingga akhir zaman. baca Al Quran biar sampai habis, jgn baca sekerat-sekerat. bila bab kahwin lebih, dua, tiga dan empat berhenti sampai situ. teruskan...kalau tak mampu cukup seorang sahaja. ikut sedap mulut kahwin lebih dari satu ikut sunah nabi, pun kenapa ikut separuh-separuh saja. nabi kahwin sebabnya apa??? kaji kesah nabi pun tidak sedap cakap sebab sedap ikut cakap orang. aku pesonally tidak anti poligami tapi pelaksanaannya sangat menjeruk hati anak isteri. fikir-fikirlah wahai lelaki, takkan nafsu yg satu itu pun tak mampu kau bendung sedang Allah kurniakan 'akal lebih melebihi 'akal isteri agar suami dapat menjadi ketua yg dihormati.

p/s : bukan cakap sombong, ade jugak suami (bukan semua) yg subuhnya pun dikejut isteri...hampeh wei.

Thursday, July 1, 2010

kasih yang semakin pudar

tautan kasih semakin longgar
kerana hati yang rakus dicalar
sekalipun aku cuba berlari mengejar
angkuhmu yang tegar
mencakar membakar.

senyum tetap menguntum
walau hati meruntun
kasihmu perginya deras
menghambat pantas
hatiku yang kian lemas
oleh paluan jiwamu yang keras
hingga tiada berkesempatan waktu
memujuk hati yang terguris pilu.

mungkin ada baiknya
agar aku menjadi sadar.

aku bersahaja saja
mempamer seperti tiada apa
supaya hati tidak terlalu hiba
kerana luka yang tidak nampak berdarah
namun parah ketara payah.

disebalik wajah nan ayu
rupanya engkau miliki hati sekeras batu
dan aku
tidak mahu lagi merayu
untuk terima aku seadanya aku.

orangbiasa 01072010

hati terguris bersulam tangis tetap kuhias senyum nan manis

handphone aku xde kompas