Monday, August 30, 2010

jangan sampai ada pulak ketam yang mahu mengajar kita berjalan tegak.

siapa yang silap dan siapa pula salah? siapa betul dan siapa yang benar?. manusia mana ada yang sempurna. sempurna itu hanya milik Dia, milik mutlak Allah SWT. namun Allah SWT tidak kejam. Dia datangkan utusan iaitu Nabi Muhammad SAW. malah dilengkapi dengan Al Quran dan Hadith sebagai rujukan.
sesungguhnya Al Quran dan Al Hadith sebaik-baik tempat rujukan.

inilah akibat apabila agama dipolitikkan. natijahnya hukum Allah SWT dengan mudah ditukar ganti dan diputar belitkan. sunhanallah, tidakkah Islam itu mencakupi dalam segala aspek.

aku bukanlah orang yang boleh membincangkan perkara ini. sangat sedikit ilmu aku tentang ini tetapi yang sedikit itu yang aku pegang sampai mati. selayaknya yang arif dan telah Allah SWT beri kelehihan kepandaian di dalam hal-hal begini wajib berani mengajar dan membetulkan kesilapan. jangan sampai ada ketam yang mahu mengajar berjalan betul. maka tiada arah tujuan akhirnya. hukum Allah SWT itu nyata halal haram sunat dan harusnya.

setelah 53 tahun Malaysia merdeka, apakah masaalah dahulunya mudah menjadi terlalu susah dewasa ini.  

P/S : aku bersekolah agama tidak sampai darjah khas tetapi apa yang aku pelajari dan aku ketahui aku amalkan. rujuk pada yang pakar. kalau yang pakar pun takut bersuara maka harus pula kita bertanya kepada mereka, tidak takutkah tuan terhadap api neraka???

wallahu'alam bissawab.

Thursday, August 26, 2010

to all malaysian, happy merdeka day on august 31, 2010.

assalamualaikum.

bismillahirrahmanirahim.

first, let me introduce myself. years back, i am a focused and creative modern career woman. being in technical and engineering field, i had to adore good health and strong mentality. jovial and happy go lucky are two significant characters embedded in me since youth. that is why and where i met and knew many kind of people and make friend with them regardless age and male of female.
the beam that pass through

i agreed to take up my early retirement in consideration and due to respect at my husband request. he had asked me to look after his mother which is my mother-in-law due to elderly. during that time, i am really busy looking after her until sometime i think i need 25 hours a day instead of 24. year 2008 she had rest in peace. as for me now, having ample of time that i have long for before. but after sometime, bored bothering me very much.
seeing true
and now, here i am enjoy reading and writing blogs all over the world. even i am not IT knowledge, blogging has teach me a lot of how to share thoughts and feeling on all aspects of life lives. i realize that i am not alone even though i am all the time at home. enjoy cooking just by sharing and learning them from other blogger. enhance and improvise my hobby of gardening and writing just by sharing it here.
the tree, the sky and the roof
i knew now that i am not alone even i am at home and could still be extremely enjoyable and knowledgeable too. thank you to Allah and to Tun Dr. Mahathir Mohamed for making Malaysian IT Knowledgeable.
to all Malaysian, Happy Merdeka Day on August 31, 2010. and to me, " happy birthday hanna!"

p/s : i am glad...i am here now.

Wednesday, August 25, 2010

tidak sepatutnya ada sengketa antara kita...

segala yang Allah SWT jadikan untuk kita lihat dan beriman hanya kepada-Nya
assalamualaikum
bismilahhirrahmahnirrahim

Malaysia dan Indonesia adalah di bawah satu rumpun nusantara seperti dua sahabat karib yang sewajarnya melindungi antara satu sama lainnya dan sering maaf memaafkan.

saya terpanggil untuk bercerita tentang kisah benar yang saya alami sendiri dan yang mahu saya kongsikan untuk renungan bersama.

23/12/2003 saya dijemput Allah SWT ke rumah-Nya menyempurnakan rukun islam yg ke 5. saya dan suami berangkat ke madinah sebelum ke makkah kerana kami mengerjakan haji tamattuk.

pengalaman pertama :
sewaktu di masjidil haram, makkah mukarramah, sedang saya menunggu azan asar, seorang jemaah terjatuh di atas sejadah saya. waktu itu saf memang berhimpit-himpit sehinggakan jemaah ini tersepit. saya lantas menariknya dan kami solat asar bersebelahan. selesai solat dia mengucapkan terima kasih dan saya pasti jemaah itu daripada negara jiran, indonesia. saya menyuruhnya mengerjakan solat hajat dua rakaat kerana dia terpisah dari suaminya ketika terjatuh tadi. alhamdulillah, kurang lebih 15 minit mereka dipertemukan kembali dan kami mengucapkan salam perpisahan.

pengalaman kedua :
kemuncak haji pun tiba apabila semua jemaah diwajibkan ke arafah, muzdaliffah dan mina untuk menyempurnakan rukun haji seperti yang diwajibkan. suatu ketika sewaktu saya dan suami mahu menyempurnakan antara rukun2 haji, melontar jamrah, kami terpisah dari kumpulan jemaah haji malaysia. kami terkepong didalam kumpulan jemaah haji dari turki yang bertubuh besar lalu kami suami isteri pula tersepit antara mereka. kami terasa ditarik keluar dari rempuhan itu dan berada ditengah-tengah kumpulan jemaah haji dari indonesia. lalu salah seorang dari mereka berkata, "kami melihat mbak (kakak) hampir terjatuh, kami cepat2 tarik keluar."

di dalam hati saya berkata,"oh, di bawah satu rumpun nusantara, kerana itu saling bantu membantu."

p/s : tahukah anda lapangan terbang batam namanya "Lapangan Terbang Hang Nadim" dan terdapat juga jalan2 di sana dinamakan dengan Jalan Hang Lekir dan Hang Lekiu.

nota : arwah bapa mertuaku asal usulnya dari  kudus, jeppara yang minggat ke malaysia sebelum merdeka dan mempunyai keluarga besar dengan meninggalkan 9 orang anak. saya adalah menantunya yang paling bongsu.

Saturday, August 21, 2010

tampil dengan gaya dan aksi yang lebih seksi.

assalamualaikum wrt.
bismillahirahmahnirahim.

tidor adalah satu keperluan. namun tidak boleh terlalu banyak dan terlalu sedikit. salah satu fungsi tidur selain menjaga kesihatan juga boleh mantapkan ketangkasan.


1. tidor cara tat gulong. selain mengeratkan kasih sayang, tidor cara ini juga mengelakkan dari sesak nafas kerana terhidu bau mulut oleh kerana tidak gosok gigi.
jangan pandang belakang
2. tidor untuk mengurangkan sakit pinggang akibat sakit belakang gara-gara tangkap burung tidak pernahnya dapat.
adehhh...comforter baru cuci kau buat tempat landing.
3. tidor cara menahan diri daripada lapar dan dahaga semasa di bulan puasa.
sopan dan santun amalan kita
4. tidor 2 dalam 1, maksudnya walau pun tidor, pergerakan badan masih lagi beriadah, menari poco-poco.
ke kanan 2x ke kiri 2x ke depan 2x ke belakang 2x
5. tidor beretika. dipraktikkan semasa kedatangan tetamu yang diraikan.
patah siot misai aku...
6. tidor apabila kekeyangan. biarkan perut ke atas supaya angin tidak berkepam di dalam perut.
kacaulah...tidor pun nak shot masuk megazine
7. tidor kempen jangan buang bayi.
kucing pun aku sayang inikan pula bayi...hukum sebat paling tepat.
8. tidor sebelum bangun tidor. luruskan otot-otot dengan mengeliat supaya tidak ada urat-urat yang bersimpul.
adooiii...malasnya nak bangun.
tidor amat penting untuk kesihatan.
tidor penting untuk tetap nampak kejelitaan.
tidor meningkatkan ketangkasan (bagi model-model di atas tadi).

jumpa lagi dengan aksi yang lebih seksi.

Thursday, August 19, 2010

andai hari ini hari terakhirku dan ini kesempatan terakhir aku...

andai hari ini hari terakhirku dan ini kesempatan terakhir aku menghantar sms kepadamu, aku mohon halalkan segala makan, minum dan pakaiku, aku mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan, kesalahan serta kekuranganku sepanjang aku menjadi isterimu.

Ya Rabb, aku tahu belum cukup amalan sebagai bekalanku menemui-Mu namun aku juga takut jika aku terlalu lama di dunia-Mu ini aku khawatir akan menambah dosa-dosa yang tidak mampu aku pikul ketika berdepan dengan-Mu.

soalanku :
kenapa dia (salina) menghantar sms sedekian rupa kepada suaminya sebaik sahaja suaminya berlepas ke tempat kerja.

jawapan salina :
biar dia (suaminya) tahu aku isterinya bukan batu, dibiar tanpa bertanya khabar, hidup atau sudah matikah biniku ini.

mahu ketawa pun ade, sedih juga ade. tapi yang mampu katakan adalah ungkapan standard charted, bersabarlah salina, Allah sangat sayangi kamu dan Allah duga kamu ikut kemampuan kamu. ade hikmat di sebalik dugaan ini. 

salina hanya tersenyum, samada sudah habis airmatanya atau tamparan sinis kpd tuan penasihat, aku. yang pelik, aku yang menangis sampai hilang make-up buatan malaysia yang aku sapu.

Wednesday, August 18, 2010

jika kita di tempat dia, bagaimana agaknya?

Pertama...
jika engkau di tempatku, ape akan kau rase. bila engkau memberi jawapan mutlak; ini semua kys, engkau bukan majority holder lagi di kys jadi engkau tidak boleh buat keputusan dan engkau tidak boleh bersuara. dan kau tahu aku pasti "terdiam" sbb aku tiada tempat di syarikat besar spt kys. dlm kys semua org bijak pandai...aku sekadar budak poly yg sudah lapok.

Kedua...
jika engkau di tempatku, ape akan kau rase, bila suami sibuk menyusun hal-hal wanita lain; loan rumah, loan mahu beli kereta hatta sekalipun lebih menghargai pengorbanan wanita lain. sampai2 masa depan dia pun mahu kau urus dan kau atur. dan aku sekadar perempuan yg telah engkau "pencen"kan.

Ketiga...
aku tidak salahkan atau kaitkan siapa-siapa dalam hal-hal begini. nnt akan ade yang berkecil hati. akan ade yang berjauh hati. yang lagi sakitkan hati, hati dan perasaan orang lain yang akan mendapat pembelaan mutlak darimu. dan aku akan kau biarkan termanggu. jika engkau berada di tempatku, apa engkau akan rase.

Keempat...
siapa pun tidak dapat percaya bila aku bercerita sbb kau dapat "beli" semua orang di sekelilingmu dengan "harta" tapi bukan perasaanku malah aku semakin takut sebab engkau sering "lupa"kan aku bila engkau berada di dalam gembira.

Kelima...
siapa pun jika berada di tempatku akan merasa buntu serta penasaran cuma sekadar dambakan keikhlasan serta kasih sayang dari seroang yang di panggilnya "suami". 
jika engkau berada di tempatku seketika, apa akan engkau rase.
di ketika ini yang dapat aku rasekan bahawa jauh di sudut hatimu mahu berkata, "kau ini hanya menyulitkan urusan!", tapi tiada kesampaian untuk melontarkan.

Keenam...
Ya Rabb, aku bukan mohon disegerakan  kematian kerana amalanku masih jauh dari sedikit tapi aku tidak mahu menjadi manusia yang menyusahkan sehingga menambah doasa sedia ade.

Ketujuh...
wallahu'alam.  

Tuesday, August 17, 2010

tandas awam dimasuki air..perlu budget tambahan. kalau tidak...

assalamualaikum
bismillah...

seperti ramadhan sebelum2 ini, lepas sahur aku teruskan kerja2 mencuci pinggan-mangkuk supaya dapur aku bersih dan wangi. selesai azan, aku terus mandi, ambil wuduk dan meneruskan bicaraku dengan Dia.

baru jam 9.00 pagi kenapa panas semacam aje neh. mahu hujan barangkali. langit memang mendung tapi hujan macam tidak jadi. aku menyambar kunci kereta dan terus ke pasar kalau tidak, mahu aku masakkan apa untuk juadah berbuka. balik dari pasar, hujan belum turun lagi. berkata dalam hati, baru pukul 3.00, relax dulu lah, mahu masuk dapur awal lagi.

yeah yeah, hujan. sejuk dan nyaman. sedap melelapkan mata. terjaga dari tidur, hujan masih belom berhenti. lebat sungguh hujan petang ni. aku meninjau-ninjau keluar tingkap, khayal tengok air hujan yang mencurah-curah lagak air terjun.

Astagfirullah, Ya Rabbi, aku lupa yang aku jemur "tandas meow" sebelum ke pasar tadi. apa sudah jadi, air hujan sudah penuh macam air di sawah padi. nasib baik ade berbaki lagi, cukup untuk sampai esok hari.

leka lihat rintek hujan yang jatuh di bumbung kereta.
apa sudah jadi? perfume original ni..!!!
meow...meow. hebatnya tandas kau.
tandas aku, sekali buat guna sampai bila2
tandas kau, penghabeh duit aku aje.


p/s : mereka berebut-rebut mencium pasir baru, wangi lagi. aku senyum sendiri. meow..meow, berkorban apa saje...

Monday, August 16, 2010

dari balcony rumahku...subhanallah!

assalamualaikum
bismillah...

cepat-cepat aku capai beg, selak punya selak baru aku teringat, aku tertinggal kamera di atas meja makan sebelum keluar tadi. ahhh...miss lagi nak rakam awan mega yang menandakan telah masok waktu maghrib. ishhh...maghrib masih di jalan lagi.
sampai saje di rumah, aku terus capai "buah hatiku" dan terus klik...klik...klik. baru lima kali klik, aku sudah kena templak. "maghrib singkat, sholat dulu!", kata suamiku. tepat sekali katanya, aku termalu sendiri.
awan mega yang hampir hilang.

tidak aku sangka...cantik jugak scenery dari balcony rumahku.
kelihatan rumah jiran kiri kanan dan seberang jalan.
ramai lagi yang masih menggunakan khidmat "arial" untuk dapat siaran.
aduhai lampu...aku kena sholat dulu.
selesai sholat, aku terus tengok semula apa yang sempat aku klik sebentar tadi..oh....oooo cantik jugak dalam hatiku berkata.

sekian dulu...wassalam.

Sunday, August 15, 2010

panorama pada satu pagi dari aras 30 hotel...

assalamualaikum.
bismillah...
aku bangun untuk menunaikan sholat subuh. hawadingin bilik aku matikan kerana sejuknya terasa sampai ke tulang. ambil wuduk pun dengan air panas. selesai berbicara dengan Allah SWT, aku lantas mencapai kamera cikaiku untuk merakamkan suasana pagi itu...
Pukul 6.53 pagi waktu Malaysia
Pukul 6.54 pagi waktu Malaysia 
Pukul 6.58 pagi waktu Malaysia
Pukul 7.01 pagi waktu Malaysia
Pukul 7.12 pagi waktu Malaysia
Pukul 7.22 pagi waktu Malaysia 
Pukul 7.27 pagi waktu Malaysia
Pukul 8.02 pagi waktu Malaysia 
berkata di dalam hatiku...nak minta hubby belikan kamera yang canggih sedikit supaya aku dapat rakamkan suasana yang dapat mendekatkan hati dan jiwaku kepada pencipta alam ini.

p/s : lately, photography become my great hobby...

Saturday, August 14, 2010

ramadhan yang trajis.

bismillah...

pagi2 aku sudah dikejutkan dengan berita yang menyedihkan. walaupun aku tidak berada di situ dan sudah lama tidak duduk di negeri itu, namun banyak nostalgianya bak kata pepatah lama, tempat jatuh lagikan dikenang...

BH/sabtu-14/8/2010
Subhanallah, 3 maut ribu di bazar juadah jasin. mengikut sumber kejadian berlaku jam 4.40 ptg 13/8/2010 sewaktu peniaga sedang bersiap-siap untuk memulakan perniagaan. apa pun ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan al fatihah untuk yang terkorban.
teringat rakan blogger aku yg senang dgn panggilan si ted. semoga engkau selamat dari kejadian petang semalam.

p/s : kadangkala kita merasa terlalu hiba atas ketentuan Allah SWT. hanya Dia Yang Maha Mengetahui. ajal tidak pernah lambat atau cepat walau hanya sesaat.

Al - Fatihah.

Friday, August 13, 2010

al buruj : 10 - 11

Allah, Engkau Maha Pengampun

maksud firman Allah SWT :

sesungguhnya orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang lelaki yang beriman dan orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka jahanam (kerana perbuatan mereka itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar ( kerana mereka tidak bertaubat). sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh kemenangan iaitu syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.

p/s : Nabi Muhammad SAW itu sentiasa bertaubat walau pun Baginda maksum. kita bagaimana pula?. bagiku, bertaubat bagaikan mengubati hati, menukarnya daripada hitam menjadi putih.

wallahu'alam bissawab.

cik zira...tahu tak awak tersilap ambil bungkusan.

zira budak suka gigit

bismillahirrahmahnirrahim.

suatu petang, 2/8/2010 jam 1.30 tgh, hati aku tengah panas membara kerana sebuah janji yg tidak dikotakan. sedang hati bengkak menanah, kreeeng..kreeeng..kreeeng. assalamualaikum, ibu katner? ibu dah makan? jom zira belanja KFC nak? marah, marah jugak tapi KFC mana boleh tolak.

zira take away la, makan kat rumah, save budget. lagi pun ade buat dukong, pulasan dan rambutan ibu nak beri pada zira.

yeeaaa...sahut dak zira, cam budak belom mumaiyes. awal bismillah dan diakhiri dengan alhamdulillah maka sapanlah ayam 5 ketol sehingga menjilat jari. zira, ibu nak sholat dulu, nanti jangan lupe ambil buah2 tu.

pukul 3.00 ptg. sewaktu mahu bergerak ke KL untuk hadiri seminar sehari, aku cari buah2an yg sudah siap aku bungkus untuk aku berikan pada si ena. ishhh sape pulak yg dah kebas neh? astagfirullah...zira..zira, kau sauk buah2an yang ibu dah siap pack untuk kak ena. memang rezeki kau lah budak bertuah.

aku terpaksa bungkus baki ape yang ade untuk dak ena sebab dari semalam ena sudah pesan mahukan buah2an dari kebun tu.

p/s : rezeki itu dari Allah dan Dia tahu siapa yang akan Dia berikan.

Thursday, August 12, 2010

ted...berita baik buat cats lover...

kenapa zalim sangat sehingga nak dibuat lauk!!

lelaki ditahan dera kuching.
BUFFALO, New York 11 Ogos 2010 : sumber Utusan Malaysia - Khamis 12/8/10.

gila ke mamat omputih neh dera kucing sampai camtu sekali cuma kerana si navarro, kucing jantan berusia 4 tahun tu garang.

aku harap suatu hari malaysia juga dapat mengamalkan undang2 itu.

- they're beautiful -


selamat berpuasa hari ke 2 ramadhan.

Tuesday, August 10, 2010

dianjurkan mulai ramadhan dengan bermaaf-maafan.

assalamualaikum.
bismillahirahmahnirrahim

alhamdulillah, ramadhan al mubarak datang lagi. semoga ramadhan kali ini lebih baik dan lebih bererti buat keluarga kami. yang pergi biarlah pergi dan yang berlalu biarlah menjadi abu dan debu.
Ya Rabb, ampuni dosa2 kami, samada yang kami sengajakan atau tidak, yang kami lahirkan mahupun yang kami sembunyikan. tiada siapa yang mampu mengampuni dosa2 kami kecuali Engkau Ya Allah. Engkau mendengar Engkau melihat. Engkau mengetahui setiap aegala sesuatu yang terjadi.
kepada rakan2 blogger yang follower atau yg lalu atau singgah sahaja, aku mohon ampun dan maaf jika terdapat kata2 dalam penulisan yang tak seberapa ini menyinggong perasaan kalian. semoga ramadhan kali ini lebih membawa erti buat kita semua.

wassalam.

Sunday, August 8, 2010

bukan penat rewang tapi...

sudah 1.30 tgh. masih lagi di bangi, meraikan majlis persandingan cucu saudara. perghhh..cucu saudara ea..sudah tua rupanya aku. sudah ade cucu yg sudah berkahwin. langit mendung tapi hujan tidak turun-turun. adoii, kalau sekarang belum bergerak balik, pukul berapa pulak sampai JB. kesian meow2 aku yang aku tinggalkan di rumah. makannya, minumnya dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
sebenarnya penat, tapi bukannya penat rewang, penat membeli membelah di KL. urghh..puasa tidak lagi, baju raya yg disibukkannya. ape-ape pun, puas hati so call shoping di KL ni. banyak choices dan harga pun affordable. kalau di JB, minta maaf ajelah jawabnya. bagus jugak beli awal-awal, bulan ramadhan sudah tidak kecoh-kecoh. kalau ikutkan hati, malas mahu beli baju untuk raya sebab baju raya tahun2 sudah satu almari masih elok-elok belaka. tapi sudah resmi manusia, hari raya paling kurang pun mesti mahu ade satu baju baru.
11/08/2010 sudah mula ramadhan. bulan puasa sebenarnya bukan kurang makan tapi kurang tidor. anak-anak aku mana boleh tidak bersahor, mahu kebelai nak tunggu berbuka.

p/s : semoga kaki aku yang terseliuh ini cepat semboh. susah jugak mahu sholat taraweh gayanya begini. insyaallah. Allah tunaikan permintaan aku ini.

Monday, August 2, 2010

sedih yang bukan sedikit, terluka hati tiada siapa yg peduli.

pagi2 sudah semangat mahu hantar tender. jam 10 pg (seperti yg dijanjikan) aku sudah siap tercegat tunggu engkau ambil aku. tunggu punya tunggu, dapat call yang engkau sudah di high way untuk hantar tender dengannya. alasan kau, tidak sempat ambil aku, tender pun balut dalam kereta. aduh, macam mahu gugur tali jantung aku. yang hairanya, kenapalah tidak beritahu awal2. paling tidak pun pada fikiran aku yg benak dan lembab ini, bolehlah aku suruh anak2 aku hantar aku ke sana buat ape yg patut. entah, samada engkau sengajakan atau memang itu perkara yg sebenarnya, itu bukan ilmu aku untuk menilik. tapi yg pasti engkau sering menjatuhkan maruahku di depannya. apa sebenarnya. ape yg terlihat, ape pula yg tersirat. aku tidak mahu ambil kesah tentang sikap dia. dia seperti sudah tiada ade ape lagi denganku. sayang aku terhadap dia sudah berhenti pada hari dia prejudise atas tindakanku tempoh hari. yang sangat-sangat aku kesalkan adelah sikapmu. aku pun tidak minta engkau hargai dan hormati aku macam menteri. bagiku, cukup sekadar "beri sedikit muka" bahawa aku ini isterimu. sedih, memang sedih gila. kalau betul sudah gila, memang sudah tidah ade rase sedih lagi.

p/s : punyalah syoknya menulis, hingga tidak perasan karangan tanpa perenggan. labu labu, nasib kau lah labu. sabar sajelah sehingga kau dapat warkah akhir labu. 

Sunday, August 1, 2010

yang jahat nyata jahat, yang baik belum pasti baik.

Tidaklah Allah SWT itu menjadikan siang dan malam melainkan supaya kita mengambil iktibar daripadanya.
Subhanallah, aku jugak tidak adil untuk mengadili siapa benar siapa salah. aku hanya manusia biasa yang kerap habis sabar kerana hasutan syaitan. terkadang lain yang aku mahukan, lain yang aku terima. orang selalu berkata, mahukan baik, baiklah dapatnya dan inginkan jahat, jahatlah yang diterima. namun jauh di sudut hatiku aku mahu yang baik, terbaik untuk semua. gembira melihat yang lain gembira. pun begitu, aku tersasar juga. memang pengalaman itu adalah titik hitam di dalam hidupku. setiap saat aku tidak lupa mohon ampun daripada Allah SWT. aku tahu, Dia maha pengampun, mengasihiku serta menyayangiku. Dia memberitahu aku bahawa di dalam baik ada baik dan di dalam baik juga ada jahatnya. di dalam jahat tetap jahat, begitu juga ade baiknya.

tiadalah salah seorang di antara kita yang akan memberi atau mendapat hidayah melainkan hanya daripada Allah SWT. pengalaman itu mengajar aku, sungguh. tapi aku percaya, Allah SWT tahu apa yang aku mahu. Dia mengajarkan padaku supaya bersyukur dengan yang sedikit, hargai apa yang ade kerana di dalam mengharap serta mendambakan sedekit kelebihan, aku hampir terjerumus di lembah kehinaan. pun aku pasti Allah tetap tahu niat yang tulus dari hatiku. sesungguhnya bagi mereka yang melewati kejahatan, mereka juga telah Allah SWT hampirkan dengannya pintu taubat. Engkau maha pengampun ya Allah. tiadalah siapa yang dapat mengampuni dosa-dosaku melainkan dengan rahmat-Mu jua ya Allah. lindungilah aku dengan rahmat-Mu dari segala kecelakaan yang sesat lagi menyesatkan. aku miskin, bodoh lagi daif. aku damba apa jua kebaikan dari-Mu untuk mengatasi keadaan diriku ini.

p/s : janganlah kita hampiri dosa bila kita ketahui sahih perkara itu berdosa. dan apabila kita tiada perdulikan larangan-Nya bererti kita juga telah mengkhianati nikmat-Nya. Ya Rabb, aku harap Engkau tidak jemu mendengar permintaanku agar Engkau mahu mengampuni dosa-dosaku.

handphone aku xde kompas