Tuesday, September 28, 2010

aku redha.

assalamualaikum wrt.
bismillahirrahmanirrahim.
kepada-Nya lah sebaik-baik tempat kembali.
google pic.

tidak banyak yang dapat aku coretkan di sini. sedih masih lagi kejam, mencengkam jiwa dan rasa walau aku redha atas ketentuan Allah SWT. aku ingin sekali mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dari kawan-kawan. aku juga mohom maaf sekiranya tidak dapat memberitahu tentang pemergian ayahandaku kepada semua.

al-fatihah semoga ayahandaku ditempatkan di kalangan insan yang beriman. puisi untuk ayah

ayahandaku, hj arshad bin said telah menghembuskan nafasnya buat kali terakhir pada jam 2.42 petang semalam (isnin), 27/9/2010 bersamaan 19/syawal/1431. telah pun selamat kami sempurnakan jam 10.00 pagi tadi (selasa) di tanah perkuburan bukit alif, tampoi, johor bahru, johor. semoga rohnya dicucuri rahmat. amin.

wallahu'alam.

Sunday, September 26, 2010

sedikit pengubat lirih duka.

assalamualaikum.
bismillahirrahmahnirrahim.

terus terang aku katakan jiwa aku sangat tidak tenteram sejak ayah aku jatuh sakit. banyak idea yang datang untuk update blog tapi malas dan tidak bersemangat rasanya. tiba-tiba aku terasa mahu kongsi satu perkara yang membuatkan aku dapat tersenyum semula. jom kita lihat sama-sama.
yang tak tahan nak tergelak tu adalah
warna ekor panda merah ni.
kalau betul ada panda merah warna macam dalam lukisan ini, berapa pun harga aku sanggup beli...hehehe.
perghhh...lagi ganas.


rasanya pemburu terkedu kalau terjumpa kerbau gunung berbulu begini. boleh jadi separuh gila agaknya.


aku bertanya kepada pelukis kreatif ini beberapa soalan maut.
antara soalan yang aku ajukan ialah
soalan no. 1 : pernah ke nampak binatang warna tu?
jawapannya : pernah
soalan no. 2 : di mana?
jawapannya : dalam tv
soalan no. 3 : rancangan national geography ke?
jawapan : bukan (sambil menggaru-garu kepala). pasal binatang-binatang tu.
soalan no. 4 : rancangan animal planet ke?
jawapan : ha, animal planet.
soalan no. 5 : binatang tu betul-betul ke atau olok-olok punya?
jawapan : ada aku kesah.

inilah gambar pelukis kreatif yang aku maksudkan...


aliah amani binti mohd. nasir namanya. murid smart reader, taman perling, johor bahru, johor. dia adalah anak saudaraku. dalan hati aku terfikir, apakah ini pengaruh TV atau imaginasi. aku biarkan soalan itu tanpa jawapan. namun sedikit sebanyak peristiwa itu dapat menghiburkan hatiku yang pilu.

Monday, September 20, 2010

memang hari Berbatov - MU vs LIVERPOOL : 200910

sudah lama tidak lihat hattrick macam ini - google pic.

Manchester United 3 v 2 Liverpool - Premier League

satu kepuasan buat berbatov - google pic.
assalamualaikum wrt.
bismillahirrahmahnirrahim.

semalam boleh pulak layan EPL. kebetulan di rumah aku penyokong fanatik MU. aku layan-layan gitu aje. cuma semalam aku kira memang hari berbatov. dia selalu kecundang menyumbat gol di gawang lawan walau puas cuba bermati-matian. tapi akhirnya usaha gigih berbatov menghasilkan kemarau hattrick yang cantik dan mengkagumkan.
its all about sukan berpasukan - google pic.
liverpool boleh cuma lagi. penyokong liverpool jangan gigit jari macam aksi rooney.

p/s : tidak sabar mahu lihat gambar ibu kepada anak cristiano ronaldo. mesti cantik agaknya.

Sampaikan Petua Imam Syafie

that 7 colours - google image
assalamualaikum
bismillahirrahmannirrahim

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
 1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
p/s : entry asal dari http://seliparsurau.blogspot.com
dari saya pulak, jadikan amalan hidup menyampaikan sesuatu yang baik. 


Saturday, September 18, 2010

selamat hari lahir en. suami - 8.9.10


assalamualaikum
bismillahirrahmanirrahim

jom kita lihat gambar dulu. kemudian aku akan ceritakan.
RM750.00 hangget
murah sikit tapi pun RM180.00 hangget.
tawar punya tawar berjaya menender dengan harga RM200.00 hangget.
mulut gatal yang jebak diri sendiri. dengan bangganya aku memberi kenyataan sombong kepada en. suami bahawa pada hari lahirnya akan aku hadiahkan dia pokok bonzai. aku mencongak-congak mungkin tidak habis RM200.00 untuk aku membelikan hadiah yang telah aku sebutkan tadi. tanpa aku duga, tekaan aku meleset belaka. jumlah semua harga pokok bonzai yang telah mengorbankan duet poket aku adalah RM750.00 + RM180.00 + RM200.00 = RM1130.00. banyak tu. tapi janji mesti ditepati. dalam hati berkata, lain kali jangan suka berjanji dan jangan buat janji sesuka hati. manalah aku tahu, en. suami mahu membeli pokok bonzai besar macam itu. apa pun aku juga tumpang suka tengok pokok bonzai tersebut. kena jaga betul-betul. jangan sampai kojol.

p/s : sudah mula browse blogger yang minat bonzai. wah...cantik jugak kalau betul-betul jaga. satu cabaran jugak. tapi nampak gaya, aku jugaklah yang kena bela. nasib kau lah labu.

Friday, September 17, 2010

meneruskan aktiviti yang terhenti.

assalamualaikum
bismillahirrahmannirrahim

hampir lebih kurang satu bulan aku dan en. suami kurangkan aktiviti-aktiviti di kebun. tidak dinafikan berpuasa itu sepertinya memaksa aku mengurangkan aktiviti-aktiviti yang boleh menjadikan aku cepat dahaga. memang benar pun, membuat kerja-kerja sekalipun yang ringan-ringan di kebun mendorong aku mengambil air lebih dari biasa. yang tidak selesanya apabila selalu kena melawat dr. tan.
cuma ada lima kuntum sahaja pada satu tangkai yang sama.
 hari raya ke 3 sudah tidak sabar mahu ke kebun. tambahan pula seminggu sebelum hari raya, aku sempat menanam pokok orkid di tepi pondok yang hampir siap. di dalam hati rasa teramat marah dengan en. suami yang lambat teramat-amat lambat menyiapkan pondok tersebut. manakan tidaknya, asal usul sekadar menjadi tempat melepaskan lelah tetapi akhirnya sudah menjadi seperti banglo di estet, kelas gitu, ala ala resort pun ada jugak.

warna yang lebih terang walau hampir sama.

hari ini cuti satu malaysia. pagi-pagi aku sudah dikejutkan oleh en. suami untuk menyediakan keperluan ke kebun. panas hati sudah tahap air mendidih, 100 degree celcius sudah. tapi bila memikirkan memenuhi suruhan itu sudah menjadi tanggungjawab isteri, aku gagahi jugak bangun suboh suboh shafie. kenapa pulak orang tua ni kemaruk nak ke kebun pagi-pagi buta begini. aku biarkan soalan itu tanpa jawapan.
pokok yang sama cuma dari sudut yang berbeza.

setiba saja di kebun, aku menjerit suka. pokok anggerik aku sudah berbunga. cepat gila hatiku mencongak. mungkin itu tempat serta habitat yang sesuai untuknya. en. suami sempat menjeling seraya berkata, sebab itu saya kejut awak pagi-pagi suboh, semata-mata mahu tunjukkan awak yang pokok anggerik awak telah berbunga. aku diam tersipu tapi dalam hati kembang sekembang bunga. dalam hati berkira-kira mahu tambah koleksi orkid pula. senangnya dalam hati bila lihat pokok yang aku tanam menjadi.

p/s : petuanya biasa-biasa saja. mulakan dengan bismillah dan selawat untuk junjungan Nabi Muhammad SAW. selebihnya, mesti cukup air dan cukup baca. oh hampir terlupa, jangan lupa berinteraksi dengannya kalau mahu pokok cepat berbunga, boleh percaya ke?

Friday, September 10, 2010

tiba-tiba mood beraya bertukar.

assalamualaikum
bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah, segala juadah wajib pagi raya telah siap. ketupat, rendang, sambal kacang, sambal udang (menu wajib orang melaka), sambal goreng (menu wajib orang jawa) telah tersedia. menu tambahan tahun ini; udang masak lemak cili api campur cekur dan hirisan bunga kantan. rasanya..boleh tahan sedap.
sementara menunggu hero muda dan hero tua pulang dari solat sunat raya aidilfitri, aku mahu beri meow-meow makan dulu supaya mereka tidak mengganggu ketenteraman ketika menjamu selera juadah hari raya. eh, mana si kim. puas panggil tidak juga menjelma. hati sudah rasa tidak sedap. ke mana perginya? kena langgar ke? orang ambil ke? haishh..bawak bersabar hati. kalau ia pun mahu mereka cari si kim, biarlah juadah yang tersedia indah dijamah dahulu.
mood memang sudah tiada untuk beraya. sudah hampir pukul 4.00 petang kim tidak pulang. tetapi di dalam hati berkata, tidak adil juga jika aku terus mencuka cuma kerana kim tidak ada. kim! kim! ke mana saja kau pagi raya ni? terus terang, baju kurung raya pun belum aku sarung ke badan lagi. wah, payah neh ayah, ibu hilang mood raya, kata anak kedua aku kepada ayahnya.
ibu! ibu! kim kat umah jiran sebelah, dia termasok kat aircond box. hah? abeh si kim ok tak? ok je, takde apa-apa cuma bulu dia sudah bertukar kelabu. sampai ke telinga senyum aku bila si kim sudah ketemu. yes! yes! baru boleh beraya.
tiba-tiba anak aku bersuara, "kim! kim! kau ni betul-betul buat onar pepagi raya ni". sambung en. suami, urgh! nasib baik lauk ibu sudah siap masak, kalau tidak, masak kita dek!". aku dia saja. tidak kira apa orang mahu kata, yang penting si kim sudah jumpa dan telah kembali ke pangkuan keluarga.
puas cari si kim. rupanya dia terperangkap di aircond box jiran sebelah.

p/s : fanatik kucing...hehehe. sorry ye pagi-pagi raya sudah cerita pasal meow.

Tuesday, September 7, 2010

sudahkah kita sempurnakan rukun islam ke 4?

muliakanlah rumah Allah.

assalamualaikum
bismillahirrahmanirrahim.

umum ketahui membayar fitrah sinonim dengan puasa di bulan ramadhan. ini adalah kerana melaksanakan rukun islam yg ke 4 iaitu zakat dan fitrah selalunya dilakukan di penghujung ramadhan.

sudahkah kita menyempurnakab zakat dan fitrah. sesuai dengan bulan puasa diketika ini, di sini diperturunkan sedikit info tentang waktu tunai zakat fitrah.

1. waktu harus adalah dari hari pertama ramadhan hingga berakhirnya bulan tersebut.

2. waktu wajib pula ialah selepas terbenamnya matahari pada akhir ramadhan.

3. waktu afdal ialah selepas solat subuh pada hari terakhir ramadhan.

4. waktu makhruh pula adalah selepas menunaikan solat sunat aidilfitri hingga waktu maghrib.

5. waktu haram ialah selepas terbenamnya matahari pada hari raya aidilfitri.

hadis tentang zakat & fitrah :
dari abi daud yg bermaksud, rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah sebagai pembersih bagi orang2 yang berpuasa dari perbuatan yang tidak berguna dan dosa serta sebagai makanan bagi orang miskin.

firman tentang zakat & fitrah :
Allah SWT berfirman yang bermaksud : ambillah sedekah atau zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka, dan berdoalah sesungguhnya doa kamu itu menjadi ketenteraman jiwa bagi mereka. dan Allah maha mendengar lagi maha mengetahui - at taubah : 103

sumber dari utusan malaysia - selasa 7 september 2010.

Monday, September 6, 2010

Nabi Muhammad SAW pengsan.

assalamualaikum.
bismillahirrahmahnirrahim.
berkata Jibrail : "api neraka itu ada 7 pintu, tiap2 pintu ada penghuninya daripada lelaki dan perempuan."
bertanya Baginda : "adakah pintu2 itu seperti pintu2 rumah kami?"
jawab Jibrail : "tidak, tetapi ia selalu terbuka dan bertingkat-tingkat. jauh dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun dan tiap pintu lebih panas dari yg lain sebanyak 70 kali ganda."
pintu yg paling bawah untuk orang munafik dan orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa AS serta keluarga Firaun, bernama neraka Hawiyah.
pintu kedua untuk orang musyrikin, bernama Jahim.
pintu ketiga untuk orang shobi'in, bernama Saqar.
pintu keempat untuk pengikut dari kaum Majusi, bernama Ladha.
pintu kelima untuk orang Yahudi, bernama Huthomah.
pintu keenam untuk orang Nasara, bernama Sa'eir.
apabila sampai untuk menyebut penghuni pintu ketujuh, Jibrail diam kerana segan dengan Kekasih Allah itu. Setelah beberapa kali ditanya, maka jawab Jibrail, mereka adalah dari umatmu yang melakukan dosa2 besar sampai mati belum bertaubat.
mendengar jawapan Jibrail, Baginda jatuh pengsan. sedar dari pengsan Baginda rasa sedih dan menangis. Jibrail juga menangis. Baginda kemudiannya masuk ke dalam rumah dan tidak keluar kecuali untuk bersolat.

Begitulah Nabi Muhammad SAW yang sangat kasih terhadap umatnya sehinggakan di saat-saat akhir nafasnya, Baginda masih memikirkan tentang umatnya. diriwayatkan, Baginda tidak pernah tinggal mengerjakan solat sunat taubah sekalipun Baginda maksom.

p/s : aku, kita apa cerita?

wallahu'alam.

Friday, September 3, 2010

kukuku dan kukumu

kukuku dan kukumu
Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang... nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.
TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!
 
p/s : tuan-tuan dan puan-puan, artikal ini saya copy paste terus dari sumber kerana tidak mahu tersilap perkara yang mahu saya sampaikan. sila panjangkan maklumat ini untuk kebaikan bersama. 

wallahu a'lam.

Thursday, September 2, 2010

Hari Merdeka di bulan puasa.

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

aku rasakan hari kemerdekaan yang ke 53 kali ini seperti tidak hangat macam tahun-tahun sebelumnya. agak aku, kemungkinan kerana menghormati bulan Ramadhan Al Mubarak yang sedang berlansung. di tempat aku, berdentam berdentum pun hampir tidak aku dengar atau aku yang keletihan sudah awal-awal lagi berdentum di katil aku. manakan tidak letih, biasa aku memasak untuk makan malam sahaja, kalau bukan bulan puasa, makan tengahari terus dari tempat kerja kecuali hari sabtu dan ahad aku jadi suri rumah sepenuh masa. bulan Ramadhan lain halnya. memasak berbuka bab lain, sahurnya bab yang lain pula. syukur Allah SWT beri nikmat sihat, dapatlah berbakti buat anak dan suami. letih memanglah letih tetapi apabila waktu berbuka, lauk aku yang habis dulu, kembang kuncup hidung aku. ade jugak ketikanya kehabisan idea dan mood tidak mari.

3 hari sudah berlalu tarikh keramat itu. 31 OGOS  yang ditunggu berlalu lesu. mungkin juga kerana banyak isu-isu yang datang bertubi-tubi menjadikan minda setiap orang dari kita sebagai rakyat Malaysia tidak begitu teruja menyambutnya. isu buang bayi, isu sengketa negara jiran, isu institusi agama yang dicemari dan isu penyamaran individu di laman-laman web sosial yang paling terkini. masaalah dulu lain, sekarang masalah lain.

yang lebih penting, memerdekakan diri dari nafsu, memeranginya hingga ke akhir waktu.

matahari pun macam sedih melihat dunia yang sudah letih.
p/s : bulan puasa bukan kurang makan tetapi kurang tidur.

handphone aku xde kompas