Thursday, December 30, 2010

kenapa mesti begitu.

bismillahirrahmanirrahim

credit to NST
pasti hari ini rata-rata menulis pasal bola. tidak terkecuali aku juga tapi ada sedikit beza antara cerita aku dengan cerita kamu.
harus aku akui bahawa pasukan nasional indonesia punya semangat juang yang tinggi. tetap berjuang sehingga wisel penamat ditiup tanda berhenti.
harus juga aku akui andai pasukan negara kita tidak membawa bersama 3 mata, besar kemungkinan piala itu masih di negara mereka. namun semangat juang pasukan negara kita juga tinggi setinggi budi pekerti penyokong dan rakyat malaysia seluruh negara.
aduhai indonesia, bukankah kita serumpun bahkan sebahagiannya ada yang seagama. malaysia tidak pernah menganggap kamu musuh walau seringkali kamu sering limparkan kata caci hodoh lagi bodoh. di mana hilangnya semangat kesukanan seperti kamu lenyapkan semangat kejiranan.
tahniah malaysia. bukan hanya kerana di atas kemenangan tapi juga kerana di atas sikap kesungguhan dan ketabahan yang kita tunjukkan tanpa digugat kata kesat yang dilemparkan.

aku belum puas jerit...

tahniah malaysia, kamu juara berhemah.

Wednesday, December 29, 2010

apa khabar kamu di sana

salam buat teman bicara...

tinggal kenangan
bangkitlah hati. janganlah menjauh dan menyepi. yang berlalu tetap kan berlalu. rindu mahu dengar cerita dari bisikanmu. tulisanmu bisa menenangkan jiwaku. kembalilah seperti sediakala. usahlah ikutkan hatimu yang lara. kelak badanmu juga yang merana. lemah dan tidak bermaya.

ikhlas dari kak ct.

Tuesday, December 28, 2010

email seorang isteri

bismillahirahmanirrahim
syukur diizinkan Allah menulis lagi diruangan ini.

sekadar berkongsi pengalaman yang diceritakan. pun aku telah mohon keizinan dari empunya diri untuk aku abadikan di sini. manalah tahu kemungkinan ianya dapat memberi idea pada para isteri yang menghadapi situasi serupa. begini isinya email si isteri buat suami yang sangat dicintainya;

ya, aku tahu ke kebun itu penat.
ya, aku faham memandu itu juga penat.
kalau engkau penat, aku juga penat.
kalau kena cara
walau penat macamana
aku akan tetap masakan makan utk keluarga.
tapi kalau sudah sindir sini sana
engkau fikir aku tidak terasa
dan bila aku mula merungut tidak tentu hala
sah aku jugak yang salah.
bila aku sudah sediakan
engkau jamah pun macam mahu tidak mahu
terasa lagi hati perempuan aku
engkau tetap buat macam tak tahu
macam tak ada apa-apa berlaku.

aku mahu tahu,
kenapa macam itu?

kendati aku ini isteri
syurgaku di telapak kaki suami
aku pujuk hati sendiri
aku anggap ini dugaan Illahi.

wallahua'alam.

berarak mendung kelabu
kata si isteri kepada aku :
aku betul2 penat, aku tahu dia pun penat. kalau dia suruh aku masak kena cara, memang aku tidak tolak punya. sudah memang tugas aku. akhirnya pun memang aku masak juga. tapi tambah sakit hati aku dia jamah makanan macam nak tak nak aje. aku tak mahu tambah dosa cakap kasar dengan suami. bila nak tidur dengan airmata penuh sememeh kat muka, aku terus hantar email ni via iphone. aku tidur sorang-sorang dalam bilik aku malam tu. pukul 5 petang esoknya, dia talipon ajak dinner kat cafe favourite aku. anak-anak menjerit suka.

p/s : boleh pakai jugak kepala otak kawan aku ni.

SINOPSIS : tidak semua internet teknologi itu pemusnah.

semoga cerita ini dapat membuka minda.

Tuesday, December 21, 2010

keterlaluan menyanjung (taksud) adalah menyeleweng dan satu khurafat.

wallahua'alam.

bismillahirrahmanirrahim.

kebiasaan aku bahasakan diri aku 'aku'. tapi kali ini mahu bahasakan diri aku 'kak ct'. mungkin perjalanan di sini menuntut aku membahasakan diri aku 'kak ct'. untuk lebih mesra alam sekitar dan bersesuaian dengan habitat seputar. maka bermulalah perhijrahan kak ct dari sini. (pra-katalah konon-kononnya).mari kita mulakan.






apa punca fahaman itu menyimpang?
antara yang nyata adalah :

- kerana Syiah menyanjung Saidina Ali keterlaluan sehingga disamatarafkan dengan Rasulullah SAW. bahkan dalam beberapa hal beliau dianggap lebih tinggi lagi. tidak ada nas atau hadis sahih menyatakan Saidina Ali mempunyai martabat yang menyamai Rasulullah SAW apatah lagi lebih daripada itu. hatta nama Saidina Ali tidak dalam Al Quran kerana beliau bukan seorang nabi atau rasul tetapi Saidina Ali adalah sahabat sekaligus diangkat menjadi menantu Rasulullah SAW yang dijamin masuk syurga. Nabi Muhammad SAW sendiri tidak disanjung dan dipuja para sahabat secara berlebihan sehingga melangkaui batas.


- kerana fahaman itu menghalalkan nikah mutaah di mana perkahwinan ini tidak memerlukan saksi, wali serta perisytiharan. sedang Saidina Ali sendiri menjadi salah seorang perawi hadis pengharaman Rasulullah SAW tentang nikah mutaah ini.

Daripada Ali bin Abu Talib katanya : "Bahawa Rasulullah SAW melarang nikah mutaah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging keldai jinak." (Riwayat Ibn Majah dan al-Nasai)
kenapa pula pengikut Syiah menyelewengkan kenyataan Saidina Ali itu sendiri?

SINOPSIS : sampaikan yang benar walaupun sukar.

p/s : kak ct sudah tua. menyampaikan sesuatu yang benar itu dituntut. tetapi kak ct juga manusia. jika terdapat kesilapan fakta harap dapat diberitahu dan diperbetulkan.

wallahua'alam.
Sumber : Buku penjelasan terhadap fahaman Syiah, JAKIM.

Monday, December 20, 2010

selamat hari lahir buat yang sangat aku kasihi.

bismillahirrahmanirrahim.

aku terlupa hari ini 20/12/2010 kendati sibuk ke sana ke mari. al maklum hari isnin. alhamdulillah tidak monday blues. dipendekkan cerita, suddenly anak ke dua aku suruh aku ucap selamat hari lahir untuk mantan perdana menteri malaysia dalam bentuk blog. bagus jugak dalam hati aku, support minat dan bakat berkarat ibunya.


kepada Tun Dr Mahathir Mohamad : 
Selamat Hari Lahir yang ke 85.
Semoga Allah SWT rahmati dan berkati usiamu.

benar aku kagum dengan keberaniannya menyelar mereka yang memandang rendah islam, negara islam dan orang islam itu sendiri. bagi aku itu yang lebih penting. aku masih ingat satu phrase dan sehingga kini rangkap itulah yang aku pegang untuk terus jadi maju dan berani. kata-kata beliau yang maksudnya antara lain bahawa orang islam mesti kaya jika mahu mengalahkan orang kafir. kaya yang dimaksudkan beliau ialah, kaya dengan ilmu pengetahuan. wallahua'alam. namun kata-kata itu sangat motivate diri aku.


ucapan ikhlas ini lebih berharga dan harta. 
ungkapan ikhlas darimu lebih tajam dari senjata.
"ilmu itu ada di mana-mana dan ia bermula bila kita buka mata".

salam hormat dari kami sekeluarga buat Tun sekeluarga. walau aku tahu Tun tidak akan baca blog mentah dan murah macam blog aku ini, tapi aku ingin abadikannya untuk generasi aku yang akan datang. terima kasih Tun kerana mengajar aku menjadi berani bercakap benar walaupun sukar.

ikhlas dari hati.

Tuesday, December 14, 2010

peringatan untuk diriku sendiri.

bismillahirrahmanirrahim.

bukan untuk siapa-siapa. cuma berkongsi rasa sahaja. aku juga tiada apa-apa. sekadar peringatan agar aku kuat dan cekal. usah jadikan pengalaman pahit menjadi penghadang usaha murni yang terbit dari hati untuk terus bertahan hingga hujung waktu. sepi itu terkadang indah untuk istirehat lalu bersantun kasih dengan Allah SWT. redha dan pasrah akan sifat hak-Nya sebagai Tuhan pencipta sekelian alam. tanamkan dalam-dalam dalam hati tentang bait ini sebagai pengukuh semangat hingga akhir hayat.









airmata
sungguh engkau tidak mampu aku seka
kerana hiba bertimpa-timpa.

marah
namun aku tidak tega berpatah arah
kerana semarak amarah.

diam
kadang kala kuat kerananya
kadang kala tenggelam bersamanya.

aku damba hidayah-Nya
supaya aku tidak hilang punca.

p/s : kata hati ada kalanya dapat melegakan hati yang sakit tanpa menyakiti hati orang lain. aku biarkan Allah penentu segala kerana Dia Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

wallahua'alam.

Friday, December 10, 2010

suka duka di alam maya.

bismillahirrahmanirrahim

ramai yang mencemuh bila kita bercerita tentang social friends di alam maya ini. ya betul. benar sekali banyak kejadian-kejadian yang tidak di ingin dan tidak patut berlaku telah pun terjadi. pasti, setiap sesuatu itu ada buruk dan ada baiknya. terkadang kala kita merasakan macam tidak logik dan tidak dapat diterima akal perkara-perkara sedemikan boleh berlaku. walhal sudah terdepang di dada akhbar rencana permasaalahan ini. namun kejadian tersebut masih lagi terjadi berulang kali. makanya, jauh-jauh di dalam hatiku bermohon belas serta pertolongan Illahi, jangan sampai terjadi kepadaku, ahli keluargaku, kawan-kawanku juga teman-teman di sekelilingku baik nyata mahupun maya.

tidak kurang yang mentertawakan apabila aku bercerita tentang cerita yang diceritakan oleh kawan-kawan blogger aku. pandangan sinis mereka terkadang kala boleh menambah suhu badan. boleh jadi angin dalam badan menjadi angin lintang yang merbahayakan. aku sambut cemuhan mereka dengan senyuman. aku katakan kepada mereka bahawa mereka cemburu kerana tidak mampu meluahkan perasaan suka duka mereka dalam bentuk penulisan. padan dengan muka mereka. itulah padanya bagi mereka yang suka-suka mengata tanpa usul periksa.
apa pun setiap orang ada pendapat dan pandangan yang tidak semestinya dapat serta boleh integrated dengan pendapat yang lainnya. berwaspada itu lebih baik dan berpada-pada itu harus dipegang agar ada batasan serta sempadan. apa yang aku amalkan mungkin tidak pada yang lain. aku sentiasa memasang niat pada segala sesuatu yang aku lakukan kerana Allah. hanya dengan niat sebegini mungkin dapat mengawal aku serta nafsuku pergi terlalu jauh. wallahua'alam.

namun aku juga manusia biasa. tidak terlepas dari alpa dan leka. sekali lagi aku mohon kalian sentiasa memberi pandangan, nasihat dan cadangan agar aku berada di jalan yang benar.

p/s : maafkan aku kalau aku lambat terima pakai nasihat kamu.

SINOPSIS : jangan takut berkata benar.

Wednesday, December 8, 2010

hati-hati ketika membuka pintu kereta.

bismillahirrahmanirrahim.
salam maal hijrah.

semoga setiap orang dari kita beranjak ke paradigma yang lebih baik dari sediada.

sudah lama aku tidak update cerita pasal kucing-kucing aku. anak si greymoon sudah bujang dan sudah dara sunti. bella, kim dan dot sudah berusia lapan bulan. sweet and gorgeous. si kunchup apatah lagi. handsome bangat. siapa lagi mahu puji kalau bukan aku sendiri.

tapi yang mahu aku bebelkan di sini ialah kerenah mereka-mereka itu bila nampak aku buka pintu kereta. berdesup menyelinap masuk duduk bersantai sambil tidur baring. ok lagi kalau kamu semua tidak tinggalkan perfum yang tiada tolok banding wanginya.

tengok ini, ikut suka-suka mahu tidur cara mana.










sudahlah begitu, calling-calling pulak member ajak tidur sama. lain jantina pulak tu. merbahaya tu sehhhh.






yang si jantan gantang ini pun memang tidak lepaskan peluang.










eh! tadi bukan main beradap sopan, ada yang tidak kena ke sampai membelakangkan.







p/s : mereka tahu aku tidak akan sampai hati untuk memarahi mereka. sebab itu mereka buat derk aje sekali pun aku angkat jari telunjuk atau tunjuk penumbuk.

SINOPSIS : nilai sebuah kasih sayang.

Friday, December 3, 2010

dua kata keramat penghapus resah.

bismilahirrahmanirrahim.

kerap pengalaman mengajarkan. namun berhadapan dengan situasi membuatkan aku rasa kudrat dan usaha mampu membolehkan aku meraih kemenangan. sebenarnya di dalam kepayahan aku terlupa bahawa pasrah sepertinya tool bagi mengatasi setiap kesulitan. redha itu umpama ubat penenang kemurungan dan keresahan.. sungguh dua gandingan kata keramat ini personally boleh aku nobatkan sebagai mutiara keimanan. dan yang sebenarnya aku terlupa akan keterbatasan usaha dari kudratku. suatu saat tatkala kudrat terasa tidak berdaya, usaha seperti tidak menjadi  dan putus asa menjentik jiwa, aku menadah tangan tanda pasrah dan redha. sepantas kilat itu juga hilang segala gundah. lenyap semua lara. terhapus segera kecewa rasa. sesungguhnya rasa ini ingin sekali mahu aku kongsi bersama sekelian makhluk di alam ini. tiada lain yang wajib disembah melainkan kepada-Mu jua Ya Allah.

SINOPSIS : pasrah dan redha hadiah dari Allah SWT

p/s : aku sering terlupa kononnya aku terror dan handal.

handphone aku xde kompas