al kisah bila sudah sampai masa
tidak perlu susah-susah untuk dapat hidayah Allah.
thank you google |
mesyuarat balcony aka mesyuarat tingkap pertama 2011
aku : lama tak nampak zhu?
ejaan zhu, sebutan zoo. ishh pepagi dah buat dosa kering.
jiran : ada, biasalah week end ke kebun. hari ni rasa cam tak sedap badan pulak. nak tanya sikit la kat hanna.aku : banyak pun boleh zhu.
sengeh.
jiran : hari tu hanna cakap apa ngan anak bujang zhu?garu kepala yang memang gatal pun. dalam hati berkira-kira, adakah zhu berkecil hati dengan apa yang aku bualkan dengan anaknya tempoh hari.
aku : ermmm..takde apa. cerita-cerita biasa aja. kenapa zhu? yazid ada mengadu apa-apa ke? sorrylah kalau dia terasa hati.jiran : dia ada cerita terjumpa hanna, cuma sejak hari tu, dia banyak berubah.
berubah apa pulaknya si yazid ni. aku reverse untuk mengingati biji butir perbualan kami tempoh hari.
aku : berubah yg +ve ke -ve? ke dia nak kawen?jiran : ishhh hanna ni. diri sendiri mak bapak tanggung. mampus anak orang tak makan.
aku sengeh lagi. macam kerang busuk kerja menyengeh aje sejak tadi.
jiran : sejak dia berbual ngan hanna hari tu, dia mula menghafal surah Yassin.berkerut dahi aku sekejap.
jiran : apa yang hanna beritahu dia sampai berubah 360darjah.aku : alhamdulillah, baguslah.
tidaklah menduga ada bakat jadi kaunselor. padahal waktu belajar, itulah subjek yang buat CGPA aku merudum.
jiran : zhu naklah tahu jugak. kok ada jampi serapah yg hanna baca.aku : ishhh! tak adalah sampai berjampi-jampi. hanna cakap kat yazid, "untung jadi yazid. mak ayah usaha sediakan apa termampu untuk yazid bila mereka sudah tiada. kalau kita mahu balas budi ibubapa, sampai mati pun tidak terbalas budi baik mereka. yang paling baik kita jadilah anak yg soleh/soleha. itulah hadiah yang terbaik dari kita untuk mereka."
jiran : syukur alhamdulillah. terima kasih hanna.
aku : zhu, hanna cerita saje-saje. tak sangka pulak masuk kepala. biasalah budak zaman sekarang. kalau ibubapa yang cakap, sampai terjelir lidah pun dia orang buat macam masuk angin keluar asap. nanti turn zhu sekolahkan anak hanna pulak ye.
jiran : boleh! boleh! insyaallah.
kami ketawa berderai.
SINOPSIS : hadiah paling mahal untuk kedua ibubapa kita.
p/s : uik, kembang hidung aku bila dapat kredit macam ini. namun akur, aku sekadar menegur. hidayah itu datang dari Allah SWT.