Thursday, April 28, 2011

wanita oh wanita

LIFE is like colors

Bismillahhirrahmannirrahim.

menjadi kebiasaan serta kelaziman, jiwa yang tersentuh dan sedikit beremosi memberi kurang lebih sepertinya "ilham" mengarang puisi; tribute untuk dia

semoga dia sentiasa dalam sejahtera dan dirahmati Allah SWT.

Saturday, April 23, 2011

takdir.

Bismillahhirrahmanirrahim.

takdir atau ketentuan Allah itu sering tidak menepati selera atau kehendak manusia jika takdirnya Allah memberi dugaan dalam bentuk kesusahan. tapi apabila Allah memberi dugaan di dalam bentuk kemudahan/kesenangan tiada pun rugutan. itu pada fahaman aku yang sangat rendah ilmu.

bukan itu yang mahu aku coretkan di sini kali ini. tapi pun tetap berkisar dengan takdir dan ketentuan Allah SWT.

sepetang aku menangis bila aku baca sms dan kawan lama mengatakan si fulan binti si fulan sudah tahap 4 sakit barah hati. Allahuakbar. kenal sangat dan kenal rapat dengan si fulan binti si fulan ini. kawan-kawan sewaktu remaja. terasa baru semalam sama-sama satu kem pasukan bolajaring belia negeri. seorang yang cergas dan tangkas di dalam pasukan kami. kalau dia tidak ada, terasa seperti pasukan kami patah kaki.

pun dari segi kemudahan/kemewahan hidup, aku rasa ramai yang cemburu dengan keberadaan dia. mampu memiliki segala apa yang dia cita. itu rezeki dia walaupun dari segi jawatan di dalam kerajaan aku lebih sedikit tinggi daripada dia. tapi Allah itu saksama. sedikit untung di sana, sedikit rugi di sini. Dia duga manusia sama rata ikut kemampuan serta kekuatan makhluk yang dicipta oleh-Nya. walau apa juga keperluan dia mampu miliki namun dari apa yang dia pernah ceritakan, institusi kekeluargaannya amat longgar. kurang perhatian dan kasih sayang orang yang dia cintai. anak-anak membesar dengan sendiri walau pun menjadi tetapi kekurangan ini tetap dirasai.


terkini, apa yang aku ketahui, suaminya hilang tidak dapat dikesan. macam pelik tapi itulah kenyataan. lewat petang semalam aku terima berita lagi yang tambah menyayat hati. pada perkiraan doktor, dia cuma ada masa 6 bulan sahaja lagi. aku menangis semahuku. bukan tidak redha atau pasrah atas takdir dia. siapa aku untuk berkata begitu. tetapi termangu dan terkedu lalu berkira-kira aku patut panjatkan syukur atas takdirku.


p/s : dahulu, dia cukup tabah berdepan dengan hilangnya kasih sayang seorang suami. semoga dia tetap tabah berdepan dengan saat-saat hilangnya dia dari orang-orang yang menyayangi dirinya. aku kerap mengalirkan airmata setiap kali teringat akan dia walau pun ketika aku sedang menggoreng ikan. Ya Rabb, berikanlah kami kekuatan menerima takdir dan kenyataan.

Thursday, April 21, 2011

voice of dream

Bismillahirrahmanirrahim.

the gift
memang minat dengan suaranya. dengan orangnya, biasa-biasa saja. hampir semua lagu "cinta"nya slow ballad. peluang datang sekali bila en suami belanja luncheon with anuar zain on 19 april 2011 tempoh hari. mungkin en suami tahu yang aku sangat minat suara dan sebahagian lagu dari penyanyi ini.

bagi aku, bukan semua lagu cinta anuar zain ditujukan untuk manusia sahaja. andai teliti lirik lagunya, aku letakkan satu atau dua lagu beliau adalah lagu cinta kepada Tuhan.

tolak tepi semua gossip liar tentang dia, aku enjoy that moment. walau sebahagian so call "secretary" macam orang hilang akal bila anuar zain muncul di pentas atau turun dari pentas. personally aku salute sikap santun dia semasa mengadakan pertunjukan kerana tetamu kehormat yang hadir adalah Sultanah Negeri Johor.
sebahagian dari yang hadir.

p/s : looking forward for more live concert. ada sesiapa yang mahu ikut?

Monday, April 18, 2011

pasrah

Bismillahirrahmanirrahim.

"pasrah" sebenarnya memang mudah mahu kita sebut namun tidak semudah hati menurut. atau memang mudah memperkatakannya tapi belum tentu dapat dilaksana.

selalu kita merasa jasad dan semangat cukup kuat untuk merealisasikan segala hajat dan hasrat. kita pula sering sandarkan hajat ikut bakat serta kekuatan kudrat. tapi kita lupa bahawa kudrat kita terhad.

pun begitu, Allah sangat sayang hamba-Nya yang rajin serta kuat berusaha. namun takdir Allah itu mengatasi segala. begitu pun, Allah SWT melarang kita berputus asa dan Dia suka kita selalu kembali dan mengharap akan Dia dengan serendah-rendah jiwa raga.

ada pun yang termampu kita lakukan sebaik-baiknya dengan berdoa dan mengharap kepada belas kasihan dari-Nya. semoga hasrat dan hajat di dalam doa diterima. mengharap agar kita diberi serta dibekalkan oleh-Nya dengan kekuatan serta keberanian berusaha mencapai segala hajat.

p/s : aku sering rasa putus asa mencengkam jiwa raga sehinggalah aku kembali kepada-Nya. tatkala aku pasrah dan berserah atas kegagalanku maka aku beroleh kemenangan paling tidak ketenangan itu singgah serta bertandang di hati yang sedikit walang.

Monday, April 11, 2011

tegur sapa

Bismillahirrahmanirrahim.

ingatkan orang lain samalah juga seperti aku ingatkan diri aku sendiri. saling ingat mengingatkan semoga kita tidak mudah lupa diri.

zaman sekarang banyak perkara yang harus kita lebih peka. banyak perkara (konon-kononnya) bersandarkan pada agama. berucap berderak sana berderak sini. hadis kata macam itu, hadis kata macam ini. firman Allah begitu, firman Allah begini. dunia sudah amat tua. lain kata senang cerita, hari kiamat sudah hampir tiba. tunggu masa dan ketika. namun itu rahsia tetap Allah yang punya.

aku juga mahu ingatkan diri aku. aku juga mudah lupa dan mudah leka dan juga amat mudah terpedaya dan diperdaya. niat hati baik tetapi cara kadang-kadang terbalik. yang sedih tambah pedih bila kita ditipu oleh orang yang gunakan ayat-ayat indah bersandarkan hadis Rasul dan firman Allah.

setiap saat aku berdoa supaya hatiku lurus dan tabah. gagah di jalan Allah. walau payah tetap aku redah.

p/s : terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi menegur sapa. tersalah itu titik mula berubah jika kita ambil iktibar dan mahu bertukar.

Monday, April 4, 2011

masih nonama

Bismillahirrahmanirrahim.

genap sudah sepuluh hari kakct momong budak dua ekor ini. masih tidak sempat bawa mereka pergi vaksin. pun masih tidak tahu mahu dinamakan apa. hati sudah berbelah bagi kalau mahu dicarikan keluarga angkat. masih lagi usha en. suami. nampak macam dia juga sudah jatuh hati dengan mereka berdua.



5 + 2 = 6 7 (betul tak cikgu). sudah ada tujuh ekor di rumah kakct. nasib baik tidak perlu guna pampers. yang buat kakct jatuh hati pada mereka berdua ini, mereka pandai poo and pee. kalau mereka buat hal merata, pitam jugak kakct.

sila beri cadangan nama yang sesuai untuk budak-budak ini.
1. bawang putih & bawang merah (macam kurang sesuai).
2. upin & ipin.
3.
4.
5.

tiada hadiah dijanjikan. minta maaf. kakct cuma boleh belanja durian saja bila tiba musim durian nanti. serius!

momong dalam bahasa jawa maksudnya jaga/bela.

handphone aku xde kompas