Friday, July 15, 2011

Bismillahhirrahmannirrahim.

aku sangat kerdil

pasrah!

redha!

tidak semudah diucap.

menangis! aku tetap menangis.


dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Ya Rabb, ampuni aku kerana tetap menangis walau pasti ada bunga di samping duri. hebat diduga oleh dugaan. moga aku dapat bertahan.

hanya kepada-Mu aku mohon pertolongan.

Thursday, July 14, 2011

rumah siap pahat masih berbunyi.

Bismillahhirrahmannirrahim.

antara dua waktu
alhamdulillah! segalanya telah pun berlalu. segalanya telah pun disampaikan. betul salah cara penyampaian hasrat dan niat masing-masing punya persepsi sendiri. kini sibuk menunding jari, sumpah-seranah serta caci mencaci. biarlah Allah yang tentukan. biarlah Allah yang memberi peringatan.

sambutlah Ramadhan ini dengan hati yang lapang. hanya inilah sahaja yang kita persembahkan untuk-Nya kerana hanya Dia yang mampu menilai serta melihat keikhlasan hamba-Nya.

semoga kita semua beroleh hidayah Allah di Ramadhan yang mulia.

Thursday, July 7, 2011

pelupa sinonim dengan manusia

Bismillahhirrahmannirrahim.

maaflah atas tajuk entri aku. tapi memang betulkan, manusia itu mudah lupa. oleh yang demikian, mengingatkan kepada kebenaran atau berpesan-pesan untuk tujuan kebaikan menjadi satu kewajipan.namun hendaklah secara berhemah. berdakwah secara berhikmah mudah menyedarkan untuk menjurus kepada kebaikan. mudah-mudahan mendapat petunjuk serta keredhaan Allah SWT. setiap insan mampu berdakwah mengikut kredibilti anugerah Allah. maka hendaklah kita berusaha ingatkan diri kita serta insan-insan di sekeliling kita supaya sentiasa ingat kepada Allah serta kembali memohon pertolongan hanya daripada Allah. dan ketahuilah sesungguhnya setiap perbuatan tidak kira besar atau sekecil mana sekalipun pasti dihitung oleh-Nya.

maafkan aku jika aku terkasar bahasa di dalam hal-hal ingat mengingatkan. juga maafkan aku jika selama ini aku lupa dan lalai untuk ingat mengingatkan.

wallahua'alam

handphone aku xde kompas