Saturday, August 27, 2011

Maaf Zahir & Batin.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Ramadhan menapak pergi
semoga puasa diterima Illahi.
Panjang umor berjumpa lagi
Ramadahan Al Mubarak sentiasa di hati.

Syawal datang lagi
usai sebulan manahan diri.
Ampun maaf mensucikan hati
agar bersih sanubari.


kepada semua follower dan blogger serta umat Islam serata dunia, kak CT ingin ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin. 

Daripada : kakCT sekeluarga.




Tuesday, August 23, 2011

Budak Hitam

Bismillahhirrahmannirrahim.

Sudah agak lama kakCT tak cerita pasal hobby kakCT yang paling indah ini.
Jom kita lihat apa kah bendanya.

owhhh...meowww. ingatkan apa ler tadi.


hitamnya dia!!!
-
-
-
-
-
-
-
aihhh...dia takde mata ke?


ada!....tunggu & lihat.
-
-
-
-
-
-
-
nah...tu dia mata dia.


putih kat hidung tu kira macam tahi lalat la.

Monday, August 15, 2011

Indahnya Takdir

Bismillahhirrahmannirrahim.

INDAH BUKAN!

aku selalu berkata
takdir adalah yang terindah
ciptaan dari Allah.

aku mengaku
takdir adalah yang terbaik buatku
walau sering hati tidak setuju.

harus aku akui
takdir kerap tidak menepati mimpi
tapi dari setiap inci yang terjadi
membunga hikmat tersendiri
selagi dilihat dengan mata hati.

manusia tetap manusia
punya hati punya rasa
yang sering meronta
andai tidak dibela
dipelihara.

walau pasrah menjadi sebutan
kerap hati tidak karuan
kerana takdir dan kemahuan
tidak seiringan jalan
walau rungutan demi rungutan
aku tetap mahu bersyukur pada Tuhan.

orangbiasa\15OGOS2011

bulan mengambang, air pasang penuh. cantiknya selat Tebrau di Johor Bahru walau tidak seindah dulu.


Monday, August 8, 2011

Off Month Bagi Syaitan

Bismillahhirrahmannirrahim.

kenali diri sendri
Syaitan bercuti lagi. Syaitan dipaksa atau terpaksa bercuti sebulan sepanjang bulan Ramadham al-Mubarak ini. Walaupun kalau boleh mereka ingin terus-terusan bekerja bagi memastikan misi mereka memesongkan akidah anak Adam berjaya dengan cemerlang.Namun, 11 bulan syaitan sudah pasang strategi dengan menggoda anak Adam kerana syaitan tidak akan bersama anak Adam sepanjang Ramadhan. 11 bulan sebelum Ramadhan, syaitan telah berusaha pasak kukuh sifat buruk, berkelakuan serta perbuatan yang bertentangan dengan syariat juga memujuk anak Adam mengerjakan larangan Allah.

Yang demikian itu, jika dalam bulan Ramadhan ini, masih ada lagi yang enggan menunaikan ibadah puasa bererti bukan atas godaan syaitan. Maka fikirkanlah sendiri. Apakah diri sebaris syaitan?.

Wallahua'lam.

sumber : solusi

Monday, August 1, 2011

Puasa

Bismillahhirrahmannirrahim.

dari terbit hingga terbenamnya matahari
PUASA - Hak Prerogatif Allah.
• Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman: 'Setiap amalan manusia itu untuknya kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yang memberi ganjarannya."' •

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kendati itu, tunaikanlah tanggungjawaba berpuasa itu dengan penuh ihsan.

Bagaimana pula yang dikatakan ihsan. Ihsan ialah bahawa kita menyembah Allah seolah-olah kita melihat-Nya. Sekiranya kita tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kita.

Di dalam hal puasa pula, hanya Allah dan diri kita sendiri yang tahu tahu tentang puasa kita.

Wallahua'alam.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.

handphone aku xde kompas