telan mati emak, luah mati bapak. sungguh! orang dahulu sangat besar santunnya. rasa ingin meluahkan apa yang terbuku di hati tetapi dalam masa yang sama mahu menjaga hati dan hubungan. lalu dianjurkan lagi cara menyelesaikan masalah supaya berhati-hati seperti menarik benang di dalam tepung. benarlah jika dinobatkan suatu ketika dahulu bahawa bangsa melayu itu kaya dengan budibahasa serta baik tatasusilanya.
aku tarik nafas panjang-panjang, dalam-dalam. sekarang semuanya sudah hilang. aku agak yang hilang bukan bangsanya tetapi susila dan pekertinya. apakala semua sudah menjadi sama maka akan hilanglah rupa paras bangsanya.
☝Malaysia! Malaysia itu dahulunya Malaya yang asalnya Tanah Melayu. Malay/Melayu itu tidak hilang, yang hilang cuma adab sopannya atau Melayu itu hanya tinggal pada namanya sahaja. pun masih boleh lagi dimaafkan. jangan sampai hilang agama bila lidah tidak dijaga. jangan suka tunding jari. tanyakan pada diri sendiri. di mana aku berdiri.
Tuesday, December 11, 2012
Friday, November 23, 2012
apalah dayaku
Assalamualaikum wbt.
semua rasa ada. tapi tinggal rasa saja. tidak tercapai kudrat selain doa sekerat. apa yang mampu, segenap ruang di qalbu munajat kepada Allah. derita kamu derita aku, sungguh rasa ini datang dari hati. langit biru kamu telah dicemari. akur lemah diri namun ikhlas di sanubari munajatku tiada henti kepada Illahi;
Ya Rabb, Engkau lindungilah saudara kami...

Saturday, November 17, 2012
anugerah dari redha
selalu. hati merungut tidak puas hati. kenapa begitu. kenapa begini. semua yang diatur tidak jadi, tidak menjadi. puas fikir. di mana silap. di mana khilaf. bosan. kadang-kadang hati merintih sedih, pedih. airmata usah cerita. selalu pujuk hati, sabar hati...sabar. tapi hati tetap terbakar.
dipendekkan cerita; aku redha akhirnya. demi Allah...semacam rasa dada. lapang dan bahagia.
dipendekkan cerita; aku redha akhirnya. demi Allah...semacam rasa dada. lapang dan bahagia.
Thursday, November 15, 2012
Saturday, November 10, 2012
aku abadikan 10-11-12
walau sesaat ia tidak akan kembali * lalu aku patrikan di sini* catatan peribadi * untuk tatapan sendiri * suatu hari nanti aku pasti kemari * walau tiada siapa yang sudi.
Wednesday, November 7, 2012
lihat gambar ini
tidak perlu kata-kata
cuma senyum aje.
fikirlah sendiri
jangan sesekali dera isteri
tengok ini...
ayam pun sayang bini.
cuma senyum aje.
fikirlah sendiri
jangan sesekali dera isteri
tengok ini...
ayam pun sayang bini.
Monday, November 5, 2012
tolong faham! terima kasih.
sungguh.
benar-benar aku tak faham
kenapa kau susah nak faham
kenapa buat-buat tak faham.
sudahlah!
pergilah!
cukuplah...
jangan cari aku lagi.
senang cerita
jangan ganggu aku lagi
jangan datang sini lagi
jangan sibuk nak komen itu ini.
aku tahu Allah uji aku
dalam uji-Nya, Dia ajar aku
pada setiap masa dan ketika
syaitan tidak lena
syaitan tidak perna lupa
syaitan kaya dengan tipu daya.
terima kasih ya Allah
terima kasih!
orangbiasa\041112
* benar-benar aku harap kali ini dia mengerti. harap sangat-sangat jangan lagi dia pura-pura tak reti.
* bosan dengan manusia macam ni

Friday, November 2, 2012
Monday, October 29, 2012
budaya FB
Assalamualaikum wbt.
khazinatul asrar tulis di FB
"semua penulis akan mati, hanya karyanya sahaja yang terus abadi. maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan diri kamu di akhirat nanti." - [ Sayyidina Ali bin Abi Talib ]
Zull-kefle ismail tulis di FB;
"sesungguhnya pena itu lebih kuat dari mata pedang."
bagi aku beginilah;
apa jua kemudahan jika kita tahu letakkan di tempat yang dapat menjana 'keuntungan' dunia dan akhirat adalah anugerah Allah. asal saja kita tidak terkeluar dari batas2 yang dibolehkan atau membelakang atau melanggar hukum Islam.
cuma, akhir2 ini aku menjadi sedikit khuatir dengan budaya "Like" gambar ini di FB.
marilah kita berkongsi pandangan tentang ini. semoga kita sama2 dapat mengambil iktibar akan kewajarannya.
wallahua'lam.

Saturday, October 20, 2012
kongsi
eh! siapa pulak yg buat hal kat sini. mestilah ayam, tak kan lah pulak kucing bertelor. berani sungguh ayam ni bertelor kat sangkar kucing.
selang beberapa hari, bertambah lagi bilangan telor di pasir melepas kucing ni. wah! memang betol punya beranilah kau kak yam(ayam). lansung tak peduli atau takut akan ancaman kak ku(kucing).
alololo...dah menetas dengan selamatnya.
dalam hati berbisik sendiri, binatang yang tidak berakal pon mampu
berkongsi.

Tuesday, October 9, 2012
aku punya sendiri
lelaki separa khayal ini
telah pun aku miliki
separuh mati
sepenuh hati
mahu aku fahami.
orangbiasa\91012
telah pun aku miliki
separuh mati
sepenuh hati
mahu aku fahami.
orangbiasa\91012
Saturday, October 6, 2012
sahabat
ketika memuji,
sekadar menguji
atau memuja
pura-pura mahu menduga,
dusta demi dusta,
membungakan kata-kata.
bertutur
atau bercanda,
jujur mahu pun mengada-ngada.
ingatlah pesan Rasullullah SAW.
alahai lidah,
menggarap indah
rupanya terluka.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam memegang lidahnya seraya bersabda: “Jagalah ini!” Saya (Mu’adz bin Jabal radhiallahu anhu) berkata, "Wahai Nabi Allah, apakah kita akan disiksa karena ucapan-ucapan kita?" Beliau menjawab, "Celaka kamu. Bukankah banyak dari kalangan manusia yang tersungkur kedalam api neraka dengan mukanya terlebih dahulu (dalam riwayat lain: dengan lehernya terlebih dahulu) itu gara-gara buah ucapan lisannya?” (HR. Tirmidzi ia berkata, Hadits ini hasan shahih.)

Tuesday, October 2, 2012
bila " M " menguasai diri.
Assalamualaikum wbt.
3 keping biskut kering bersama se cawan nescafe ' O ' |
Ini luarbiasa. Kebiasaannya pagi-pagi otak dah bekerja. Berkira-kira mahu buat sarapan apa. Ada kemungkinan jugak kerana boss outstation. Makanya penyakit kemalasan mudah melanda. Dalam hati ikrar penuh taat setia pada janji. Lain kali tidak boleh macam ini.
Minda tanya hati tanya minda.
3 keping biskut kering dengan se cawan nescafe O. Boleh ke?
Boleh ke ape?
Boleh ke tahan sampai waktu makan tengahari?
Thursday, September 27, 2012
Airmata ibu
Bismillah ar-Rahmaan ar-Rahiim
kasihnya ibu membawa ke syurga. |
Jauh di sudut hatinya tidak pernah mempertikaikan dugaan serta cabaran yang Allah SWT datangkan di sepanjang perjalanan hidupnya. Dia juga tidak berkira-kira kenapa Allah mentakdirkan anaknya yang satu ini sering membuatkan hatinya terluka sedang dia, usah melihat airmata ibunya, merasakan ibunya menangis di dalam hati pun dia susah runsing. Baginya, dia hanya melakukan apa yang perlu dia lakukan. Untuk mengharap anaknya melakukan sama sepertimana apa yang telah dilakukan terhadap ibunya bukanlah prinsip hidupnya. Dia tahu, setiap zara yang Allah SWT jadikan mesti bersebab. Dia akur hukum itu.
Walau apa pun, dia cuba untuk tidak merajuk dengan anaknya. Dia mahu menghargai airmatanya. Dia berusaha untuk tidak mahu menangis lagi. Namum airmata seorang ibu tetap mengalir ketika tangannya diangkat ke langit. Dia tetap berdoa akan keselamatan serta kesejahteraan anaknya. Terus-terusan mengharap akan kejayaan anaknya. Dia juga tidak pernah lupa meminta Allah SWT ampunkan dosa anaknya. Apa pun yang telah anaknya lakukan, dia telah ampunkan kerana dia kuathir tidak sempat berbuat demikian apakala dia menutup matanya nanti.
Friday, June 1, 2012
AL-GHAFFAR
Bismillah Ar-Rahmaan Ar-Rahiim.
Selawat ke atas Nabi Muhammad saw.
Al-Ghaffar bererti yang Maha Kuasa menutupi kesalahan hamba-hamba-Nya dgn mengampuni dosa-dosa mereka.
Dalam khabar musnad diceritakan bahawa seseorang telah diperintahkan masuk ke dalam neraka. Setelah sepertiga perjalanan, dia menoleh ke belakang sambil meneruskan perjalanan. Setelah separuh perjalanan, dia menoleh lagi dan melakukan perkara yang serupa setelah dua pertiga perjalanan.
Lalu Allah SWT berfirman, "Bawa kembali orang itu ke sini!" Allah SWT bertanya, "Mengapa engkau menoleh sampai 3 kali?"
Orang itu menjawab, "Setelah aku sampai sepertiga perjalanan, aku teringat akan firman-Mu:
Dan Tuhanmu Maha Pengampun lagi penuh rahmat. (Al-Kahfi 18:58). Oleh kerana teringatkan firman-Mu inilah maka aku menoleh dengan penuh harapan mendapat keampunan dan rahmat-Mu.
Setelah aku sampai separuh perjalanan, aku teringat pula akan firman-Mu:
Siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa-dosa selain Allah. (Ali Imran 3:135). Ayat ini menguatkan harapanku, menyebabkan aku menoleh lagi.
Setelah sampai dua pertiga perjalanan, aku teringat pula akan firman-Mu:
Katakan, hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu putus harapan dari rahmat Allah. (Al-Zumar 39:53) Semakin bertambahlah harapan untuk mendapatkan maghfirah dan rahmat-Mu!"
Allah SWT kemudian berfirman,"Pergilah engkau, sesungguhnya Aku telah mengampunimu!"
Firman Allah SWT:
Dan sesiapa yg mengerjakan kejahatan atau menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampun kepada Allah, tentu dia mendapati bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Nisa' 4:110)
Moral dari kisah di atas, bersegeralah bertaubat serta meminta keampunan Allah SWT.
Wallahua'lam.
Sunday, May 13, 2012
Selamat Hari Ibu.
Bismillah Ar-Rahmaan Ar-Rahiim.
Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Assalamualaikum wbt.
Status : Mak! Saya sayang mak.
Mode : Bersyukur kerana saya masih punya emak.
Kasih dan sayang seorang IBU tidak pernah usai.
Tiap-tiap hari pun adalah hari untukmu IBU.
Sementara aku punya kesempatan meraikan hari untukmu,
Sekali lagi aku ingin ucapkan...
SELAMAT HARI IBU, IBU!
Aku sayang kamu....
Tuesday, April 17, 2012
Jerat kasanova.
Bismillah ar-Rahmaan ar-Rahiim
sesungguh tidak Allah pertemukan siang dengan malam. |
Di awal perkenalan Rosli pernah mengungkapkan sebaris ayat "power" yang bunyinya kurang lebih begini, "cintailah aku kerana Allah dan bencilah aku kerana Allah juga". Kini Sue mahu pun Zurina sentiasa memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana terlepas dari jerat lelaki ini. Sue dan Zurina berpelukan dan bertangis-tangisan di atas rahmat Allah. Allah SWT masih sayangkan mereka berdua. Kedua-dua wanita ini insaf dan bertaubat sepenuh hati untuk tidak mengulangi kerja bodoh itu lagi.
Kini Sue telah bertemu dengan seorang lelaki yang benar-benar mengangkat martabatnya sebagai seorang wanita sekaligus menjadikannya seorang isteri yang sangat dihargai. Tiada lagi sumpah seranah dari lelaki yang bernama Rosli. Lelaki yang lidahnya menyebut Allah tetapi di hatinya penuh nafsu serakah.
Sementera Zurina bersyukur sangat-sangat kerana telah dapat membenci Rosli kerana Allah SWT. Dia akur bahawa di luar sana ramai yang memperjudikan agama untuk kepentingan diri sendiri. Zurina bertuah kerana sekali lagi dia dijemput menjadi tetamu Allah. Di hadapan Kaabah, Zurina menangis teresak-esak bila mengenangkan dosa-dosanya yang lalu. Dia berdoa agar Allah SWT memberi peringatan kepada Rosli. Hanya Allah SWT sahaja yang adil membalas perbuatan Rosli ke atas dia, Sue serta semua wanita-wanita yang telah ditipunya.
dan Rosli, bertaubatlah kerana taubat itu pencerah hati.
Wallahua'lam.
Thursday, March 29, 2012
Kasih yang pergi - Bhg. 3
Bismillah ar-Rahmaan ar-Rahiim
Tinggal Kenangan
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku...
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu...
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku...
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu...
Tuesday, March 13, 2012
Nilai murni
yang indah itu tetap menyenangkan. yang indah itu pasti dari Allah. |
Thursday, March 1, 2012
Kasih yang pergi - Bhg. 2
Bismillahirrahamanirrahim.
Badanku seperti terkena renjatan elektrik apabila ujian ke 3 cikTam mengesahkan dia diserang virus FIP. Cepat- cepat aku google apa itu virus FIP. Bertambah lemah longlai seluruh anggota tubuhku bila mengetahui virus FIP ini belum ada penawarnya lagi. Virus ini akan menyerang placenta kucing. Ya Allah, kerana itulah juga sebab musababnya anak dalam kandungan cikTam mati sebelum sempat dia melahirkan. Dalam keterpaksaan, cikTam perlu jalani pembedahan bagi mengeluarkan anaknya yang sudah tidak bernyawa lagi juga demi menyelamatkan cikTam.
Keesokan harinya, cikTam dibenarkan pulang. Kali ini cikTam sangat memilih makanan. Mahunya makanan ikan mentah lagi segar. Demi mahu melihat dia cepat sembuh, aku ikutkan kemahuannya. Anehnya, setelah tiga minggu, perut cikTam tidak nampak susutnya. Bila refer semula ke vet., barulah aku tahu bahawa ini adalah antara gejala FIP.
Setelah lima hari cikTam dirawat, tanda-tanda untuk dia sembuh memang tipis. Aku setuju untuk merawatnya dirumah. Kalau pun dia mahu pergi, biarlah di depan mataku. Namun, panggilan di pagi hari, 10 Jan 2012 membuatkan airmataku jatuh bercucuran seperti airmata seorang ibu yang kehilangan anak. Aku bawa cikTam pulang. Tapi kali ini bukan seperti selalu, di mana cikTam akan terus aku tempatkan di comforter di bilik tidurku. Kali ini cikTam terus aku abadikan di pusara yang aku tempatkan berdekatan dengan saudara-saudara angkatnya yang lain.

Semadilah engkau dengan aman cikTam. Ibu akan terus tetap ingat waktu2 kamu sihat dan menghiburkan.
Friday, February 10, 2012
Kasih yang pergi.
Bismillahirrahmanirrahim.
Sesaat pun aku tidak lupa mengingatimu. Menyebut namamu dalam nada sebak bercampur dengan lelehan airmata yang tiada hentinya. Ya Rabbi, aku mengharap sesuatu yang mustahil. Jauh di sudut hatiku mengharap akan keajaiban, mengharap akan Kuasa Mutlak-Mu Ya Illahi.
Andai takdir tidak menyebelahi aku, aku pasti Allah SWT telah berlaku adil kepadamu. Jika itu yang terbaik buat kita, aku redha engkau bertemu dengan Pencipta-Mu. Aku akur dan berterima-kasih kepada-Nya yang telah meminjamkan kamu kepadaku walau hanya sekadar waktu.
Semoga Allah SWT sudi meminjamkan kamu di dalam mimpi-mimpiku nanti.
cikTam, aku sayang kamu nak.......
Wednesday, February 8, 2012
Berangan di Showroom.
MasyaAllah!
Subhanallah!
BOSS! BOSS!
Lesen B FULL ada ke nak ride bende ni.
dalam hati terigin agaknya nak tunggang "binatang" ni tapi nak start capcai pun terkial-kial.
jom cycling untuk kesihatan....hajat besar seh nak kuruskan badan.
Wednesday, February 1, 2012
Cabaran.
Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.
Al kisah sejak kakCT sudah tidak tinggal di bandar ni, macam-macam makhluk Tuhan yang perlu diberi sedikit belas kasihan, insyaAllah. Pun sekadar kudrat yang Allah kurniakan. Memang tidak berapa nak arif kecuali kucing kerana sejak kecil sudah berkenalan dengan mahluk ini.
Di pendekkan cerita bayi monyet ini sudah dipenuhi kerengge dan kemungkinan besar rangkulannya terlepas dari induknya lalu tercicir. Aduhai, dengan ilmu panjang sejengkal kakCT hanya mampu bertawakal untuk paling tidak dia besar sedikit dan mampu menjalani kehidupan fitrahnya.
KakCT namakan dia GOMEZ |
Nama tak agak, Gomez. Sudah macam zoo lah pulak rumah kakCT.
Monday, January 16, 2012
azam tak ada markah.
Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.
Dia punyalah tidak sedarkan dia, sampai-sampai kena mop pun dia tak berganjak dari tidornya. Akibat bergadang sampai jauh malam. Lepas aje sarapan terus pengsan. Rutin harian si kenchoro, itu ajelah yang dia tahu. Senang hidup kau kenchoro. Aku pun nak jadi kucinglah kalau tiap-tiap hari dapat macam ni. Bersenang-lenang.
Tak senonoh punya azam.
Senangnye hidup engkau.
Subscribe to:
Posts (Atom)