Friday, February 10, 2012

Kasih yang pergi.

Bismillahirrahmanirrahim.

Sesaat pun aku tidak lupa mengingatimu. Menyebut namamu dalam nada sebak bercampur  dengan lelehan airmata yang tiada hentinya. Ya Rabbi, aku mengharap sesuatu yang mustahil. Jauh di sudut hatiku mengharap akan keajaiban, mengharap akan Kuasa Mutlak-Mu Ya Illahi.

Andai takdir tidak menyebelahi aku, aku pasti Allah SWT telah berlaku adil kepadamu. Jika itu yang terbaik buat kita, aku redha engkau bertemu dengan Pencipta-Mu. Aku akur dan berterima-kasih kepada-Nya yang telah meminjamkan kamu kepadaku walau hanya sekadar waktu.

Semoga Allah SWT sudi meminjamkan kamu di dalam mimpi-mimpiku nanti.

cikTam, aku sayang kamu nak.......

Wednesday, February 8, 2012

Berangan di Showroom.

MEREMPIT!

MasyaAllah!
Subhanallah!

BOSS! BOSS!

Lesen B FULL ada ke nak ride bende ni.

dalam hati terigin agaknya nak tunggang "binatang" ni tapi nak start capcai pun terkial-kial.

jom cycling untuk kesihatan....hajat besar seh nak kuruskan badan.

Wednesday, February 1, 2012

Cabaran.

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim.

Al kisah sejak kakCT sudah tidak tinggal di bandar ni, macam-macam makhluk Tuhan yang perlu diberi sedikit belas kasihan, insyaAllah. Pun sekadar kudrat yang Allah kurniakan. Memang tidak berapa nak arif kecuali kucing kerana sejak kecil sudah berkenalan dengan mahluk ini.
Di pendekkan cerita bayi monyet ini sudah dipenuhi kerengge dan kemungkinan besar rangkulannya terlepas dari induknya lalu tercicir. Aduhai, dengan ilmu panjang sejengkal kakCT hanya mampu bertawakal untuk paling tidak dia besar sedikit dan mampu menjalani kehidupan fitrahnya.

KakCT namakan dia GOMEZ
Nama tak agak, Gomez. Sudah macam zoo lah pulak rumah kakCT.

handphone aku xde kompas