Bismillah ar-Rahmaan ar-Rahiim
kasihnya ibu membawa ke syurga. |
Jauh di sudut hatinya tidak pernah mempertikaikan dugaan serta cabaran yang Allah SWT datangkan di sepanjang perjalanan hidupnya. Dia juga tidak berkira-kira kenapa Allah mentakdirkan anaknya yang satu ini sering membuatkan hatinya terluka sedang dia, usah melihat airmata ibunya, merasakan ibunya menangis di dalam hati pun dia susah runsing. Baginya, dia hanya melakukan apa yang perlu dia lakukan. Untuk mengharap anaknya melakukan sama sepertimana apa yang telah dilakukan terhadap ibunya bukanlah prinsip hidupnya. Dia tahu, setiap zara yang Allah SWT jadikan mesti bersebab. Dia akur hukum itu.
Walau apa pun, dia cuba untuk tidak merajuk dengan anaknya. Dia mahu menghargai airmatanya. Dia berusaha untuk tidak mahu menangis lagi. Namum airmata seorang ibu tetap mengalir ketika tangannya diangkat ke langit. Dia tetap berdoa akan keselamatan serta kesejahteraan anaknya. Terus-terusan mengharap akan kejayaan anaknya. Dia juga tidak pernah lupa meminta Allah SWT ampunkan dosa anaknya. Apa pun yang telah anaknya lakukan, dia telah ampunkan kerana dia kuathir tidak sempat berbuat demikian apakala dia menutup matanya nanti.