Monday, October 29, 2012

budaya FB

Assalamualaikum wbt.

khazinatul asrar tulis di FB

"semua penulis akan mati, hanya karyanya sahaja yang terus abadi. maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan diri kamu di akhirat nanti." - [ Sayyidina Ali bin Abi Talib ]

Zull-kefle ismail tulis di FB;

"sesungguhnya pena itu lebih kuat dari mata pedang."

bagi aku beginilah;

apa jua kemudahan jika kita tahu letakkan di tempat yang dapat menjana 'keuntungan' dunia dan akhirat adalah anugerah Allah. asal saja kita tidak terkeluar dari batas2 yang dibolehkan atau membelakang atau melanggar hukum Islam.

cuma, akhir2 ini aku menjadi sedikit khuatir dengan budaya "Like" gambar ini di FB.

marilah kita berkongsi pandangan tentang ini. semoga kita sama2 dapat mengambil iktibar akan kewajarannya.

wallahua'lam.

Saturday, October 20, 2012

kongsi

eh! siapa pulak yg buat hal kat sini. mestilah ayam, tak kan lah pulak kucing bertelor. berani sungguh ayam ni bertelor kat sangkar kucing.

selang beberapa hari, bertambah lagi bilangan telor di pasir melepas kucing ni. wah! memang betol punya beranilah kau kak yam(ayam). lansung tak peduli atau takut akan ancaman kak ku(kucing).

alololo...dah menetas dengan selamatnya.

dalam hati berbisik sendiri, binatang yang tidak berakal pon mampu
berkongsi.

Tuesday, October 9, 2012

aku punya sendiri

lelaki separa khayal ini
telah pun aku miliki
separuh mati
sepenuh hati
mahu aku fahami.

orangbiasa\91012

Saturday, October 6, 2012

sahabat

ketika memuji,
sekadar menguji
atau memuja
pura-pura mahu menduga,
dusta demi dusta,
membungakan kata-kata.
bertutur
atau bercanda,
jujur mahu pun mengada-ngada.
ingatlah pesan Rasullullah SAW.
alahai lidah,
menggarap indah
rupanya terluka.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam memegang lidahnya seraya bersabda: “Jagalah ini!” Saya (Mu’adz bin Jabal radhiallahu anhu) berkata, "Wahai Nabi Allah, apakah kita akan disiksa karena ucapan-ucapan kita?" Beliau menjawab, "Celaka kamu. Bukankah banyak dari kalangan manusia yang tersungkur kedalam api neraka dengan mukanya terlebih dahulu (dalam riwayat lain: dengan lehernya terlebih dahulu) itu gara-gara buah ucapan lisannya?” (HR. Tirmidzi ia berkata, Hadits ini hasan shahih.)

Tuesday, October 2, 2012

bila " M " menguasai diri.

Assalamualaikum wbt.

3 keping biskut kering bersama se cawan nescafe ' O '
Ini luarbiasa. Kebiasaannya pagi-pagi otak dah bekerja. Berkira-kira mahu buat sarapan apa. Ada kemungkinan jugak kerana boss outstation. Makanya penyakit kemalasan mudah melanda. Dalam hati ikrar penuh taat setia pada janji. Lain kali tidak boleh macam ini.

Minda tanya hati tanya minda.
3 keping biskut kering dengan se cawan nescafe O. Boleh ke?
Boleh ke ape?
Boleh ke tahan sampai waktu makan tengahari?

handphone aku xde kompas