Tuesday, June 30, 2015

Dahulu vs Sekarang


Terbaca status seorang ibu muda di FB. Biasalah kalau pasal menghadapi masalah mendisplinkan anak siapa lagi kalau bukan IBU. Bukan tak ada lansung BAPA yang concern. Ada! Tetapi bilangannya boleh dikira dengan jari.

Zaman sekarang berbanding zaman dahulu masalah membesarkan anak tetap ada tetapi berbeza. 

Jawapan spontan aku pada status ibu di atas tadi mudah aje...

"Semua pun boleh tetapi tidak boleh #over. tumbesaran mesti seimbang iaitu mental dan fizikal. 
contoh :
dulu takde main gadgets tapi kalu mandi sungai tak hengat dunia, lupa pergi mengaji dan lupe pergi sekolah agama. Kena ajar anak patuhi rule & regulation. Masa ni kalu patut marah, marahlah dia. Marah kerana mendidik itu tuntutan. Kena sabar dengan anak. Didik anak mesti bersama iaitu ibu & bapa. Bukan hanya ibu atau bukan hanya bapa sahaja."


Anak usia begini perlu kreativiti yang tinggi melayan kerenah mereka. Namun mereka adalah anugerah dan amanah Allah. 

Monday, June 29, 2015

Sandarkan kepada Allah.


kredit gambar dari pengirim dalam whatsapp.

Tanya sekali...diam. Tanya kali kedua...diam. Tanya kali ketiga pun diam jugak. Cukuplah tiga kali ajelah tanya. Takde jawapan itu tanda tak gemo ditanya agaknya. Doakan aje selamat pergi selamat kembali mencari rezeki yg halal lagi barokah. Bersangka baik itu lebih baik.

Suami ni kadang-kadang dia tak faham 'concern' isteri. Bagi mereka soalan itu adalah soalan buruk sangka serta cemburu. Segelintirlah...bukan semua.

Tak apelah wahai isteri...Allah sentiasa ada. Allah sentiasa mengawasi dia untuk kamu. Tawakkallah kepada Allah.

Anehnya bila suami tanya soalan yang sama pada isteri, agak-agaknya lah, apa maksudnya ea?

Emmmm...hmmm pandai-pandai lah teka jawapannya ye!!!

Tuesday, June 23, 2015

Aksi Kucing

Di bulan Ramadhan...


Deli dengan Raffa. Tak pastilah ni. Aksi lapar ke aksi kekenyangan.


Amboiiii...terok bebeno letihnya. Macamlah dia puasa.


Jack...Jack macamkan tak makan seminggu...


Buat muka sedih pulak dahhh...


Adoiiii...sakitnya tu di sini...
Di sini tu di mana...
Di perut ini...
Tunggu...azan Maghrib ok!!!


Hai kengkawan....moh lepak sini...sejok sket.


Dengar macam dah azan!
Hello...itu azan Asar ok.


Ibu...azan Maghrib nanti kejut ye. Kat bilik ibu sejok sket...
Baguslah tido petang sampai masok Maghrib baru nak bangun. Makhruh lah.


Alahai bu...dah tak larat lagi dah ni. Lambat lagi ke waktu berbuka?


Adehhhh....pedihnya perutku...


Saya budak kecik...takpe kan bu puasa separuh hari....

Alahai anak omak...letih kebelai macamlah tak dapat makan. Auta lebih! Bunyik aje pinggan menderu masok dapor. Walhal...pukul 8.00 pagi & pukul 5.00 petang seminit pun tak boleh lewat. Sekampong meraung.

Sunday, June 21, 2015

Pemburu

Pemburunya sudah pun ditahan reman. Sedang dibicarakan. Tapi atas dasar kasih sayang serta belas kasihan, ia dibebaskan tanpa sekatan. Fitrah kata boss. Ishhhhh...geram! Macamlah kurang makan lah kau ni budak...


Ini budak segala macam benda kalu dia dapat tangkap...mesti bawak masok bilik kononnya nak tunjuk yang dia tu terror.
Sabar ajelah perangai budak ēgum sekor ni.


Mangsa telah dapat diselamatkan. Sedang dalam pemuliharaan. Cedera di bahagian kaki. Masih boleh berjalan dan masih boleh makan. Alahai...anak tupai aka ēpy ni pun satu...jalan-jalan carik makan sampai silap pijak dahan. Panjang umor, bila sudah sihat nanti ibu lepaskan ye! 

handphone aku xde kompas