Wednesday, January 13, 2016

8.30 pagi dan 5.30 petang.

Kalau ada tetamu datang kat tempat akak, mesti kata...gemok-gemoknya kucing akak. makan apa ye? sehari berapa kali kasi makan?
Jawapannya senang aje...
Sehari 2 kali, 8.30 pagi sekali dan 5.30 petang sekali. Jenama biasa-biasa aje tetapi cukup kandungan nutrient untuk mereka. Kalu tiga empat ekor memang akak belikan jenama RC tapi ni dah capai angka 30...terasa jugaklah ghebehnya.
mereka ni semua kalahkan jam. confirm tak lambat punch card waktu makan.






Ibu : haishhh...tak elok buruk sangka kat Jack. ni hah...ibu ada simpankan untuk awak ni...jangan lupa baca bismillah dan doa makan. kalu tak nanti, makan banyak mana pun tak kenyang-kenyang.

Tuesday, January 5, 2016

Just smile

What else can we say.
True fact...right?.
Nothing much to rectify...
It is all about ownself character...😀

- Smilingly SMILE -






Sunday, January 3, 2016

Doa

Allaah itu Maha Mengetahui. Dia, Allaah tahu apa yang kita zahirkan atau yang kita sembunyikan.
Allaah itu Maha Pendengar. Dia, Allaah mendengar apa yang kita ucapakan atau apa yang terpendam di dalam hati.
• 
Allaah itu Maha Melihat. Dia, Allaah melihat apa yang kita lakukan dalam terang dan dalam gelap.
Dia, Allaah tahu apa yang kita mahu walau sekalipun tidak dapat kita ungkapkan. Percayalah serta yakinlah sesungguhnya Allaah mahu kita tetap mengharap hanya kepada Dia.
Makanya, berdoalah, mintalah, mohonlah serta mengharaplah hanya kepada Allaah.
• 
Sandarkanlah segalanya hanya kepada Allaah.
Bersyukur dan redha itu tanda-tanda bahagia telag hadir dalam jiwa.

Enggan berdoa kepada Allaah
samalah ertinya berlagak
sombong di hadapan Allaah.

Wallaahu'alam

Friday, January 1, 2016

Dialah segalanya.

Jika bukan kerana nikmatNya, apakah kita fikir kita dapat bernafas sesaat lagi? 
Dan jika kita rasa hidup ini berharga, apakah dapat kita bayar harga udara sedang Allaah memberinya dengan percuma...
Maka menangislah bukan kerana manusia tetapi kerana kita gagal melaksanakan perintahNya sedang Dia tidak pulak terus menerus campakkan kita ke neraka.
Apa lagi yang mahu kita minta sedang nikmatNya tidak terhingga.
Yang demikian itu mintalah ampun daripadaNya kerana Allaah lah segalanya.

Allaah jualah tempat kita meminta

handphone aku xde kompas