Sunday, February 21, 2016

Naluri...

Alahai...kesiannya tengok gaya kamu. Pasrah serta redha terperap terkurung.
Jebat kena faham kenapa kena quarantine. Ibu janji...baik aje luka kat kaki, ibu lepas bebaskan kamu kat luar sana. Sekarang lom boleh lagi...

Janganlah buat muka sedih macam ni. Ibu pun turut sedih tengok muka awak cenggini.


Pasrah serta redha bila kena marah. Kecik-kecikkan mata bila nampak rotan. Hai lah budak meow pun pandai main wayang. Tapi datang hangot nak keluar...kemain dia harok, mengamok.


Lihat ajelah keluar jendela tu Jebat. Tenunglah pokok durian kat tepi tingkap tu. Bayangkan yang dingin. Semoga mimpi indah malam nanti.

Saturday, February 20, 2016

Tiada lagi Tepian Mandi

Sebahagian besar pembangunan itu Pemodenan. Sebahagiannya lagi Pembunuh Kedamaian.
Aku menjadi pandai berenang bukan di kolam renang tetapi di sini, di Pantai Lido. Namun segalanya tinggal kenangan. Tiada lagi Tepian Mandi.
Akhirnya kita tidak lagi berpijak di bumi.
Semoga kita tidak menjadi terlupa atau terluka dengan apa yang terhidang di depan mata.
Cuma kerana atas nama Aras Tanda.




Semoga kita tidak tenggelam di dalam anganan kemashuran.

Thursday, February 18, 2016

HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN.

Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah  menceritakan kisah ini.

Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, "Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?" Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.

"Tujuh ratus ribu," jawab malaikat yang satu lagi.

"Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?"

"Tiada satu pun"

Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, "Apa?" Dia menangis dalam mimpi.

"Semua orang-orang ini datang dari belahan bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?"

Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.

"Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Diatas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah. "

"Bagaimana ia boleh terjadi begitu?"

"Itu adalah kehendak Allah"

"Siapakah orang tersebut?"

"Sa'id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik"

Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga. Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria.

Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa'id bin Muhafah.

"Di sana, di pinggir bandar", kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya. Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh.

"Adakah benar anda bernama Sa'id bin Muhafah?", tanya Ulamak.

"Betul, siapakah tuan?"

"Saya Abdullah bin Mubarak"

Said terharu, "Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?"

Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu.

"Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?"

"Wah! saya sendiri tidak tahu!"

"Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini".

Sa'id bin Muhafah kemudian teringat, "Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allhuma labbaika. Labbaika la syarika laka labbaika. Innal hamda. Wanni'mata. Laka wal mulka. La syarika laka.

Ya Allah, aku datang kerana panggilan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu.

Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis "Ya Allah aku rindu Mekah. Ya Allah aku rindu melihat ka'abah. Izinkan aku datang. Izinkan aku datang, ya Allah ..."

Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan. Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.

"Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji"

"Tetapi anda batalkan?"

"Benar"

"Apa yang berlaku?"

"Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu ngidamkan sesuatu  "

"Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?

"Ya sayang"

"Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya "

"Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Disitu terdapat seorang balu dan enam orang anaknya."

Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit.  Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya.

Akhirnya dengan perlahan dia berkata, "Tidak boleh tuan"

"Saya sanggup membeli walau dengan harga yang tinggi," kata saya tegas

"Makanan ini bukan untuk dijual, tuan," katanya sambil berlinang air mata.
Saya bertanya kenapa?

Sambil menangis, wanita itu berkata, "Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan," katanya.

Dalam hati saya, "Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim?  Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, "Kenapa?"

"Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak "

"Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram".

Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah.

Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi.

"Ini masakan untuk kamu"

Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka.

"Gunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi"

Ya Allah ... disinilah Hajiku ...
Ya Allah...  disinilah Mekahku ...

Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata.

Fikirkanlah bagi orang yg pergi berpuluh puluh kali Haji tapi bakhil. Di mana tempatnya. Sedangkan dlm masa yg sama berapa ramai lagi umat Islam yang memerlukan.

Sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa dekat dgn kita.

Wednesday, February 17, 2016

Senyum! Senyum!


Caption :
" kalau nak dibandingkan dengan merenangi lautan bara tu apalah sangat sayang .. abang boleh berjalan atas angin untuk dapatkan cinta sayang .. ciyehh ciyehh !! "
Macam2 bakat mereka ni ada...
Contact mereka :
Shahrizal Mahadi 0177088658
https://www.instagram.com/shahrizalmahadi
Azizi Arif 0137628231
https://instagram.com/aziziarif/
Credit to MUA Ritzky Bridal
Caption MakCik pulak ...
Steady future husband...sok2 jangan kasi skill wife keluar pulak - PingganTerbang. Salawat banyak2 cara nak lembutkan hati isteri...hihihi. Betol lahhh.
Senyum! Senyum aje lahhh
Banyakkan istighfar ye anak-anak.
Hehehehe...Sabar! Sabar!

Friday, February 12, 2016

Benci sikap manusia macam ni.

Faham tapi sengaja buat2 tak faham. Buat2 tak reti. Bukan benci engkau, tapi benci dengan sikap engkau. Manusia macam ni memang sengaja Allaah  hadirkan dalam hidup kita supaya kita bina sabar kita kuat2.
Di kalangan kita ini, ramai memang menyampaikan yang benar. Namun ada juga segelintir yang bercakap pasal agama untuk kepentingan hidup serta kehendak nafsu sendiri. Cakap yang baik pun belom tentu niatnya baik. Bercakap tentang agama pun belom tentu niatnya untuk agama.
Contoh 1
Menyamar sebagai ustaz dan meminta kita infakkan kononnya untuk agama melalui akaun bank persendiriannya.
Contoh 2
Mengambil kesempatan atas ketulusan orang lain di dalam mencarik atau mendalami ilmu tentang Allaah. 
Baru dua aku ceritakan kat sini, hati aku dah menggeletar marah. Marah kerana engkau menggunakan agama untuk kepentingan peribadi engkau sendiri.
Allaah Maha Pemurah sebab itu orang bukan Islam juga dilimpahkan dengan rezeki. Tetapi Allaah itu Maha Pengasih kepada hambanya yang mukmin, beriman semata-mata kerana Allaah.
Berbohong aje sudah tersasar. Inikan lagi menipu. Ditambah pula menipu menggunakan tiket agama. Lekaslah engkau sedar. Aku tidak mampu memberi kesedaran itu kerana hidayah itu milik Allaah. 
Cukuplah. Berhentilah perdayakan orang lain. Agama ini pegangan dan bukan sesuatu yang dapat engkau perdagangkan. Islam itu agama Allaah. Alllaah akan menjaganya hingga berakhirnya dunia. Dan Allaah juga pasti menjaga insan yang mahu mencari serta memilikinya setulus & seikhlas hati kerana Allaah.
Memang sengaja Allaah hadirkan engkau supaya aku dapat belajar bahawa syaitonnirrajim itu terdiri dari kalangan manusia dan jin. Aku mohon Allaah permudahkan urusan ku mencari akhiratku dan duniaku
Insyaa-Allaah, aamiin.

( Jika engkau mencari dunia, Allaah akan beri dunia. Jika engkau cari akhirat, Allaah akan beri akhirat dan Dia akan tetap beri engkau dunia sebagai ujian. Maka sesungguhnya dunia ini adalah sebesar-besar tipu muslihat bagi mereka yang dapat melihat ).

Wallaahu'alam.

Sunday, February 7, 2016

misteri...

Lima bulan lepas si Rossa hilang. Dua minggu kemudian Rossa pulang tapi ekornya macam kesan kena potong. Puas fikir, siapa pulak yang dengki kat kucing2 kakCT kat kebun ni. Budak2 ni bukan pernah pun merayap ke rumah-rumah jiran minta makan. Sementelah rumah kakCT serius jauh dari rumah2 jiran. Petang hari yang sama si Rossa pulang, kakCT terus bawak dia ke vet. Lepas vet. buat minor operation, seminggu kakCT quarantine Rossa supaya nak pastikan luka dia betol2 sembuh. Tiga hari lepas tu, Rossa hilang lagi. Puas carik tapi Rossa tak pulang pulang sampai sekarang.

> Rossa dalam kenangan. Di mana jua dia berada, semoga di dalam jagaan serta lindungan Allaah jua.
Hari Jumaat lepas bawak si Jebat ke vet yang sama. Tiga hari si Jebat tak datang makan. Puas panggil tetap jugak Jebat tak muncul2. Hari Khamis malam, Jebat masok bilik terus menyorok tak mahu keluar. Biasa Jebat tak macam tu. Akhirnya dapat jugak pegang dia bila dia sedang makan makanan yang kakCT letakkan kat tepi katil.
Macam nak gugur jantung bila terpandang kaki belakang si Jebat dah membusuk serta berulat. Dua jari kakinya hampir putus. Bila vet diagnosis, katanya luka tu akibat ditetak dengan benda tajam samada pisau atau parang. Nak pengsan mendengarnya. Jebat dikenakan GA kerana vet perlu cuci serta membuang maggots juga dikenakan lima jahitan untuk mencantumkan kembali jari-jarinya.

> sedang mamai-mamai kesan ubat bius.

> dah macam kaki ayam gamaknya.

> cute pulak fesyen mangkok astro portable....
Kepada si pelaku, kakCT serahkan kepada Allaah SWT yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana di dalam menghukum setiap aniaya sekalipun terhadap haiwan.

handphone aku xde kompas