Friday, December 1, 2017

KEMBARA



Kita Tiada -
        Tiapa apa.

Aku jadi ingat.
Duka itu ubati lupa.
Sangka baik.
Percaturannya Dia itu hebat.
Indah dan tepat.

Hanya Dia saja yang ada.
Pinjaman sahaja segala.
Sekadar waktu cuma.

Semalam
Akan datang
Bahkan hari ini pun Dia punya...

Kita ini tidak ada.
Yang ada hanyalah Dia.

orang biasa/dusunkota|27112017

Nota Kakiku :

Ada di mana-mana walau tiada di pandangan mata.

Monday, June 12, 2017

Timbang

Dalam apa jua keadaan, timbang rasa & timbang tara itu penting. Paling tidak, carilah sedikit kebaikan dengan kehadiran situasi itu sendiri.

Mungkin Allaah menegur kita. Mungkin juga Dia mengajar kita atau mungkin menduga kita.

Allaahu
Dunia pun bakal kita tinggalkan.
Lagikan pula harta...

Bismillaah
Ar Rahman
Ar Rahim.

Orangbiasa/100617
bersamaan 15Ramadhan1438H


Kadang-kadang, kita mahukan lain.
Tapi Allaah berikan lain.
Kita rasa Allaah seperti 'tidak dengar' permintaan kita.
Lama baru kita ketahui...
Apa yang Dia beri adalah yang perlu buat diri.
Kemudian kita sedar...
Kemudian kita belajar...
Menyakini takdir Ilahi.
Walau pada zahir sakit dan perit.
Hakikatnya...
Kita wajib akui
Bahawa
Takdir Allaah itu sangat INDAH.


POLOS

Monday, January 16, 2017

Harta yang membelenggu kita...


Arwah bapak pernah berkata, dia tidak meninggalkan tanah pusaka walaupun se hasta. Dia mahu kami sekolah tinggi-tinggi dan mencari kehidupan kami sendiri. Arwah bapak kata lagi tanah pusaka hatta sekalipun hanya se depa boleh buat anak-anak bapak nanti bersengketa di kemudian hari.

Mutiara Hadith, " Ahmad bin Ibrahim ad-Dauraqi menyampaikan kepada kami dari Abdussamad bin Abdul Warits, dari Harb bin Syaddad, dari Yahya bin Abu Katsir, dari Muhammad bin Ibrahim, dari Abu Salamah yang menceritakan bahawa dia pernah bersengketa dengan kaumnya dalam masalah tanah. Kemudian, Abu Salamah menemui Aisyah lalu menuturkan tentang hal itu kepadanya. Aisyah berkata, " Wahai Abu Salamah, jauhi tanah sengketa itu. Sungguh, Rasulullah SAW pernah bersabda, " Siapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, Allah akan mengalungkannya dengan tujuh lapis bumi. '"(HR Shahih Muslim, [4137] 142-(1612))

Hati jadi sayu bila baca hadith itu. Rupanya arwah bapak tahu dan dia tidak mahu anak-anaknya dibelenggu.



Al Fatihah buat kamu bapak.




Thursday, January 12, 2017

Revolusi


🌱AZAM DIRI 🌱

Revolusi wajar terjadi.
Perang ini perang abadi.
Musuh kita adalah...
_*DiriKitaSendiri*_
Jangan berhenti baiki diri.
Sampai kita mati.

*Sebab utamanya adalah kerana*

We can't change others, but definitely we can change ourself*.
Indeed.

orangbiasa:dusunkota\121216





handphone aku xde kompas