Friday, June 1, 2012

AL-GHAFFAR

Bismillah Ar-Rahmaan Ar-Rahiim.
Selawat ke atas Nabi Muhammad saw.
Assalamualaikum wbt.

Al-Ghaffar bererti yang Maha Kuasa menutupi kesalahan hamba-hamba-Nya dgn mengampuni dosa-dosa mereka. 

Dalam khabar musnad diceritakan bahawa seseorang telah diperintahkan masuk ke dalam neraka. Setelah sepertiga perjalanan, dia menoleh ke belakang sambil meneruskan perjalanan. Setelah separuh perjalanan, dia menoleh lagi dan melakukan perkara yang serupa setelah dua pertiga perjalanan.

Lalu Allah SWT berfirman, "Bawa kembali orang itu ke sini!" Allah SWT bertanya, "Mengapa engkau menoleh sampai 3 kali?"

Orang itu menjawab, "Setelah aku sampai sepertiga perjalanan, aku teringat akan firman-Mu:

Dan Tuhanmu Maha Pengampun lagi penuh rahmat. (Al-Kahfi 18:58). Oleh kerana teringatkan firman-Mu inilah maka aku menoleh dengan penuh harapan mendapat keampunan dan rahmat-Mu.

Setelah aku sampai separuh perjalanan, aku teringat pula akan firman-Mu:

Siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa-dosa selain Allah. (Ali Imran 3:135). Ayat ini menguatkan harapanku, menyebabkan aku menoleh lagi.

Setelah sampai dua pertiga perjalanan, aku teringat pula akan firman-Mu:

Katakan, hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu putus harapan dari rahmat Allah. (Al-Zumar 39:53) Semakin bertambahlah harapan untuk mendapatkan maghfirah dan rahmat-Mu!"

Allah SWT kemudian berfirman,"Pergilah engkau, sesungguhnya Aku telah mengampunimu!"

Firman Allah SWT:

Dan sesiapa yg mengerjakan kejahatan atau menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampun kepada Allah, tentu dia mendapati bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Nisa' 4:110)

Moral dari kisah di atas, bersegeralah bertaubat serta meminta keampunan Allah SWT. 
Wallahua'lam.

Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu.

Bismillah Ar-Rahmaan Ar-Rahiim.
Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Assalamualaikum wbt.

Status : Mak! Saya sayang mak.
Mode : Bersyukur kerana saya masih punya emak.

Kasih dan sayang seorang IBU tidak pernah usai.
Tiap-tiap hari pun adalah hari untukmu IBU.
Sementara aku punya kesempatan meraikan hari untukmu,
Sekali lagi aku ingin ucapkan...
SELAMAT HARI IBU, IBU!
Aku sayang kamu....

Tuesday, April 17, 2012

Jerat kasanova.

Bismillah ar-Rahmaan ar-Rahiim
sesungguh tidak Allah pertemukan siang dengan malam.

Pertemuan Sue dan Zurina membongkar identiti Rosli. Akhirnya kedua-dua wanita ini sepakat meninggalkan lelaki hidung belang itu. Rosli adalah seorang lelaki yang pandai bermain dengan kata-kata. Lebih menyedihkan Rosli bijak memerangkap wanita. Di bibir Rosli acap membicarakan tentang agama tetapi di hatinya penuh dengan niat durjana.

Di awal perkenalan Rosli pernah mengungkapkan sebaris ayat "power" yang bunyinya kurang lebih begini, "cintailah aku kerana Allah dan bencilah aku kerana Allah juga". Kini Sue mahu pun Zurina sentiasa memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana terlepas dari jerat lelaki ini. Sue dan Zurina berpelukan dan bertangis-tangisan di atas rahmat Allah. Allah SWT masih sayangkan mereka berdua. Kedua-dua wanita ini insaf dan bertaubat sepenuh hati untuk tidak mengulangi kerja bodoh itu lagi.

Kini Sue telah bertemu dengan seorang lelaki yang benar-benar mengangkat martabatnya sebagai seorang wanita sekaligus menjadikannya seorang isteri yang sangat dihargai. Tiada lagi sumpah seranah dari lelaki yang bernama Rosli. Lelaki yang lidahnya menyebut Allah tetapi di hatinya penuh nafsu serakah.

Sementera Zurina bersyukur sangat-sangat kerana telah dapat membenci Rosli kerana Allah SWT. Dia akur bahawa di luar sana ramai yang memperjudikan agama untuk kepentingan diri sendiri. Zurina bertuah kerana sekali lagi dia dijemput menjadi tetamu Allah. Di hadapan Kaabah, Zurina menangis teresak-esak bila mengenangkan dosa-dosanya yang lalu. Dia berdoa agar Allah SWT memberi peringatan kepada Rosli. Hanya Allah SWT sahaja yang adil membalas perbuatan Rosli ke atas dia, Sue serta semua wanita-wanita yang telah ditipunya.

dan Rosli, bertaubatlah kerana taubat itu pencerah hati.

Wallahua'lam.

Thursday, March 29, 2012

Kasih yang pergi - Bhg. 3

Bismillah ar-Rahmaan ar-Rahiim
Tinggal Kenangan









Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku...
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu...

Tuesday, March 13, 2012

Nilai murni

yang indah itu tetap menyenangkan. yang indah itu pasti dari Allah.
 Biha menghulurkan enam helai wang kertas bernilai RM50.00 ke tangan ibunya sambil berkata, "mak, terimakasih sebab besarkan Biha sampai hari ini". Salamam Biha kuat dan erat. Dicium pipi kanan ibunya kemudian dicium sebelah kiri dan kembali mencium sebelah kanan semula. Itulah rutin bulanan Biha. Walau apa cara sekali pun, dia tetap meluangkan masa untuk ibunya dan menyimpan sedikit wang untuk dihulurkan buat ibunya. Biha tahu dia bukan nombor satu di hati ibunya. Namun itu semua tidak pernah mengurangkan doa Biha untuk terus menjaga hati serta perasaan ibunya. Baginya, hanya ibunya sahaja yang tahu untuk membahagikan kasih sayang tehadap anak-anak dan itu tidak penting bagi Biha. Bagi Biha menjaga hati kedua ibubapa samalah seperti menjaga kebajikan mereka. Selama dia berusaha untuk tidak melukakan hati ibunya, dia pasti Allah tetap akan menjaga kebajikan dirinya. Bagi Biha, sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik penjaga kebajikan hamba-Nya.

Thursday, March 1, 2012

Kasih yang pergi - Bhg. 2

Bismillahirrahamanirrahim.

Badanku seperti terkena renjatan elektrik apabila ujian ke 3 cikTam mengesahkan dia diserang virus FIP. Cepat- cepat aku google apa itu virus FIP. Bertambah lemah longlai seluruh anggota tubuhku bila mengetahui virus FIP ini belum ada penawarnya lagi. Virus ini akan menyerang placenta kucing. Ya Allah, kerana itulah juga sebab musababnya anak dalam kandungan cikTam mati sebelum sempat dia melahirkan. Dalam keterpaksaan, cikTam perlu jalani pembedahan bagi mengeluarkan anaknya yang sudah tidak bernyawa lagi juga demi menyelamatkan cikTam.

Keesokan harinya, cikTam dibenarkan pulang. Kali ini cikTam sangat memilih makanan. Mahunya makanan ikan mentah lagi segar. Demi mahu melihat dia cepat sembuh, aku ikutkan kemahuannya. Anehnya, setelah tiga minggu, perut cikTam tidak nampak susutnya. Bila refer semula ke vet., barulah aku tahu bahawa ini adalah antara gejala FIP.

Setelah lima hari cikTam dirawat, tanda-tanda untuk dia sembuh memang tipis. Aku setuju untuk merawatnya dirumah. Kalau pun dia mahu pergi, biarlah di depan mataku. Namun, panggilan di pagi hari, 10 Jan 2012 membuatkan airmataku jatuh bercucuran seperti airmata seorang ibu yang kehilangan anak. Aku bawa cikTam pulang. Tapi kali ini bukan seperti selalu, di mana cikTam akan terus aku tempatkan di comforter di bilik tidurku. Kali ini cikTam terus aku abadikan di pusara yang aku tempatkan berdekatan dengan saudara-saudara angkatnya yang lain.

Semadilah engkau dengan aman cikTam. Ibu akan terus tetap ingat waktu2 kamu sihat dan menghiburkan.

Friday, February 10, 2012

Kasih yang pergi.

Bismillahirrahmanirrahim.

Sesaat pun aku tidak lupa mengingatimu. Menyebut namamu dalam nada sebak bercampur  dengan lelehan airmata yang tiada hentinya. Ya Rabbi, aku mengharap sesuatu yang mustahil. Jauh di sudut hatiku mengharap akan keajaiban, mengharap akan Kuasa Mutlak-Mu Ya Illahi.

Andai takdir tidak menyebelahi aku, aku pasti Allah SWT telah berlaku adil kepadamu. Jika itu yang terbaik buat kita, aku redha engkau bertemu dengan Pencipta-Mu. Aku akur dan berterima-kasih kepada-Nya yang telah meminjamkan kamu kepadaku walau hanya sekadar waktu.

Semoga Allah SWT sudi meminjamkan kamu di dalam mimpi-mimpiku nanti.

cikTam, aku sayang kamu nak.......

handphone aku xde kompas