Wednesday, November 30, 2016

Opppps terkejut mak...



huhhhh....
kus semangat!
buka2 zip beg
nampak budak ni ada kat dalam.
Kalu terus masok
dalam almari
terus kunci?
keras kau kat dalam nak.




Sunday, November 20, 2016

Sesudah hujan



Alhamdulillaah
Lebat hujan petang ni...
Rasanya hampir seminggu tak hujan...kalau ada pun kata orang 'hujan lari'.
Langit nampak mendung tapi hujan tak tahu di mana turunnya...itulah antara rahsia Allaah.




Fresh!
Udara terasa amat segar.
Walau terasa dingin sampai ke tulang tapi tetap rasa nyaman.
Nikmat Allaah kan...
Tiada satu pun yang tidak enak.




Yang ni....
Apa lagi....
Tidor lah jawabnya...
Tambah sejok lepas hujan macam ni.
Campur bunyi kodok kuang! kuang! kuang!

Seronoknya jadi awak cik meow.




Saturday, November 19, 2016

Dari mata sampai ke hati




KRABi 3-6 November 2016

Rasa macam nak menanges tengok...
Selalu tengok gambar aje. Gambar aje pun dah jatuh hati.
Inikan pula dapat rasa air lautnya.
Dapat 'berkubang' dalam airnya.



Sunset
KRABi
3-6 November 2016

Allaahu
Di sini lagi sudah indah begini.
Apatah lagi di syurgaMu nanti.

Tetapkan jalan kami.
Tetapkan hati kami.
Tetap berada di jalanMu ya Ilahi

orangbiasa/dusunkota




Memang teruja.
Memang susah mahu lupa.

Bilakah agaknya lagi
Dapat jejakkan kaki lagi ke sini

Sun • Sea • Sand




Supermoon








Ini yang mampu aku rakamkan.
Dari balcony rumah aku.
Sekadar menggunakan kamera dari talipon bimbit.
Not bad.


indahnya indahMu
cantiknya cantikMu
cahayanya cahayaMu

Nikmat Allaah yang manakah dapat kita dustakan...



Wednesday, August 24, 2016

Mencari tenteram.

Menghargai dan menghormati adalah dua perkara yang berbeza di dalam menilai kesempurnaan atau kebolehan seseorang. 
Namun kedua-duanya akan menjadi lebih bermakna jika ianya dapat kita lakukan apabila kita berada di bawah pengaruh rasa kebesaran Allaah atau rasa kekerdilan diri.
Sukar merasa syukur dengan nikmat Allaah menjadikan hati sukar tenteram dan sering mengundang rasa hasad terhadap yang lain. 
Sedang Allaah itu adil di dalam setiap percaturan. Dan kitalah yang sewajarnya menilai setiap ketentuan yang terjadi itu samada ianya dugaan atau balasan.
Pun sewajarnya kita angkatkan rasa syukur buatNya kerana Dia tidak berhenti memberi peringatan kerana kasihNya kepada kita.
Sungguh pada setiap dugaan atau cabaran atau balasan ada peringatan untuk kita kembali ke jalanNya.
#ingatkan_diri_sendiri.

wallahua'laam.

Monday, July 18, 2016

Sekadar berkongsi kisah sedih...

Suami : Bu I amek kucing dari warong. Dah terbaring bawah kerusi. I tunggu dia kot2 habis nyawa tapi nafas masih bergelombong. Last...I bawak balik. At least dia mati & kita properly tanam dia.
Aku : Allaah, sekarang tengah musim virus parvo...takut2 stray cat tu kena jangkitan ni nanti spread kat kucing kita kat kebun ni. (hati sedikit tidak selesa).
Suami : tak kan I nak biarkan dia macam gitu aje.
Aku : Oklah. Nanti petik kan kelapa...I nak kasi dia airnya. Tawakkal. Kunfayakun. Segala ketentuan hanya dari Allaah. Hati sedikit lega.
Masa bawak balik, nafasnya turun naik kencang. Kurus sangat hingga boleh rasa tulang belakangnya. Sedih!. Dalam hati...memang sudah hampir masa dia. Dalam hati kalau boleh...biar dia sama-sama merasa berlari-lari dengan yang lain-lain di kebun ini.
Aku berikan dia beberapa camca air kelapa. Petangnya aku berikan dia beberapa camca madu+air+vit. Malamnya dia boleh bangun dan boleh mengeow. Kepala dan telinganya sudah terasa hangat sedikit.
Alhamdulillaah!!!
Cuma dia tidak mahu makan....😞
Pagi tadi sewaktu beri dia air kelapa, dia minum sikit sangat. Dia baring aje. Tidak bermaya. Aku kemaskan badannya. Lap dengan towel guna air suam. Dia mula purring...tapi tetap tidak mahu makan. Usai solat Zohor aku lihat dia sudah tiada lagi. Aku menangis. Menangis kencang dan deras.
Ya Rabb...daripada Engkau kami datang, kepada Engkau kami kembali.
Maafkan aku sayang. Hanya itu yang termampu. Merawat kamu dalam sesingkat waktu. Merawat kamu dengan ilmu yang tiada di saku.
Aku tetap berikan dia nama walau hanya semalam dia bersama aku. Aku namakan dia, Syawal.
Akhirnya Syawal pergi dijemput Ilahi.

Friday, June 3, 2016

Berapa lama nak hidup menongkat dunia....

Sungguh tak paham ngan puak-puak ni. Segala macam daging haiwan liar nak dibahamnya cuma kerana nak panjang umor & nak kuat tenaga batin. Sebab tulah negara kau ni punah Allaah turunkan sengsara dunia. Lepas check-out kat dunia, kau check-in kat akhirat pulak ye.  
Kuat macamana lagi tenaga batin yang kau nak? 
Lama mana kau nak hidup kat dunia ni...
Bila manusia gagal kawal nafsu. Nafsu syahwat, tamak haloba akan harta dan mahu hidup lama di dunia adalah antara nafsu yang merosakkan dunia.
Semoga aku bukan di dalam golongan ini. Aamiin.


handphone aku xde kompas