Bismillahhirrahmannirrahim.
semalam, setiap 2 jam sekali aku terjaga lalu menangis. aku sedih sebab saat J sedang bertarung nyawa, aku tidak ada di sisinya. pagi-pagi aku sudah dikejutkan dengan berita sedih. J sudah tiada. malam semalam, vet di global pets telah pun maklumkan bahawa J is not doing well. namun aku masih mengharap keajaiban agar J dapat kembali cergas seperti biasa. tapi takdir tidak menyebelahi aku kali ini.
sewaktu mengambilnya dari klinik tadi, J sudah dibungkus rapi. vet tidak membenarkan aku membukanya kerana dikhuatiri boleh terjadi jangkitan kepada yg lain2. bettambah-tambah sayu bila kenangkan aku tidak dapat menatap wajah J buat kali terakhir. si Teby mengiau ke hulu ke hilir menjadi J. pantang nampak langsir bergerak-gerak ditiup angin, Teby berlari-lari menerpa kerana disangkakannya si J. aku angkat dan lurut badannya lalu memberitahu bahawa J sudah tiada lagi. seperti faham, Teby mengiau lantas turun dari pelukan aku lalu mencium-cium tempat tidur mereka. keadaannya sangat meruntun hatiku.
semoga aku tabah menghadapi keadaan ini. terima kasih Tuhan kerana pinjamkan aku kegembiraan bersama J walau hanya seketika.