Bismillahhirrahmannirrahim.
semalam, setiap 2 jam sekali aku terjaga lalu menangis. aku sedih sebab saat J sedang bertarung nyawa, aku tidak ada di sisinya. pagi-pagi aku sudah dikejutkan dengan berita sedih. J sudah tiada. malam semalam, vet di global pets telah pun maklumkan bahawa J is not doing well. namun aku masih mengharap keajaiban agar J dapat kembali cergas seperti biasa. tapi takdir tidak menyebelahi aku kali ini.
sewaktu mengambilnya dari klinik tadi, J sudah dibungkus rapi. vet tidak membenarkan aku membukanya kerana dikhuatiri boleh terjadi jangkitan kepada yg lain2. bettambah-tambah sayu bila kenangkan aku tidak dapat menatap wajah J buat kali terakhir. si Teby mengiau ke hulu ke hilir menjadi J. pantang nampak langsir bergerak-gerak ditiup angin, Teby berlari-lari menerpa kerana disangkakannya si J. aku angkat dan lurut badannya lalu memberitahu bahawa J sudah tiada lagi. seperti faham, Teby mengiau lantas turun dari pelukan aku lalu mencium-cium tempat tidur mereka. keadaannya sangat meruntun hatiku.
semoga aku tabah menghadapi keadaan ini. terima kasih Tuhan kerana pinjamkan aku kegembiraan bersama J walau hanya seketika.
15 comments:
incya-Allah kuving lagi seekor itu memahaminyer kelak..
sedihnya :(
ct tabahkan hati yer..mungkin itu yg terbaik utk J
rest in peace J...
hmm
jgn sedih2
kuatnya kasih sayang akak pada pets..mungkin kalau saya cuma lihat aja.
Ibu.. kenapa dengan dia ?
Ibu jgn cedih-cedih ya... tak mo takmo mcm ni
Tuhan ambil... supaya kita lebih menghargai apa yang kita ada...
@cucu umie - teby sedang belajar, belajar hidup tanpa J...tanpa gurau senda J.
@meowwmania - ermmm...sedih! rest in peace J.
@Roza... - kakCt cuba, tapi sampai waktu menulis ini pun kakCT masih mengalirkan airmata. aduh!
@bisk - sudah sedari kecil begini. mungkin pemergiannya ada kebaikan buat kakCT.
@SK - ada kemungkinan keracunan makanan. seingat ibu, hanya dia berdua yg makan keladi goreng. si J yang lahapnya.
mungkin itu penyebab. Allah sayang J.
@Pala Maldini - mungkin benar juga. dalam memberi kasih sayang, tidak elok andai kita beza-bezakan.
KEPADA SEMUA YANG MEMBERI ULASAN, AKU UCAPKAN TERIMA KASIH. PALING TIDAK KATA-KATA KALIAN DAPAT MENTENTERAMKAN HATI YANG SEDIH.
sedih nye... yang hidup pasti pergi,sabar lah ye :)
@vampire's lovex ... tapi kena berhenti bersedih...rosak hati nanti.
Post a Comment