Wednesday, November 30, 2011

sebulan sudah berlalu

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Kiranya pandai jugaklah si Bella menjaga anak-anaknya. Kesemuanya kelihatan sihat walafiat.

sudah macam barang hantaran duduk kat bakul buah-buahan ni.

disebabkan warna oren tak berapa nak oren sangat, kenalah namakan "oleng".

oleng : mak! nape bulu kita warna dia tak kuning macam teddy bear ni?
bella : masa mak kenal bapak kamu, mak kena hujan sebab tu warna kamu cair. tapi bulu kamu panjang dan cantek, ibu musti suka kamu. tiap-tiap hari ibu cium kamu kan.
oleng : ermmm....betul betul betul. tapi sekarang bapak ada kat mana mak?
bella : bapak kamu mak caught red handed selingkuh dengan awek kat kebun lain.
oleng : selingkuh tu apa mak?
bella : kau kecik lagi. budak-budak kecik tak baik tahu benda-benda macam gitu.
oleng : ok ok dah tahu dah....bapak ada girfren lain ea mak.
bella : mana tahu neh? musti baca surat khabar yang ibu alas dalam bakul buah tu ea. dah! pergi tidur.

zorro... "Z"
bella : ibu nangis hari pertama dia lihat kamu.
zorro : kenapa mak?
bella : ibu kata, terubat juga rindu dia kat auntie kim yang hilang waktu ibu bawa datang ke kebun dua bulan yang lepas.
zorro : auntie kim pergi mana?
bella : ntah, autie kim kamu ketakutan hari pertama datang kebun. sampai sekarang ibu sedih dengan kehilangan autie kim kamu.
zorro : ibu, here i am....pengganti kim. ibu jangan sedih lagi ok.

nonet? aje tak sedap nama kita.

bella : nama tu ibu yang berikan sebab kamu yang paling kecil & comel.
nonet : Ooooooo....kita comel ea.
bella : banyak lah kau punya comel. comot adalah...(dalam hati).

Rumah mereka sudah siap.
Namun hati seperti tidak tergamak serta tidak sampai kalau nak diletakkan mereka di situ.
Tunggulah mereka besar sedikit.

Dalam hati terfikir mahu tempah langsir untuk tempat baru mereka.
Apakah akan ada orang kata aku obses terhadap kucing?

Apa pun celaan mereka, aku tetap memang cat mania.
Yeahuuuuuuuu.......

Tanggal 13112011, genaplah sebulan usia budak-budak ini. Inilah penghibur aku.

Monday, November 21, 2011

Monday Blues!

Assalamualaikum.
Ingatkan bila duduk rumah sudah tak ada lagi Monday Blues.
Lemau punya cikTam.
Hangen satu badan......

cikTammmmmmmmm....jaga kau.
Ada ke patut makan karipap atas katil ibu!
Karipap Sardine pulak tuh....grrrrrr.


Wednesday, November 16, 2011

sebelum dan sesudah mati.

Bismillahirrahmanirrahim.


terima kasih Tuhan (Allah SWT) yang telah memulakan siang dari sebelah timur.
terima kasih Tuhan (Allah SWT) yang menamatkan siang di sebelah barat.

Nabi Isa a.s bersabda : Janganlah kamu berkawan dengan orang yang mati, nescaya akan mati hatimu. Ketika ditanya : Siapakah yang dimaksudkan dengan orang yang mati itu? Jawabnya : Mereka yang rakus kepada dunia / nafsu.

Bersabda Nabi Isa a.s : Berbahagialah orang yang perkataannya zikir,diamnya berfikir dan pandangannya perhatian. Sesungguhnya orang yang sempurna akal ialah yang selalu memperbaiki dirinya serta bersiap sedia dengan amal untuk bekal menghadapi hari sesudah mati.

Sunday, November 13, 2011

Tetamu Dia

Bismillahirrahmanirrahim.

aku selalu bicara tanpa suara...

credit to GOOGLE
thank you, the sun is still rising.
rindu mahu bertamu
jauh dalam kalbu
jiwa semakin sayu
menunggu jemputan dari-Mu.
terasa ingin sekali
agar hasrat serta hajat terpenuhi
dengarlah rayuan hati
Ya Rabbi Ya Illahi
kepingin bukan sekali
kangen berkali-kali
sampai aku mati.

orangbiasa\13112011

Thursday, November 3, 2011

dia kini bergelar ibu.

Ini anak pertama si Bella
Tarikh Lahir : Khamis 13 Oktober, 2011
Tempat : Laci Jati di Bilik Tidur Utama (hampeh!!!)

Bella galak menyusukan anaknya. Garang bukan main. Mahu ambil gambar terkini pun aku tidak berani. Sekarang, strawberry si Teby & cTam sudah jadi milik mereka.

Ibu : Bella! Kamu jangan suka-suka galeh-galehkan anak kamu.
Bella : Baik ibu. Tapi kenapa ibu tak kasi kita galeh-galehkan anak kita?
Ibu : Biar senang ibu pantau. Tidak nanti kena ngap dengan Kenchoro.
Bella : Kenapa pulak budak jahat tu nak ngap anak kita?
Ibu : Hish...kau ni banyak soal. 
Bella : Nape bu...alah cakaplah...
Ibu : Dia mesti jealous...anak dia tak ada.
Bella : Oooooo....gitu ea bu.

p/s : Bella memang tak pernah suka dengan Kenchoro sebab waktu Bella kecil2 lagi dia sudah usha. Hampeh Kenchoro.


Tuesday, November 1, 2011

Hakikat Sebenarnya

Bismillahirrahmanirrahim.


Manusia sering gagah bila memperkatakan tentang usaha dan keinginan. Namun manusia, termasuklah aku sering lupa bahawa kudrat & nikmat itu pemberian Tuhan. Hatta sekali pun ke atas apa-apa juga yang mampu dan mahu diusahakan, ia tetap tertakluk di bawah belas ehsan serta anugerah Allah. Sekali pun jua berkisar tentang kesabaran. kerana itu kadang2 kita rasa kita sudah cukup sabar, tabah serta gagah hadapi segala apa jua situasi namun kerap airmata menghiasi pipi. Aku juga begitu, rasa macam mampu atau berlagak macam mampu tapi aku sebenarnya tertipu dan keliru bahawa apa pun yang berjaya aku lalui adalah atas belas kasihan serta anugerah dari Illahi.

Semoga Allah izinkan aku menjadi lebih tabah.

handphone aku xde kompas