Tuesday, November 1, 2011

Hakikat Sebenarnya

Bismillahirrahmanirrahim.


Manusia sering gagah bila memperkatakan tentang usaha dan keinginan. Namun manusia, termasuklah aku sering lupa bahawa kudrat & nikmat itu pemberian Tuhan. Hatta sekali pun ke atas apa-apa juga yang mampu dan mahu diusahakan, ia tetap tertakluk di bawah belas ehsan serta anugerah Allah. Sekali pun jua berkisar tentang kesabaran. kerana itu kadang2 kita rasa kita sudah cukup sabar, tabah serta gagah hadapi segala apa jua situasi namun kerap airmata menghiasi pipi. Aku juga begitu, rasa macam mampu atau berlagak macam mampu tapi aku sebenarnya tertipu dan keliru bahawa apa pun yang berjaya aku lalui adalah atas belas kasihan serta anugerah dari Illahi.

Semoga Allah izinkan aku menjadi lebih tabah.

13 comments:

Mario said...

semoga menjadi lbh tabah....

Rosmawati Yusof said...

Yang baik itu dtg dr Allah, yg buruk itu dtg dr kita sendiri...

sud@is said...

mohon diberi ketabahan dan ketenangan smpai keakhirnya...

Amri Abd Rani said...

kita sering alpa dgn indah pelangi dunia...termasuk aku...

Penulis Rindu said...

sabar itu separuh dari iman

Suara Kalbu said...

Ida selalu diuji Tuhan. Bibir tersenyum hati menangis tak siapa pun faham. Tapi Alhamdulillah, di penghujung hari selalu ada jalan pada setiap tangisan dan kesabaran.

ctpayong said...

@ mario : amin, semoga doa2 di dengar dan di perkenankan Allah swt.

ctpayong said...

@ RY : daripada Allah itu tetap yang terbaik!!!

ctpayong said...

@ sud@is : amin.

ctpayong said...

@ pakwi : kendati itu ingat mengingatkan sangat2 dituntut. dan beruntunglah bagi mereka2 yang ditegur kerana masih ada yang sayang.

ctpayong said...

@ abu luqman : semoga ada penambahbaikan dalam diri, insyaAllah.

ctpayong said...

@ SK : airmata di hadapan Allah swt @ takut akan Allah swt itu sangat besar nilainya dan tidak dapat dinilai dengan harta bende.

ctpayong said...

@CCTV :@CCTV : demi Allah Maha Mengetahui apa juga di hadapanku mahu pun di sekelilingku. demi Allah dalam gelap atau terang, malam atau siang, lena mahu pun sedar, mimpi atau khayal aku berdoa agar Allah swt lindungi aku daripada syaitan serta wakil-wakilnya samada dengan perbuatan, penulisan serta percakapan. InsyaAllah, Dia lebih tahu.

handphone aku xde kompas