Thursday, March 1, 2012

Kasih yang pergi - Bhg. 2

Bismillahirrahamanirrahim.

Badanku seperti terkena renjatan elektrik apabila ujian ke 3 cikTam mengesahkan dia diserang virus FIP. Cepat- cepat aku google apa itu virus FIP. Bertambah lemah longlai seluruh anggota tubuhku bila mengetahui virus FIP ini belum ada penawarnya lagi. Virus ini akan menyerang placenta kucing. Ya Allah, kerana itulah juga sebab musababnya anak dalam kandungan cikTam mati sebelum sempat dia melahirkan. Dalam keterpaksaan, cikTam perlu jalani pembedahan bagi mengeluarkan anaknya yang sudah tidak bernyawa lagi juga demi menyelamatkan cikTam.

Keesokan harinya, cikTam dibenarkan pulang. Kali ini cikTam sangat memilih makanan. Mahunya makanan ikan mentah lagi segar. Demi mahu melihat dia cepat sembuh, aku ikutkan kemahuannya. Anehnya, setelah tiga minggu, perut cikTam tidak nampak susutnya. Bila refer semula ke vet., barulah aku tahu bahawa ini adalah antara gejala FIP.

Setelah lima hari cikTam dirawat, tanda-tanda untuk dia sembuh memang tipis. Aku setuju untuk merawatnya dirumah. Kalau pun dia mahu pergi, biarlah di depan mataku. Namun, panggilan di pagi hari, 10 Jan 2012 membuatkan airmataku jatuh bercucuran seperti airmata seorang ibu yang kehilangan anak. Aku bawa cikTam pulang. Tapi kali ini bukan seperti selalu, di mana cikTam akan terus aku tempatkan di comforter di bilik tidurku. Kali ini cikTam terus aku abadikan di pusara yang aku tempatkan berdekatan dengan saudara-saudara angkatnya yang lain.

Semadilah engkau dengan aman cikTam. Ibu akan terus tetap ingat waktu2 kamu sihat dan menghiburkan.

8 comments:

ghost said...

setiap darinya akan meninggalkan kita sebelum kita mendahului mereka suatu masa nanti.

bersabarlah, Kak.

Mario said...

eh..harap bersabar eh sis....mmg sedih kan bila kehilangan..rupanya virus ni mmg menyerang kucing ....hari tu kat blog groundnut ,kucing dia pun kena virus ni jugak...apasal ek..

sud@is said...

kalau dah pangkat anak angkat memang sedih giloo....

jomsantaisekejap said...

Kita semua akan pulang kepada pencipta kita tak kira sapa dan apa kita...
Bersabarlah kak ct. Yang penting kak ct telah pun berusaha sehabis baik untuk dia...

ctpayong said...

@bisk : sedih sangat bila ingat cikTam. kakCT telah buat yang terbaik buat dia tapi Allah lebih sayangkan dia. kakCT akur dan redha.

ctpayong said...

@mario : kucing jalanan immune system mereka kuat sbb mereka terpaksa lasak utk hidup. kucing yang kita bela daya tahan tidak begitu mantap. Allah Maha Mengetahui setiap apa jua ciptaan-Nya.

ctpayong said...

@sud@is : memang sedih tidak terkata.

ctpayong said...

@JSS : sampai sekarang pun kakCT tetap sebut namanya.

handphone aku xde kompas