Sunday, March 31, 2013

senang hati - part 8 : si labah-labah yang tabah

hujan lebat
angin kuat
tapi si labah-labah
cukup tabah
hadapi apa jua musibah.

angin kencang
sarang si labah-labah bergoyang-goyang
dia tetap di situ
diam dan kaku
menunggu mangsa
untuk mengalas perutnya.

walau sarangnya robek seribu
dia tetap di situ
setia menanti
rezeki dari Illahi.

orangbiasa\310313
dusunkota


Wednesday, March 20, 2013

senang hati - part 7 : selamat

sempat lagi berposing sebelum misi 'selamatkan' pasu ni. selamat pasu ni tidak tergolek terus ke bawak. kalau tidak, jahanam lagi.
kalau sudah bersepai, semua buat muka tak bersalah.
ada yang buat-buat tidor
ada yang kelip-kelipkan mata
ada yang goyang-goyang ekor
ada yang buka mata separuh
weiiiilahhhh. sabar jelah....

Sunday, March 17, 2013

kadang-kadang bukan kita sengajakan

Alhamdullillah
semua kerja yang dirancang
sebelom tidor tadi malam
selesai.

letih & badan perlu rehat sekejap
adoh 3 petang sudah
zohor belom tertunaikan
hati kata :
kejap lagilah
hati kata lagi :
apalah
hak Allah ditangguh
sedang segala urusan
Dia permudahkan

diam
pejam mata
tarik nafas dalam-dalam
kumpul segala kekuatan
lawan hasutan syaitan.

bingkas bangun
berwuduk
assalamualaikum warahmatullah
toleh kanan
assalamualaikum warahmatullah
toleh kiri.

senyum
syukur alhamdulillah
tidak sedar ada airmata
Ya Robb
ampuni aku...

Saturday, March 2, 2013

senang hati - part 6 : masa itu emas

pengerusi : nampak gaya kita kena tunda mesyuarat ke tarikh yang lain.

ahli mesyuarat 1 : buang masa kita saja.

ahli mesyuarat 2 : petang-petang macam ini, dia orang semua tidorlah tuan pengerusi.

soalan :
agak-agak yang mana satu antara bertiga ni tuan pengerusi?

handphone aku xde kompas