hujan lebat
angin kuat
tapi si labah-labah
cukup tabah
hadapi apa jua musibah.
angin kencang
sarang si labah-labah bergoyang-goyang
dia tetap di situ
diam dan kaku
menunggu mangsa
untuk mengalas perutnya.
walau sarangnya robek seribu
dia tetap di situ
setia menanti
rezeki dari Illahi.
orangbiasa\310313
dusunkota
6 comments:
errr.... geli dengan labah-labah. huhu
geram kalau sarang labah-labah tersangkut kat muka....grrrr
Assalam ctpayong
Ada jugalah terdetik di hati
Halusnya sarang ditenun rapi
Namun bukan untuk diziarahi
Kerana itu perangkap yang seni
Lazim pengunjung berkesudahan mati.
@Temuk
teliti lagi berseni
selain melindungi diri
di situlah rezekinya menanti.
p/s : kadang-kadang tidak sampai hati mahu dirobohkan bila tersilap tempat istananya dibangunkan.
cepat2 minta ampun dari Tuhan.
mampukah kita sekuat setabah labah labah
jadikan iktibar.
Post a Comment