Monday, November 18, 2013

senang hati - part 16 : cantik sudah...

inilah wajah terkini si rossa. kalau tuan lama yang buang dia dekat kebun kelapa sawit nampak dia sudah cantik macam ini mesti menyesal tak sudah buang dia dulu. 
masa mula-mula kutip dulu, mereka tiga beradik. diberi nama memey, rossa dan lisa. waktu kutip mereka dulu, malam itu hujan lebat. masuk aje lorong ke kebun kelapa sawit, budak-budak ini terjongol atas busut. lencun dan menggigil kesejukkan. aku terus gendung dan bawak masuk dalam kereta. dibersihkan lebih kurang dan dikeringkan dengan hairdryer. 
belum sempat divaksin lagi. tiga-tiga "gadis". nampak gaya kenalah keluar modal untuk proses spay.


si rossa at dusunkota. coming up si lisa yang demam sampai menggigil dan si memey yang sakit mata sampai sebelah matanya tertutup.

alhamdulillah, mereka kini di dalam rahmat Allah. semoga Allah berterusan salurkan rezeki mereka ikut poket aku.
آمِـــــــــينْ

mari membaca

assalamualaikum wbt.

lama juga tidak kemaskini blog. ayat 'cover' bila ketandusan idea atau kedekut masa.

al kisah sudah masuk hijri baru; 1435H. yang mahu dikongsi ada guna dan ada juga kelakarnya. ceritanya mudah. pasal ulangkaji mengaji. konon-konon pada asalnya mahu belajar bertaranum. semangat berkobar-kobar. beriya-iya mencari, memilih dan membeli Al Quran. masing-masing beri pandangan dan pendapat.
bermulalah hari pertama kelas ulangkaji. dimulai dengan bacaan Ummul Kitab atau senang kata Al Fatihah. emak, bapak, anak lelaki, anak perempuan masing-masing konon-konoknya 'OK' mengaji. tetapi sebenar-benarnya 'KO'.
di hujung-hujung waktu kelas di hari pertama, 'cikgu' mengaji mencadangkan dengan bahasa lembut tapi mendalam;

"macam ni ajelah, esok kita mulakan ulangkaji 'mengaji' dengan Iqra' dulu. bila semua dah betol, otomatik lagu apa pun boleh jadi..."

esoknya, anak beranak dengan senyum simpul pergi ke kedai buku membeli buku Iqra'. sampai sekarang bila bercerita, kami 'ketawakan' diri sendiri tak agak-agak. dan sampai sekarang kami masih lagi ulangkaji dengan bacaan Iqra'. in sya Allah, dalam seminggu dua lagi kami qatam Iqra'.

kelakarkan...tapi benar.

tiada istilah TERLAMBAT dalam hal-hal mencari dan menambah ilmu. semoga kita mendapat taufiq serta hidayah Allah SWT.

آمِـــــــــينْ



orangbiasa\dusunkota

handphone aku xde kompas