lama juga tidak kemaskini blog. ayat 'cover' bila ketandusan idea atau kedekut masa.
al kisah sudah masuk hijri baru; 1435H. yang mahu dikongsi ada guna dan ada juga kelakarnya. ceritanya mudah. pasal ulangkaji mengaji. konon-konon pada asalnya mahu belajar bertaranum. semangat berkobar-kobar. beriya-iya mencari, memilih dan membeli Al Quran. masing-masing beri pandangan dan pendapat.
bermulalah hari pertama kelas ulangkaji. dimulai dengan bacaan Ummul Kitab atau senang kata Al Fatihah. emak, bapak, anak lelaki, anak perempuan masing-masing konon-konoknya 'OK' mengaji. tetapi sebenar-benarnya 'KO'.
di hujung-hujung waktu kelas di hari pertama, 'cikgu' mengaji mencadangkan dengan bahasa lembut tapi mendalam;
"macam ni ajelah, esok kita mulakan ulangkaji 'mengaji' dengan Iqra' dulu. bila semua dah betol, otomatik lagu apa pun boleh jadi..."
esoknya, anak beranak dengan senyum simpul pergi ke kedai buku membeli buku Iqra'. sampai sekarang bila bercerita, kami 'ketawakan' diri sendiri tak agak-agak. dan sampai sekarang kami masih lagi ulangkaji dengan bacaan Iqra'. in sya Allah, dalam seminggu dua lagi kami qatam Iqra'.
kelakarkan...tapi benar.
tiada istilah TERLAMBAT dalam hal-hal mencari dan menambah ilmu. semoga kita mendapat taufiq serta hidayah Allah SWT.
آمِـــــــــينْ
orangbiasa\dusunkota
No comments:
Post a Comment