Sunday, November 23, 2014

segalanya keranaMu


السلم عليكم ورحمة الله

بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ

Sungguh
Engkau tidak hilang
tidak pula pernah menghilang.
Bahkan
Engkau menunggu aku
akrab menghulurkan tanganMu.
Hatiku.
Hatiku yang kelabu.
Sering dan selalu keliru itu
menghalang aku melihatMu

Izinkan aku kembali.
Izinkan aku melihatMu lagi.

آمِـــــــــينْ
آمِـــــــــينْ
آمـــــــــــــــــــــــــــين يارب العَـــالَمِيْن

orangbiasa\dusunkota
Ahad : 23Nov14


Nota untuk diri sendiri;
Harus aku akui. Aku akrab keliru dalam persekitaran yang celaru. Manusia penuh emosi termasuklah aku. Kadang2 dekat. Kadang2 jauh. Sedang Dia tidak pernah berganjak walau seinci. Sebenarnya, akulah yang menzalimi jiwaku sendiri. Sekali lagi terima kasih kerana berikan aku kesempatan ini.

Thursday, November 6, 2014

Gunakanlah dengan bijak.

Akhir-akhir ini banyak aplikasi teknologi yang boleh melalaikan, melekakan bahkan ke tahap merosakkan bila tidak dikawal akan penggunaannya.

Ini sekadar contoh sahaja. Segelintir pengguna kadang-kadang tidak dapat membezakan akan buruk baik serta keutamaan penggunaan smart phone.

Contoh Pertama :

Ada yang sampai abaikan tanggungjawab sebagai seorang suri rumah atau lebih tepat kewajipan seorang ibu.

 
Walaupun nampak berjenaka tetapi makan dalam maksudnya. Para isteri jangan ambil mudah akan jenaka ini. 

Contoh Kedua :

Kebelakangan ini, rata-rata applikasi whatsapp digunakan. Ianya sangat porpular dan sangat berkesan menyampaikan berita & info terkini tanpa mengira maklumat positif atau negatif. Persoalannya, penggunaannya sehingga mampu mengganggu-gugat keharmonian rumahtangga. Masakan tidak, andai kata sehingga larut malam pun si suami masih lagi senyum simpul mengadap whatsapp. Tetapi bila mengadap isteri, muka masam mencuka. Jangan marah jika isteri hilang kawalan amarahnya. Maklumlah perempuan....


Hah! Hambek kau...ini makan dia. Isteri manalah tidak naik loktang, sudah dimasakkan, dihidangkan, masa makan pun layan whatsapp.

Ini sebahagian contoh yang kita perlu ambil iktibar untuk kebaikan. Berlaku adil di dalam semua hal. Tentukan masa mengikut keutamaan. Semoga kita mampu belajar dari setiap pengalaman.

Bila memberitahu kerana Allah, samalah seperti kita mengingatkan hal yang sama kepada diri sendiri.

والله اعلم 
                          -------------

*loktang = naik angin




Sunday, October 26, 2014

Rekaan Semata-mata



Kes perceraian semakin bertambah. Bila peluang ke dua diberikan namun tidak menampakkan perubahan, akhirnya terpaksa juga ditinggalkan.


Macam-macam gaya tidor ada. Ada yang sopan. Tidak kurang jugak macam tongkang pecah dibadai taufan.


Menjaga hati kawan-kawan bukannya mudah. Simpan punya simpan adakalanya kawan-kawan perasan yang kita memang tunggu masa nak ketawakan...kahkahkahkah (dah lama pendam perasaan bro).


Yang ini tidak boleh banyak ulasan. What can I say to Johor DT haters. Doa kalian kadang-kadang menyumbang semangat dan kekuatan berpasukan Harimau Selatan.


Ustaz pesan jauhkan dari perasaan buruk sangka. Mereka sedang bergurau-senda diedit jadi cerita sebaliknya. Itu fitnah namanya.


Sering kita lihat kanak-kanak ketawa tanpa faham biji butir apa yang menyebabkan mereka sedemikian rupa. Agak-agaknya mungkin juga seperti caption yang tertera...


Jangan nak memandai-mandai. Orang dewasa ini memang pandai dan ikut suka-suka buat cerita. Adoiiiii...tak takut dosa ape?.


Ketawa...ketawa jugak. Lawak...lawak jugak. Tapi yang ni kalau kena, kenalah bayar sendiri. Tapi anehnya, suka bebeno main sorok-sorok buat speed trap.

Dalam lawak ada cerita. Dalam cerita ada nasihat. Dalam berkata-kata mungkin ada terkasar bahasa dan ada hati yang terasa & terluka. Akhir kata maaf ku pintu sebab bukannya aku sengaja.

Thursday, October 23, 2014

Minggu Suaikenal

السلم عليكم ورحمة الله


بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ


Akhirnya setelah dicampur tolak kali bahagi, capai jugak angka 30. Banyak tu. Jika ada yang bertanya, ada berapa kat rumah akak? bila aku jawab 30, jawapan superspontan...banyaknya. Aku sengeh ajelah. Nak buat macamana lagi!!!.

Dua bulan lepas, kutip lagi 4 ekor. En. Suami tidak kata tidak dan tidak pulak kata ya bila aku minta izin nak bawak balik tambah koleksi. Ayat lazim, 'kesian bang, kecik lagi orang dah buang.' Jawab suami, biasalah tu ayat awak.

Diringkas cerita, pejam celik pejam celik dah dua bulan mereka bermastautin di rumah aku. Sekejap aje sudah nampak besar. Pening nak beri nama ape sebab kali ni terus angkut empat sekali. Sebabkan empat, aku guna pakai nama Ninja Turtles. Yok berkenalan.


Lain dari yang lain warna dia. Yang lain kekuning-kuningan. Leo (nama pendek) ni kelabu semua. Senang nak kawat cam.


Yang ini ada lain macam peel dia. Sudah makan, sudah kasi susu tapi tetap carik jari tangan digigit-gigit dan dijilat-jilat. Kes tak puas menyusu mak agaknya. Kesian Dona.


Mick ni tak banyak hal. Tapi manja lebih. Pantang nampak orang bersila depan TV, dia  mesti sewa special seat atas paha.


Raffa ni comel sket. Kekuning-kuningan dia nyata sket. Berani berani takut. Kalau kita nak urut-urut kepala dia, dia macam takut-takut. Tapi, meal-time, akulah orang. Nasiblah sekadar menderam, kalau takdir boleh mengaum, habis yang lain lari lintang pukang.

Baru-baru ni kena warning. Sudah! lepas ni jangan kutip lagi, kata suami. Aku mampu diam. 

Thursday, October 9, 2014

Rintihan

Semalam nak beli jagung & dedak ayam. Tokey boleh kata abes...kilang tak proses. Bila tanya, bila jangka ada...tokey jawab tak tentu bila. Bila beri soalan pancing; mahal sikit takpe...janji ada...ayam saya mahu makan ape kalau takde...dan tu jugak tokey jawab...petang nanti lu datanglah, gua ada baki stok lama sikit.

Berdarah hati....

Naik 20 sen bukan pasal tidak mampu isi minyak kereta tetapi rentetan serta kesan akibat kenaikan itu yang membunuh rakyat jelata.

Menteri cakap ikut text. Jadi mereka tidak tahu pengalaman rasa susah. Minyak naik, gaji dan elauan naik kira oklah lagi. Rintih mereka lagi; kami bolehlah berjimat dan ikat perut. Macamana dengan ayam, itik, kerbau, lembu dan kambing kami? Binatang ternakan kami tidak berakal seperti akal yang ada pada menteri. 

Orang kampung yang tidak berapa nak bijak pun perihatin dan ada rasa kasih sayang terhadap makhlok Allah kerana itulah rezeki serta mata pencarian mereka. Mereka tidak ada elaun lebih masa dan mereka tidak ada duit tepi atau duit tendang atau rasuah.

Wahai menteri, jangan menganiaya kami. Ketahuilah, sesungguhnya doa orang yang teraniaya dan dianiaya sangat mudah lagi cepat diperkenankan Allah.

AllahuRabb, seaungguhnya kepadaMu  jualah kami berserah dan kepadaMu jualah kami berhukum. Angkatlah doa kami seaungguhnya Engkau Maha Adil lagi Maha Bijaksana didalam membuat Perancangan serta Perhitungan. Kami yakin Engkau tidak pernah mungkir janji.

Meremang buluroma dan terasa panas airmata mendengar rintihan mereka.


Friday, October 3, 2014

Betol!!!

...dan tidak dapat dinafikan. Hampir setiap rakyat merungut pasal kenaikan bahan bakar beberapa hari yang lepas. Walau cuma 20 sen tapi impaknya sangat besar. 
Bagi aku, bersebab kenapa kerajaan lakukan sedemikian. Pun kadang-kadang ada benarnya jika ada yang berkata rakyat Malaysia ini terlampau dimanjakan dengan subsidi. Contoh nyata, aku sendiri yang mendapat biasiswa kerajaan dari kecil sampailah tamat belajar. Mungkin jika bukan dengan bantuan kerajaan, aku tidak mampu belajar setinggi ini. 
Pasal BR1M, itu juga sebahagian dari #BantuHulur atau mudah cerita ehsan kerajaan. Cuma, pelaksanaan pemberian BR1M ini mesti telus, mesti diberi kepada yang benar2 miskin. Tidaklah BR1M itu menjadi pembaziran. Masakan tidak. Segelintir penerima BR1M, pagi terima, malam hangout sampai ke pagi di mamak 24 jam. Mereka yang macam ini perlu ke diberi BR1M?
Yang ini pun betol juga. Tapi cerita pasal rokok ini ramai yang akan melenting, akan sensitive. Sanggup putus cinta dari putus rokok quote yang popular bagi perokok tegar. Aku tidak tahu apa sebenarnya nikmat merokok ini sehingga dipertahankan sampai begitu sekali. Tapi satu quote yang aku mahu kongsikan pada perokok "merokok merosakkan kesihatan". Aku yakin dan pasti, ramai yang akan melenting. Tapi aku rasalah, perokok semua tahu akan hal ini cuma mereka menidakkannya. Ikut suka merekalah. Doktor sudah nasihat. Fatwa sudah nyata. Tapi tetap No Stop kepada rokok kata mereka. Jawapan mudah dari aku ialah lantak engkaulah.


Moral of the story : Kena bijak buat budget.

Betol tak?
Betol tak?
Betul kan kan kan


Tuesday, September 30, 2014

berpagi-pagi dengan pesanan


السلم عليكم

Sebenarnya secara kebetulan aku sedang memperbaiki bacaan surah ini. Jarang sekali mahu melihat terjemahannya dengan teliti. Entah macam mana hari ini bila terpandangkan terjemahannya, hati jadi sayu bila ingatkan betapa besar nikmat Allah yang telah pilih aku menjadi Islam. Teramatlah rugi jika aku tidak memanfaatkannya paling tidak buat diri aku sendiri.

Ash - Shams : 9 - 10

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

Kita ada pilihan. Dan nikmat paling besar adalah dilahirkan sebagai Islam.


Kadang-kadang bukan kita sengaja tapi kita acap terlupa bahawa usia kita makin hari makin berkurang. Kemungkinan kerana tuntutan mahu pun kelangsungan hidup jadikan kita sepertinya 'waktu' tiada berbaki.

Terima kasih atas ingatan kawan-kawan tentang hari kemudian yang tidak ada belah bagi beriman kepadanya.

Banyak yang kita boleh perkatakan. Namun tidak banyak yang boleh kita laksanakan. antaranya sabar, redha, poligami dan sebagainya.

Hakikatnya sampai sekarang aku masih lagi belajar menerima takdir dengan redha iaitu tanpa airmata. Masih lagi bertatih belajar untuk bersabar dengan ujian/dugaan Allah tanpa merungut. Masih lagi belajar untuk takut hanya kepada Allah. 

Ya ampun. Masih banyak lagi yang belum selasai rupanya. Semoga Allah beri aku kesempatan serta kemampuan secukupnya untuk menggalas tanggungjawab aku sebagai hambaNya di muka bumi ini.

 أن شاء الله 
آمِـــــــــينْ

hari kemudian = hari qiamat
beriman = percaya


Sunday, September 14, 2014

'hantaran'

Adakah ianya merupakan tuntutan syarak atau ikutan atau budaya & adat resam. umum tahu tidak ada pun hantaran ini termasuk di dalam syarat-syarat sah nikah. Hampir setiap pasangan mengeluh tentang wang hantaran tinggi & barang-barang hantaran mahal.
Di sini, ingin saya kongsikan satu majlis akad yang saya hadiri dan berlansung dengan begitu sederhana. kesederhanaan itu dapat saya lihat dari jumlah bilangan hantarannya. Pada kebiasaannya, pihak perempuan akan balas lebihan dua dari jumlah yang dihantar pihak lelaki. bila saya tanya kenapa tiga dari pihak lelaki dan tiga juga dari pihak perempuan. Di sambut dengan satu jawapan yang sangat lojik. Kedua ibubapanya menyatakan bahawa semua yang kita lakukan wajar mengikut kemampuan dan elakkan pembaziran selagi mana tidak mengurangi syarat sah nikah. Jumlah wang hantaran itu pun tidak dihebahkan. Kata mereka, wang hantaran itu hanyalah sekadar wang perbelanjaan mengadakan majlis kesyukuran selepas pasangan sah menjadi suami isteri. Namun majlis diatur oleh Allah sehingga menghampiri sempurna. Di hati saya berdetik,alangkah baik jika ramai yang dapat mengamalkan cara begini. 

Hantaran dari pihak pengantin lelaki;




Hantaran dari pihak penganti perempuan;




Kata ibu pengantin, selepas bekeluarga, belom tentu anaknya dapat kumpul wang untuk belikan barang kemas untuk isterinya. Bag tangan Coach itu pun mereka beli sewaktu ada sale 70%. Sementara coklat serta buah-buahan itu adalah untuk anak-anak saudara pengantin agar majlis dimeriahkan lagi dengan meriahnya anak-anak kecil.

Mudah itulah Indahnya Islam.

Wednesday, July 23, 2014

kisah pagi tadi...

assalamualaikum wbt.

alkisah pagi tadi, satu pengajaran juga peringatan. kelakar ada jugak. terasa macam bangang pun iye...

memang selalu waktu sahur digunakan hingga ke titisan saat terakhir. entah kenapa semalam badan rasa letih semacam. check-back tak pulak sentuh minuman berais. berkemungkinan semalam ke bazaar ramadhan jalan-jalan carik lauk.

ceritanya begini :

dalam pada mamai2 mahu bersahur, nyaris tak berkumor dengan clorox yang disangkakan listerin. entah kenapa dua benda ni aku letakkan bersebelahan.

p/s : tak kalu, beraya di hospital aku tahun ni. syukur alhamdulillah, terhindar dari perkara yang dapat mendatangkan kemudaratan.


p/s : abaikan jenama bahan. ini bukan promosi.

Saturday, July 19, 2014

lagi budak baru

assalamualaikum wbt.

alahai...sampai bilalah nak stop new collection. kalau tak kutip, orang 'hadiahkan' kat tepi jalan. tak pun sesat jalan atau senang cerita jalan-jalan carik makan.

terbaharu macam ni puncanya. al kisah suatu malam, kami diundang makan-makan katanya di rumah anak saudara di sebuah taman perumahan. di singkatkan cerita, waktu mahu balik, buka aje pintu kereta, sepantas kilat melompat masoklah benda hitam ni ke dalam kereta dan terus duduk di driver seat. cewah, macamlah dia tahu nak memandu.

hailah...jawabnya memang kau bertukar alamatlah dari Johor Bahru ke Kota Tinggi. diberilah nama egüm. itu nama pendek. nama panjangnya legûm sempena warna hitam legam namun nampak manis...hihihi

inilah dia egûm si hitam manis...


orang bangun sahur, dia pun loghat mahu bersahur...


ikut suka dia nak landing kat mana...

Thursday, July 10, 2014

waspada akan laman web ini

assalamualaikum wbt.

Kawan post: Salam semua... Pagi ni terima pesanan dr wasap group ustaz zainudin dr jabatan agama islam selangor, dia suh sebarkan perkara ini.. Puak yahudi dengan sengaja telah membina beberapa website untuk menyebarkan maklumat yang salah mengenai Al-Quran dan Hadis, dengan itu sila berhati-hati terhadap websites berikut & beritahu sahabat lain.

1.www.answering-islam.org 
2.www.aboutislam.com
3.www.thequran.com 
4.www.Allahassurance.com 

Tolong kirim pesanan ini kepada seramai muslim yang boleh kerana jika tidak mungkin ramai orang islam akan mendapat maklumat yang salah mengenai agama Islam. 

Dpt info ni.. Tadi ada mintak ustaz kat UM check... Dia kata betul.. Plg bahaya adalah answeringislam...
Copy paste info dr group lain..

# apa pun di dalam mendalami ilmu Islam, sebaik-baiknya atau lebih afdal refer kepada ustaz atau ustaza yg kita yakin akan akidahnya.

wallahua'lam

Saturday, July 5, 2014

aktiviti orang pencen

Assalamualaikum wbt.

cukup lama tidak bercerita. antara sebab besar adalah kerana 'line' tidak bagus di sini. mahu baca blog kawan-kawan pun ambil masa lama. rupanya masih ada lagi 'dunia' yang ada sempadan teknologi. tapi kebarangkaliannya mungkin sedikit.

tapi...jika mahu seribu daya kan...

jom cerita serba sedikit akan aktiviti pesara. apabila sudah bersara dari dunia 'sibuk' masa bekerja, kita wajar penuhi masa 'lapang' dengan aktiviti kita sendiri. yang kita minat atau yang kita paksa rela buat. aktiviti begini perlu agar kita tidak jadi tension dan stress.

rupanya, aktiviti 'pesara' lebih hebat. perlu tahap kesabaran yang lebih tinggi. itu saya, pesara lain saya no comments. ada kalanya seperti macam tidak cukup masa. terkadang kala tidak perasan hari sudah petang sedang masih banyak kerja yang belom dibereskan. di waktu sedang menulis ini pun macam tidak sedar waktu cepat berlalu. walhal belom lagi menyenaraikan aktiviti saya sebagai pesara. bagai pepatah...kenalah slow and steady. nama pun pesara. 

ini baru mukaddimah aktiviti pesara. akan datang saya akan kongsikan apa saya buat bagi memenuhi masa terluang.

jumpa lagi akan datang dalam 'aktiviti pesara'.

assalamualaikum wbt. 

Monday, February 3, 2014

orang baru VS orang lama

dua-dua pun sesat jalan. dua-dua pun tak mahu pulang ke tempat asal. tak apalah kalau mahu bermastautin di sini, di kebun ini. tapi kena janji. kena janji jadi baik. tak mahu sergah sana sergah sini. kalau asyik sergah sana sini jawabnya memang kena qurantine dalam sangkar. makan minum berhantar. yang tak seronoknya 'tandas' kat bawah buai kau orang.
orang baru namanya nen. handsome kemain tapi kaki sergah. orang lama namanya koeng sebab memandangkan tompok-tompok kat muka yang membuatkan dia sikit kurang handsome tapi baik, memang sangat baik.
gambar atas si nen.
gambar bawah si koeng.
yang atas tu si nen. handsome memang handsome. tapi sergahnya tak menahan. carik mangsa nak fight-fight. hitam-putih kat bawah tu si koeng. tahu diri. lepas makan naik kat bilik. buat hal sendiri.
kadang-kadang tu, si nen sengaja carik pasal. kat mana si koeng lepak, kat situlah jugak dia nak lepak. slow-slow pergi serang hendap si koeng. 
muka si nen memang mengujakan. baik-baik ada makna. mintak lepas dari ikatan. lepas aje, tak sampai 30 minit dah dengar acara balas pantun. dengung kadang-kadang sampai enam harakat. qalqalah sugra ada, qalqalah akhbar pun ada. si koeng selalu mengalah. malas agaknya nak layan budak gengster perasan handsome. tu yang si koeng lepas makan, qadak hajat terus lepak bilik dry cleaning. baikkan si koeng.
cuma kakCT nak mintak petua, macam mana nak kurangkan perangai gengster si nen ni. kesian jugak dia kena quarantine kat cage tu. mengeow buat muka kesian mintak keluar.
next entry kakCT nak cerita pasal don pulak.

Monday, January 20, 2014

orang baru.

tidaklah dapat dipastikan samada sesat jalan atau ditinggalkan oleh tuan. kesian jugak bila pertama kali diberi makan. lahapnya sampai terpaksa diberi tambahan. namun yang tidak tahan, karaokenya sampai larut malam. mahu tidur pun mata tidak boleh hendak dipejamkan sebab tarik suara mengalahkan Penyanyi Hattan.




oleh kerana, sampainya pada hari isnin, aku namakan dia, NEN.

handphone aku xde kompas