Di sini, ingin saya kongsikan satu majlis akad yang saya hadiri dan berlansung dengan begitu sederhana. kesederhanaan itu dapat saya lihat dari jumlah bilangan hantarannya. Pada kebiasaannya, pihak perempuan akan balas lebihan dua dari jumlah yang dihantar pihak lelaki. bila saya tanya kenapa tiga dari pihak lelaki dan tiga juga dari pihak perempuan. Di sambut dengan satu jawapan yang sangat lojik. Kedua ibubapanya menyatakan bahawa semua yang kita lakukan wajar mengikut kemampuan dan elakkan pembaziran selagi mana tidak mengurangi syarat sah nikah. Jumlah wang hantaran itu pun tidak dihebahkan. Kata mereka, wang hantaran itu hanyalah sekadar wang perbelanjaan mengadakan majlis kesyukuran selepas pasangan sah menjadi suami isteri. Namun majlis diatur oleh Allah sehingga menghampiri sempurna. Di hati saya berdetik,alangkah baik jika ramai yang dapat mengamalkan cara begini.
Hantaran dari pihak pengantin lelaki;
Hantaran dari pihak penganti perempuan;
Mudah itulah Indahnya Islam.
10 comments:
Alangkah baiknya jika semua dapat mempraktikkan majlis perkahwinan dengan cara yang macam itu..Banyak menafaat nya selain mengikut kemampuan dan tidak berlaku pembaziran..Yang penting kebahagiaan pasangan tersebut..
Betol sangat kak CT, buat ikut kemampuan bukan ikut pandangan orang...
bagus sgt =)
lg mudah dua2 x renyah he3
Dari segi adat iainya tanda hormat bila kita datang membawa buah tangan dan juga membalas pemberian orang .
Paling penting ikut kemampuan
assalam JSS
adat jika yang baik wajar kita jaga dan pelihara kerana ia juga sebahagian dari warisan budaya bangsa.
yang penting jangan sampai berlaku pembaziran.
assalam sud@is
dalam hal2 walimatulurus ini lebih baik kita focus kepada membelanjakan dengan menjamu tetamu kerana ianya lebih menjurus kepada sedekah.
assalam xyz
tak perlu pening2 pasal hantaran kan. buat yang simple dan mudah. paling penting tidak jatuh riak atau menunjuk-nunjuk.
assalam wan yob
setuju sangat tu. kok datang kosong pun boleh jadi umpatan dan tambah dosa orang kan.
bab hantaran ni saya sebagai seorang lelaki kadang2 terbeban juga...
takut nak berhutang semata-mata nak kahwin... kawan saya pinjam bank rakyat rm20k semata-mata nak nikah...
saya taknak macam tu...
ngeriii...
rupa2nya isteri pun basih kena bayar installment kat bank...
astaghfirullah...
Pendekar Berkuda | tu yang kakCT cakap. buat yang perlu. Yang penting mas kahwinnya. Yang tidak termasuk di dalam agenda syarat sah nikah, kita pertimbangkan ikut kemampuan.
Post a Comment