Sedih ni...
Al kisah dugaan buat aku, lagi 10 hari nak raya, si Albab hilang. Entah arah mana nak cari. Rumah dalam kebun...kiri kanan depan belakang kelapa sawit. Tunggu jugak kot-kot Albab pulang. Allahuakbar. Akhirnya aku redha bahawa Albab sudah meninggalkan aku, mengembara jauh entah ke mana.
Tinggallah budak Namee ni sendirian. Terpaksalah aku melayan. Khuatir jugak kot-kot Namee stress tak ada teman. Tapi sehingga kini nampaknya alhamdulillah.
gambar terakhir sehari sebelom Albab larikan diri...hukhukhuk. Dah macam orang hilang anak...separuh gila jugaklah malam2 buta mencarik Albab kat kebun kelapa sawit. Langsung tak rasa takut kot-kot ular patuh ke ape. Albab punya pasal...rasa takut semua tolak tepi.
comel kan si Albab...Ya Allah, jaga dia untuk aku...Allahuakbar. Umur Albab empat bulan masa dia lari dari rumah. Hidup atau matinya hanya Allah yang tahu.
atas ni si Namee
Allah tinggalkan Namee kepadaku.
No comments:
Post a Comment