Sunday, February 20, 2011

qanaah

Bismillahirahamanirahim serta shalawat atas Nabi SAW

suatu hari Nabi SAW pernah berpesan kpd sahabatnya, Abu Zarr Al-Ghifari :

'lihatlah kepada orang yang berada di bawah mu dan jangan melihat orang yang berada di atas mu kerana yang demikian  lebih patut supaya kamu tidak meremehkan nikmat Allah yg diberikan kepadamu'

hadis riwayat Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi.


bagi aku ini adalah satu asas yg baik untuk kita melayari kehidupan di dunia dengan aman. ia juga mengikis perasaan hasad dengki serta irihati atas keberadaan orang lain. atau membenih rasa syukur atas sekecil-kecil nikmat yang telah Allah SWT.dikurniakan.

sungguh, banyak perkara yang tersirat dari hadis di atas bagi mereka yang mahu melihat serta tidak buta hati. ajaran Islam itu indah dan sejahtera.

p/s : dapat berasa qanaah pun aku sudah bersyukur.

9 comments:

Amri Abd Rani said...

pandang ke bawah buat kita bersyukur,
pandang ke atas jangan kita kufur...

KUREKURE COMEL said...

bersederhana itu pun sudah baik....
huhuhu

ghost said...

jadilah tangan yang sentiasa memberi...

melihat diri sendiri dalam kehidupan orang lain..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..trime kasih atas perkongsian ini..semoga kita ambil iktibar

NARDtheNERD said...

thanks for the info..
:)

Encik MamaT said...

ya.. bersyukur dengan apa yang ada... bersederhana itu lebih baik...

sud@is said...

urusan dunia dengan qanaah,
urusan akhirat dengan bersegera beramal dan bersungguh-sungguh

insyaalah
tq nice info

Unknown said...

aku suke entri ko ni.. :)

Anonymous said...

Ya, syukur kerana masih ingat untuk bersyukur.

handphone aku xde kompas