salam dan selawat atas Nabi SAW
warna-warni hati |
tidaklah dapat aku pastikan. apa sebenarnya yang menyedihkan. tapi sungguh airmata ini berlinangan tanpa dapat aku elakkan. terlalu lama aku simpan. terlalu kerap aku pendam. akhirnya aku menjadi buntu dan bungkam. kenapa susah mahu faham. mahu diam tapi mana mungkin berterusan diam.
ahhh...iman ini memujuk lagi. selagi termampu . bukankah harus aku akui. ini semua dugaan dan ketentuan Illahi. Ya Allah Ya Rabbi. aku sebut berkali-kali. bukan sekali, tapi berulang kali. aduhai hati, semoga engkau sering saja terpujuk oleh iman di dada. akurlah akan qada' dan qadar Allah. kita cuma lakonkan saja di pentas dunia.
'hati', cepatlah engkau sembuh. bangkitlah dan tunaikan solat sunat dua rakaat. semoga kamu kembali kuat sekalipun dihujani ujian yang hebat. insyaallah berkata hati. sunyi sepi. ayuh! bangkitlah, serahkan segalanya kepada Allah. Dia, Allah lebih adil lagi saksama.
p/s : kucingku sudah pun sihat. terima kasih pada yang ucap selamat. entah! kelibat serta bayang pun tidak aku lihat. aku ikat tambat kalau cuba-cuba mahu lagi berpencak silat. kenchoro oh kenchoro. ooo ada, sedang istirehat.
9 comments:
Salam Ibu,
Apa yang sedang merusuh di jiwa ibu ? Walau apapun, ida yakin, ibu kuat ibu tabah. Semoga kekusutan dan kedukaan itu berlalu pergi ya bu
sedaya untuk menyelami rasa sedih kak ct tapi seolah hanya ditemui dan disimpulkan kalau kesedihan itu berpunca dari kesunyian hati...
mahu menyatakan suatu yang di luar dari kemampuan menaakul fikiran rasanya tidak dapat berbuat begitu kerna saja ia terbatas.
apapun semoga ia masih dalam kerahmatan Tuhan..
assalamualaikum ibu..
salam kenal dan folo blog ibu ini..
semoga tuan blog terus ceria dan dirahmati Allah SWT
semoga akak kembali senyum..allah sentiasa mendegar rintihan serta keluhan kita..harap bersabar
sandiwara kita akan terhenti,
pentas bangsawan kita akan pergi,
tinggal lah sunyi dan sepi,
membawa kanan dan kiri,
menghadap Ilahi.....
hati......
hati hanya mampu berkata kata sendirian....tp akal yg mendahuluinya..
kerjasama hati..akal...dan perbuatan..dapat menyelamatkan hati yg sunyi...
sebaik baik pengubat hati yg sunyi hanyalah dgn zikrullah...
just pandangan mina tau...huhuhu
salam kenal kak ct,
oh, akk suka kucing juge ye?sama la kte =)
setiap dari kita akan ada ujian yang berbeda..
hanya dengn berserah dan redho jua hati akan kembali tenang...
@SK : mengguman itu selalu. pendam dan diam itu lebih tajam.
@ghost : bukan paksa2...mahu suka mahu duka. tapi akur atas ujian Allah.
@shahrom... : terima kasih follow. dtg selalu ingat2kan kak ct untuk jejaki kamu.
maaf kalau tak sengaja terlupa.
@cik lola : betullah..senyum dan xperlu apa...senyum...eh sedap pulak lagu tu.
@pakwi : doakan kak ct tabah hati atas semua ujian Illahi.
@kuwe-kuew eh salah eja kure-kure : tanpa akal jiwa tak akan kental.
@surie : jom..catster...ada ke word tu...modified from friendster!
@sudais : terima kasih ya pujuk hati kak ct yg lara ini.
Post a Comment