Wednesday, March 30, 2011

bukan semua orang mampu.

Bismillahirahmanirrahim.

tengoklah shoutbox kakct. penuh dengan pekikan si JSS@jomsantaisekejap. ini iklan. entry sebenar belum mula lagi.

cuci bersih sebelum masak
6.30 pagi sudah terpacak at pintu pagar
dating dengan apek surat khabar
sudah dua bulan en suami lupa bayar
pengabisnya duit kakct jugak yang kena keluar.

kira oklah sebab kakct pun tumpang sekaki
baca news hari-hari sebagai motivasi diri
barulah vogue dan terkini.

adoiii...bila nak mula tulis entri ni...relax...cool..idea tak mahu mari. ok ok dia sudah datang ni...

lepas bancuh nescafe untuk sarap pagi, dengar bising- bising bunyi anjing menggonggong nyaring. dengan pantasnya aku berlari mencari pasti siapakah gerangan yang kena uji kali ini. terlihat saja kelibat pembaca meter SAJ (Syarikat Air Johor), dalam hati terus memuji. memang mamat ini cekal hati. selamba badak aja dia baca dengan teliti walau si kungkung tunjuk gigi. kalau aku, sudah lama pucat lesi, lebih takut dari berani.

aku mahu cadangkan mereka gunakan teropong saja. dari dalam kereta pun mereka boleh baca sebab aku pernah terlihat pembaca meter TNB buat itu cara. bagus jugak mereka punya idea.

nak cerita pasal air lagi ni. ada sekumpulan anak muda berkupiah dan berserban segala bagai (pemakaian sudah bagus, ikut cara Nabi SAW) yang enggan bayar bil air (yang ini ada macam tidak berapa nak betul). kata mereka, air dari bumi Allah free. aku kata tapi dalam hati, memanglah air Allah yang beri. tapi air perlu kos untuk diproses sebelum selamat digunakan. kalau betol mahu free, sila guna air sungai, cubalah. itu pun kalau berani. tidak pun, depan atau kiri kanan atau belakang rumah gali perigi buat keguaan hari-hari.

p/s : jangan jadikan agama sebagai alasan. mahu kira macamana bila ambil wuduk atau mahu tayammum saja. biarlah bertempat kalau mahu beri pendapat. wallahua'alam.

24 comments:

Suara Kalbu said...

i like this entry so much.

Jangan gunakan agama sebagai alasan. Kita hidup harus pakai rasional juga kan bu ?

ctpayong said...

@SK : alasan untuk agama. bukan agama menjadi alasan. suka-suki mau free. kayu sugi pun kena beli.

Siti Radz said...

Akak, jss tu tengah practise karaoke. tu yg terlebih excited tu. hehehe.. (jangan marah ye jss)

lapar pulak tengok gambar lauk pauk tu. Err... lauk ayam takde ke? hehehe... :p

Ace said...

Nampak makanan tuh terus terpikir malam ni nak masak apa untuk dinner... kekekeke...

Salam perkenalan dari saya,
Aini

Asri Alam said...

agama sebagai alasan utk dpt free. alahai, susah nak fikir

ghost said...

sangat mudah jawapannya kan..air ini milik Tuhan.

tapi dalam soal hak,dowang terlupa.

Pala Maldini said...

buat sendiri pun perlukan kos...

inikan pula hanya membuka paip di rumah menikmati sumber air bersih..

KakD said...

yuppp ramai skang ni gune alasan agama dengan alasan yang tak munasabah..hai la donia

lavender harum wangi said...

golongan mcm ni yg memburukkan nama baik agama~ -.-"

ctpayong said...

@SR : O! ini mesti kes i like ayam ni. nnt kakct kasi resepi ayam lemak padi simple hingga menjilat jari but definitely not KFC

ctpayong said...

@Aini : hahaa...nnt kakct gambar2 makanan lagi.

ctpayong said...

@SASA : bagus tak kena tempat. macamana nak dapat follower.

kena belajar dari sasa macamana nak dapat follower ramai..gheheheee

ctpayong said...

@GW : buat2 lupe dan alasan semata

ctpayong said...

@PM : tu la pasal. nak ajar dah besar.

ctpayong said...

@MAPPIAU : nak jadi kaya dunia dan kaya di akhirat bukan mudah. kena kuat semangat.

ctpayong said...

@lavender...: segelintir cuma bukan semua. bagai kata pepatah lama..sebab setitik nila, rusak susu sebelanga.

attholib said...

Amat setuju dgn kakct...

kadang2 orang ni (termasuk kita juga) tak tercapai akal mengenai sesuatu perkara yg berkait kehidupan. Kadang2 org lain yg nampak kedangkalan kita.

Oleh itu, berpesan-pesan kita demi kebaikan. Berpesan-pesan dgn kebijaksanaan.. :)

ctpayong said...

@MA : itulah harapan dan tujuan kakct dalam dunia 'blogger' ini kerana tiada sempadan untuk belajar dan memberi tunjuk ajar.

sebagai manusia kita mudah lupa...

sud@is said...

buka ja paip ada air
alasan x mau bayar kot....

ctpayong said...

@sud@is : macam2! tak boleh nak faham mentaliti orang2 begini. alasan2!

azzey said...

lapor plak tgk gbr makanan tu...hu3..

jomsantaisekejap said...

Hahaha...kecik2 dulu memang suka nak masuk iklan, tak sangka dah dapat masuk iklan kat entry ni.
Errrr...dalam tak ada idea..tak ada idea..tak ada idea, panjang jugak ye entry tak ada idea kak ct ni.. tu belum kalau ada idea.. mesti iklan pun panjang2 kan..kan..kan
Suka entry ni..tapi tak nak komen..opsss dah terlebih komen rupanya.

ctpayong said...

@azzey : kalau nak masak...simple pun sedap sebab masak dengan hati yang ikhlas.

ctpayong said...

@JSS : jealous gak dok page kamu ja ada gambo makan. kakct pun nak gak...boleh gitu!!!

handphone aku xde kompas