Thursday, March 3, 2011

kenali aku

bismillahirrahman-arrahim.

budget suami aku serupa SRK
tidak mampu simpati itu bukan aku sekalipun aku di tipu. aku yakin baik buruknya balasan atas baik buruknya perlakuan itu urusan Tuhan. bukan lagi harus aku akui malah memang benar sekali kebijaksaanku terbataskan kerana aku ini baru dan tidak kekal.

aku akui yang kerap alpa itu aku. tapi bukan bermakna aku terus-terusan lupa dan lena. si kerdil macam aku masakan mampu tidak mahu bersyukur pun adakalanya aku kabur dan tersungkur. barang dijauhkan Allah memiliki sifat takbur demi mahu jadi tersohor.

bangga dengan apa yang aku miliki itu bukan aku kerana sedari kecilnya aku bukan tidak pernah merasa susah. kegagalan itu kerap menjadi milikku atas keterbatasan abiliti aku yang baru dan tidak kekal lama. makanya ego itu bukan sifat aku sesekali tidak mahu miliki itu.

p/s : yang mudah menangis itu aku, gembeng kata orang johor. baca blog pun aku boleh menangis. harap kamu semua tidak ketawakan aku. yang di dalam gambar itu lagi kuat menangis.

22 comments:

jomsantaisekejap said...

sy memang takkan ketawa kalau kak ct bagi luahan rasa sebegini rupa.. Serious. Kelu. Kedu. Sunyi sepi. Terdiam. Terduduk. Terfikir sendiri. Tersentak. Terhantuk. Tertidur.....
Sungguh shahdu..........

ctpayong said...

@JSS : terlebih sudah ba. yang ada dalam mee udang kering aja. itu pun dah lumat jadi perencah...hahaaaaa.

muny lily said...

menangis mengajar kita erti tabah :)

LadyBird said...

sbnrnye ape yg tersirat di sebalik luahan akak?
mcm ade sesuatu yg tak mampu dilepaskan dr hati..
sabar ye kak..
ujian itu mematangkan dan mendewasakan kiter..

Asri Alam said...

lelaki pun sesekali menangis. menangis tak berair mata siapa tahu. selalu dipendam

ctpayong said...

@cik lola : hanya Allah yg mampu menilai airmata. menangislah di hadapan-Nya.

ctpayong said...

@lady... : almost all the time...lepas menangis kak ct akan "kuat" semula.

ctpayong said...

@sasa : ketika kita mampu menangis sebenarnya mental kita telah dikalahkan oleh emosi.

owh...adakah aku ini emotional.

ghost said...

masih tidak cukup mengenali kamu...tapi rasanya berbaloi dari tidak kenal langsung...

ctpayong said...

@ghost.. : eh..sudah habis tempoh bertapa. bila kau balik?

jgn kenal terlalu. nnt ada yg cemburu. bukan terhadap aku tapi kamu...hehehe.

kau sehat ghost? nyamok banyak tak kat sana?

Siti Hajar Masri said...

sy pun mcm ct jugak..sikit2 nangis..:)

sud@is said...

baru nak kenal, belum cukup kenal
selamt berkenalan

ghost said...

baru 3 hari lepas balik...

dalam hutan mana ada nyamuk kak ct.

n dalam dunia ghost tiada yang rasa cemburu.haha

Amri Abd Rani said...

bersyukur dgn semua anugerahNYA...
kita cuma HAMBA....

ctpayong said...

@pakwi : alhamdulillah..insyaallah.

KUREKURE COMEL said...

bila byk menangis..jiwa jd lembut...hati bikin suci...


lepas menangis...sure jd lega sgt2...peristiwa lepas...sure makin dilupai..huhuhu...

Suara Kalbu said...

Ibu gembeng...

Jangan salu nanes. Nanti tak gebusss

ctpayong said...

@SHM : menangis itu satu therapy buat kak ct.

ctpayong said...

@sud@is : sampai waktu satu masa insyaallah.

ctpayong said...

@ghost : dlm hutan la bnyak nyamok!

ctpayong said...

@kure2 c... : betol3X

ctpayong said...

@SK : terlebih gebus sudah...mcm ubi rebus dah nih..heheheeee

handphone aku xde kompas