Friday, May 27, 2011

seksinya.

Bismillahhirrahmannirrahim.

ntah!. kenapa ghairah sangat cerita pasal meow pulak kebelakangan ini. mungkin suka bila tengok anak-anak kutip kakCT membesar dengan sehatnya. dua tiga hati yang lepas, cuaca di JB panas sangat. kakCT pun sampai mandi empat kali. rumah kakCT memang takde aircond. si J dan si tebby macam tak senang duduk. lidah terjeler keluar. kebiasaannya kucing kalau lidah terjeler, body temperature mereka agak tinggi daripada biasa. jadi kakCT ambil keputusan mandikan dia orang berdua ni. kali ini mandi dengan air sejuk aje. selalunya kakCT mandikan mereka dengan air pesam-pesam kuku. so apa lagi mengeleparlah bila kena mandi dengan air sejuk. selesai mandi, lap badan dan terus tidor dengan selesanya.
kemain sexy lagi.
p/s : si tebby tidak dapat dikesan ketika sesi photography kali ini.

Monday, May 23, 2011

sudah besar.

Bismillahhirrahmannirrahim.

YES! mereka sudah besar. ingat lagi tak tentang cerita kakCT jadi superhero selamatkan budak dua ekor ini dari menjadi sarapan kung-kung. click di sini : entry terdahulu

J@Junior

kakCT namakan dia J iaitu singkatan kepada perkatan junior. rupanya saling tak tumpah macam kunchoro yang kakCT ambil setahun yang lalu di kaki lima masjid. tengok gambar di bawah ini :

saya kunchoro...saya ensem kan.

kunchoro sudah 1 tahun 2 bulan. sudah pandai ngurat aweks. yang tak tahan bila selalu spray sana spray sini. mahu marah tak sampai hati. nasib baik ada febreeze.

nama saya tebby

inilah sparing parthner si J wrestling tiap-tiap hari kecuali waktu makan, tidor dan qadak hajat. selebihnya bergumpal dan berpencak silat gamaknya.

sekarang, greymoon, bella, dot, kim dan kunchoro sudah boleh terima kehadiran mereka ini.
kalau dulu, pantang bertemu mesti bercekau.
sekali sekala terdengar si dot panggil si J dan si tebby untuk 'bergurau".
si bella masih belum mahu bergurau senda tapi sudah boleh makan sama.
sesekala terlihat si greymoon menjilat seperti membersihkan si J dan si tebby.
si J dan si tebby pernah menjilat-jilat kunchoro tapi nampak macam kena "buli".

p/s : yang tak menahan sekarang ialah makanan mereka. seminggu 4kg. makan ke melantak mereka ni.

Friday, May 20, 2011

kasih ayah

Bismillahhirrahmannirrahim.


ayah dan ibu, dua insan yang tidak dapat kita sangkal tentang kasih sayang mereka. jadi siapa pun juga yang tidak punya kasih sayang terhadap anak-anak mereka harus berasa malu bila mengaku merekalah ibu dan ayah kepada anak-anak mereka.

sendiri kena faham bila kakCT bariskan ayat di atas tidak terkecuali diri kakCT sendiri.

Denzel Washington in John Q
skop kasih sayang itu luas. dari sejak dilahirkan dan dari sekecil-kecil perkara hinggalah hal-hal menjana keuntungan di akhirat termasuk di dalam urusan kasih sayang ibu dan ayah. sebagai orang tua, kita tidak wajar berputus asa di dalam "mendidik" anak andai sekalipun kita semakin hampir menerima warkah akhir dari Allah Ta'ala. namun keterbatasan kemampuan menjadi ibu dan ayah yang baik itu juga menjadikan kita sangat berkehendak dan mengharap belas serta ehsan dari Allah. kerana Dialah yang sempurna di dalam menentukan segalanya. dan setiap ciptaan-Nya punya matlamat. kendati itu, sebagai ibu dan ayah, kita wajib bertawakkal setelah segala usaha keras memberi yang terbaik kepada anak-anak agar ianya membuahkan  hasil yang terbaik juga.

kita sering dihidangkan dengan cerita kisah kasih sayang seorang ibu yang sanggup berkorban hatta sekalipun nyawanya. namun kasih seorang ayah juga tidak kurang hebatnya. entry ini kakCT buat lepas tonton filem John Q. mungkin cerita ini sudah lama. mungkin kakCT yang sudah jauh ketinggalan tentang movie ini. tapi menonton cerita ini membuatkan kakCT mengalirkan airmata. dalam hati berkata, "hebat juga kasih seorang ayah".

wallahua'alam.

p/s : bila hari bapa ek?

Tuesday, May 10, 2011

betul ke HARAM hukum menyambutnya.

Bismillahhirrahmanirrahim.

confuse
wallahwei...rasa terkedu lutut kakCT baca entri ini : Sambutan Hari Ibu???. keliru serta celaru. mana pandangan mahu kakCT tuju. lagi sekali hati bertanya. apa betul ke haram hukumnya. macam-macam rasa ada sebab hampir saban tahun kita merai dan merayakan. kok kalau itulah hukumnya...aduhai, macam rasa sedih pun ada. tapi kalau sah dan sahih itulah hukumnya, bermoral atau berprestige bagaimana sekali pun acara itu patut dipinggirkan.

tapi kakCT sangat setuju bila baca yang ini; Mother's Day. macam yang kakCT kata, tiap-tiap hari pun hari untuk ibu sebab setiap hari lima kali kita pasti panjatkan doa untuk ibu dan untuk bapa, insyaAllah. maka sambutan hari ibu itu adalah kemuncak hari-hari yang selalu.

kakCT masih mencari jawapan yang pasti. harap kepada sesiapa yang punya jawapan yang jitu sila beritahu. ikhlas, kakCT mahu tahu. mahu khabarkan kepada anak cucu. usah kita khilaf sepanjang waktu.

wallahua'alam.

Saturday, May 7, 2011

tiap-tiap hari juga hari untukmu.

Bismillahhirrahmannirrahim.

tiap-tiap hari juga adalah hari untuk mu, ibu. tapi hari ini adalah kemuncak hari-hari yang selalu. selamat hari ibu, ibu.

                         - ibu -

mak masa ayu


















kita hampir sama
sedikit berbeza pada raut wajah
isi hati dan naluri hampir serupa
sekali pun berlain era dan masa
sama rasa dan sama jiwa
cuma panggilan saja berbeza-beza.

aku pun engkau tetap itu
yang aku panggil ibu
ibu pun jugak aku
perkongsian rasa yang satu
rasa seorang ibu.

bukan emas permata yg didamba
tidak juga wang berjuta yg digila
cukup bagi dia
menatap wajah zuriatnya
serta doa bila dia sudah tiada.

mak masih ayu


















ibu itu jugak aku
ibu sayang aku sayang ibu
selamat hari ibu, ibu!

orangbiasa:\mei 2011

Friday, May 6, 2011

Dia telah mendahului aku.

Bismillahhirrahmannirrahim.

terbang pulang
Al Fatihah untuk dia, yang aku ceritakan di entri ini, takdir dan aku sempat melirik puisi seperti di sini, tribute.

segalanya tinggal kenangan. semoga dia tenang dan bahagia menemui CINTA sejatinya. aku sempat menggenggam jarinya serta mencium dahinya buat kali terakhir semalam, tatkala dia sedang bertarung dan bersabung nyawa. dan akhirnya kurang lebih 12 tengahari dia pergi meninggalkan dunia serta segala isi yang ada di dalamnya.

setiap rasa, bagai terseksa melihat turun naik nafas dihela.setiap mata yang melihat penuh berair. setiap bibir berzikir. setiap hati berkongsi. tahu akan derita terdahulu yang tidak terpikul di bahu, dibawanya bersama. setiap tanya ternganga, terlopong kosong. sang suami masih lagi menyepi. rajuk apakah ditinggalkan sebegini. hingga dia pergi temui Illahi tanpa sempat melepaskan sarat rindu yang terpendam dan terbuku. rumahtangga! seribu macam rasa menduga.

semoga dia tenang dan aman. ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. tujuh ayat penuh rahsia. terkandung segala, Al Fatihah yang agung hadiah terindah buat dia.

dia, hajjah hamidah binti hamid telah pergi meninggalkan aku dan dunia buat selama-lamanya tanggal semalam, khamis bersamaan 5hb Mei, 2011 di hospital pakar Abdul Samad, Johor Bahru, Johor. disemadikan di Pontian, Johor; kampung halaman dan tanah kelahiranya.

Al Fatihah, amin.

handphone aku xde kompas