Saturday, April 23, 2011

takdir.

Bismillahhirrahmanirrahim.

takdir atau ketentuan Allah itu sering tidak menepati selera atau kehendak manusia jika takdirnya Allah memberi dugaan dalam bentuk kesusahan. tapi apabila Allah memberi dugaan di dalam bentuk kemudahan/kesenangan tiada pun rugutan. itu pada fahaman aku yang sangat rendah ilmu.

bukan itu yang mahu aku coretkan di sini kali ini. tapi pun tetap berkisar dengan takdir dan ketentuan Allah SWT.

sepetang aku menangis bila aku baca sms dan kawan lama mengatakan si fulan binti si fulan sudah tahap 4 sakit barah hati. Allahuakbar. kenal sangat dan kenal rapat dengan si fulan binti si fulan ini. kawan-kawan sewaktu remaja. terasa baru semalam sama-sama satu kem pasukan bolajaring belia negeri. seorang yang cergas dan tangkas di dalam pasukan kami. kalau dia tidak ada, terasa seperti pasukan kami patah kaki.

pun dari segi kemudahan/kemewahan hidup, aku rasa ramai yang cemburu dengan keberadaan dia. mampu memiliki segala apa yang dia cita. itu rezeki dia walaupun dari segi jawatan di dalam kerajaan aku lebih sedikit tinggi daripada dia. tapi Allah itu saksama. sedikit untung di sana, sedikit rugi di sini. Dia duga manusia sama rata ikut kemampuan serta kekuatan makhluk yang dicipta oleh-Nya. walau apa juga keperluan dia mampu miliki namun dari apa yang dia pernah ceritakan, institusi kekeluargaannya amat longgar. kurang perhatian dan kasih sayang orang yang dia cintai. anak-anak membesar dengan sendiri walau pun menjadi tetapi kekurangan ini tetap dirasai.


terkini, apa yang aku ketahui, suaminya hilang tidak dapat dikesan. macam pelik tapi itulah kenyataan. lewat petang semalam aku terima berita lagi yang tambah menyayat hati. pada perkiraan doktor, dia cuma ada masa 6 bulan sahaja lagi. aku menangis semahuku. bukan tidak redha atau pasrah atas takdir dia. siapa aku untuk berkata begitu. tetapi termangu dan terkedu lalu berkira-kira aku patut panjatkan syukur atas takdirku.


p/s : dahulu, dia cukup tabah berdepan dengan hilangnya kasih sayang seorang suami. semoga dia tetap tabah berdepan dengan saat-saat hilangnya dia dari orang-orang yang menyayangi dirinya. aku kerap mengalirkan airmata setiap kali teringat akan dia walau pun ketika aku sedang menggoreng ikan. Ya Rabb, berikanlah kami kekuatan menerima takdir dan kenyataan.

12 comments:

Mutalib attholib said...

kadang-kala tak terhadam bila mendengar kisah-kisah sebegini. Apatah lagi jika ia berlaku pada mereka yg kita kenal dan rapat..

Moga kawan kakCT itu mendapat rahmat dan kekuatan dari Yang Maha Penyayang..

ghost writer said...

ketika DIA menyempurnakan kehidupan yang lain maka DIA kurangkan sebahagian yang lain.Menerima takdir yang berjalan di atasnya sudah memberikan kita sedikit kebahagiaan jiwa.beroleh ketenangan meski ade sedikit kesedihan.

mengetahui lebih awal memberi peluang kita mendekatkan diri pada-NYA.

jomsantaisekejap said...

Semuga masih ada jalan untuk menyembuhkan penyakitnya... sama2 berdoa agar kawan kak ct dan kita jugak sentiasa berada dalam keadaan sihat walfiat sentiasa..

Sasa Al-Sharif said...

Tuhan menentukan perjalanan hidup. aku pernah merasa kehilangan abah dan atok. terasa cepat sgt, tp itulah kenyataan

Amri Abd Rani said...

Begitu lah hidup..
qada dan qadar mengatasi segalanya, namun InsyaAllah, ia boleh berubah dgn doa...

LadyBird said...

Innalillahiwainnailaihirojiunnn..
semoga die tetap tabah menjalani ujian Allah satu persatu kak..
Dia seorang yang Allah beri ketabahan hati dan fizikal.. sebba itu Allah uji berkaitan hati dan fizikal.. moga2 kekuatan dan kesabaran itu berpanjangan.. insyaAllah.. sam2 doakannya.. ameeennn..

Sephi Sephia said...

Semoga dia pulang sebagai hamba-Nya yang suci dari kekotoran dunia. Semoga dia tabah hendaknya.

Encik MamaT said...

setiap penyakit ada penawarnya.. doktor hanya meramal dari segi perubatan.. tetapi dokter bukan Tuhan...

semoga beliau tabah.. ujian sebegitu bukan semua dapat melaluinya... setiap ujian yang diberikan adalah sesuai dengan kemampuan kita.. :)

MAPPIAU said...

ya Allah kak, entri akak ni buat saye terfikir yang ade orang lain lagi berat dugaannyer. sesungguhnyer saye bersyukur dengan ape yang saye ade skang ni.

ctpayong said...

kepada;

Mutalib Attholib
Ghost Writer @ bisk
JSS
SASA
Pakwi
LadyBird
Sephi Sephia
En Mamat dan
MAPPIAU.

terima kasih kerana paling sedikit kalian menukar kakCT dari seorang yang gembeng (kuat menangis) kepada yang "senyum" bila teringat ini.

kakCT turut membilang hari.

Suara Kalbu said...

Semoga kawan ibu tu diberi kekuatan untuk dia meneruskan hari-hari yang akan datang berkat doa orang-orang sekeliling dia yang tak putus-putus mendoakan.

Harap ida dan kita semua juga terus diberi kekuatan

ctpayong said...

@SK : terima kasih ida.

handphone aku xde kompas