Wednesday, August 24, 2016

Mencari tenteram.

Menghargai dan menghormati adalah dua perkara yang berbeza di dalam menilai kesempurnaan atau kebolehan seseorang. 
Namun kedua-duanya akan menjadi lebih bermakna jika ianya dapat kita lakukan apabila kita berada di bawah pengaruh rasa kebesaran Allaah atau rasa kekerdilan diri.
Sukar merasa syukur dengan nikmat Allaah menjadikan hati sukar tenteram dan sering mengundang rasa hasad terhadap yang lain. 
Sedang Allaah itu adil di dalam setiap percaturan. Dan kitalah yang sewajarnya menilai setiap ketentuan yang terjadi itu samada ianya dugaan atau balasan.
Pun sewajarnya kita angkatkan rasa syukur buatNya kerana Dia tidak berhenti memberi peringatan kerana kasihNya kepada kita.
Sungguh pada setiap dugaan atau cabaran atau balasan ada peringatan untuk kita kembali ke jalanNya.
#ingatkan_diri_sendiri.

wallahua'laam.

Monday, July 18, 2016

Sekadar berkongsi kisah sedih...

Suami : Bu I amek kucing dari warong. Dah terbaring bawah kerusi. I tunggu dia kot2 habis nyawa tapi nafas masih bergelombong. Last...I bawak balik. At least dia mati & kita properly tanam dia.
Aku : Allaah, sekarang tengah musim virus parvo...takut2 stray cat tu kena jangkitan ni nanti spread kat kucing kita kat kebun ni. (hati sedikit tidak selesa).
Suami : tak kan I nak biarkan dia macam gitu aje.
Aku : Oklah. Nanti petik kan kelapa...I nak kasi dia airnya. Tawakkal. Kunfayakun. Segala ketentuan hanya dari Allaah. Hati sedikit lega.
Masa bawak balik, nafasnya turun naik kencang. Kurus sangat hingga boleh rasa tulang belakangnya. Sedih!. Dalam hati...memang sudah hampir masa dia. Dalam hati kalau boleh...biar dia sama-sama merasa berlari-lari dengan yang lain-lain di kebun ini.
Aku berikan dia beberapa camca air kelapa. Petangnya aku berikan dia beberapa camca madu+air+vit. Malamnya dia boleh bangun dan boleh mengeow. Kepala dan telinganya sudah terasa hangat sedikit.
Alhamdulillaah!!!
Cuma dia tidak mahu makan....😞
Pagi tadi sewaktu beri dia air kelapa, dia minum sikit sangat. Dia baring aje. Tidak bermaya. Aku kemaskan badannya. Lap dengan towel guna air suam. Dia mula purring...tapi tetap tidak mahu makan. Usai solat Zohor aku lihat dia sudah tiada lagi. Aku menangis. Menangis kencang dan deras.
Ya Rabb...daripada Engkau kami datang, kepada Engkau kami kembali.
Maafkan aku sayang. Hanya itu yang termampu. Merawat kamu dalam sesingkat waktu. Merawat kamu dengan ilmu yang tiada di saku.
Aku tetap berikan dia nama walau hanya semalam dia bersama aku. Aku namakan dia, Syawal.
Akhirnya Syawal pergi dijemput Ilahi.

Friday, June 3, 2016

Berapa lama nak hidup menongkat dunia....

Sungguh tak paham ngan puak-puak ni. Segala macam daging haiwan liar nak dibahamnya cuma kerana nak panjang umor & nak kuat tenaga batin. Sebab tulah negara kau ni punah Allaah turunkan sengsara dunia. Lepas check-out kat dunia, kau check-in kat akhirat pulak ye.  
Kuat macamana lagi tenaga batin yang kau nak? 
Lama mana kau nak hidup kat dunia ni...
Bila manusia gagal kawal nafsu. Nafsu syahwat, tamak haloba akan harta dan mahu hidup lama di dunia adalah antara nafsu yang merosakkan dunia.
Semoga aku bukan di dalam golongan ini. Aamiin.


Friday, March 4, 2016

Jangan sampai hati jadi hitam.

Segalanya bermula dengan niat. Niat kerana Allaah. Tetapi samada dalam sedar atau sengaja, #terketepinya niat kerana Allaah itu atas alasan kerana #fitrah. Lemahnya iman manusia ni kan.
Allaah tidak jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Hadam lumat-lumat dan telan. Yang baik simpan jadikan iman dan yang tidak baik buang dan lupakan. Mohon pada Allaah cara memandu serta  memandu di jalan yang sampai ke destinasi bertemu dengan Allaah, insyaa-Allaah.
Kembali kepada niat. Kena ingat serta beringat seterusnya mengingatkan. Nak buat benda baik kita selalu cakap...kerana Allaah. Cuba kita betolkan niat bila nak buat benda jahat...boleh tak kita kata kerana Allaah. Jadi kalau dah tersekat-sekat niat tu, hentikan. Istighfar banyak-banyak. Jangan jadikan fitrah itu alasan buat bende-bende tak senonoh.
Jadi, mula asal usul tok nenek moyang nak buat bende jahat ini...niat dalam hati memang tak ada Allaah. Sesaat bila tidak hadirkan Allaah dalam hati, maksudnya ape. Jahanam! Jangan main-main perkara ni. Lupe?!. Manusia memang mudah lupe. Hrmmmm ... salahkan fitrah lagi. #alasan!.
Pesanlah, sampaikan perkara-perkara baik itu tuntutan Allaah. Tapi kalau passing/viral kan bende-bende tak elok, video lucah, gambar bogel itu tuntutan siapa? Jawab sendirilah. Sudah besar, sudah pandai hatta sudah pun tua...tak kan soalan cepumas tak boleh jawab.
Jangan cari alasan untuk beri alasan. Termaktub alasan tetap ada balasan. 
Sekian, ada hidayah kita bincang lagi. Be nice kalau nak komen sebab adab itu tuntutan agama.
Wallaahu'alaam.

"biar pun warna ku hitam...asal jangan hati yang hitam."

Sunday, February 21, 2016

Naluri...

Alahai...kesiannya tengok gaya kamu. Pasrah serta redha terperap terkurung.
Jebat kena faham kenapa kena quarantine. Ibu janji...baik aje luka kat kaki, ibu lepas bebaskan kamu kat luar sana. Sekarang lom boleh lagi...

Janganlah buat muka sedih macam ni. Ibu pun turut sedih tengok muka awak cenggini.


Pasrah serta redha bila kena marah. Kecik-kecikkan mata bila nampak rotan. Hai lah budak meow pun pandai main wayang. Tapi datang hangot nak keluar...kemain dia harok, mengamok.


Lihat ajelah keluar jendela tu Jebat. Tenunglah pokok durian kat tepi tingkap tu. Bayangkan yang dingin. Semoga mimpi indah malam nanti.

Saturday, February 20, 2016

Tiada lagi Tepian Mandi

Sebahagian besar pembangunan itu Pemodenan. Sebahagiannya lagi Pembunuh Kedamaian.
Aku menjadi pandai berenang bukan di kolam renang tetapi di sini, di Pantai Lido. Namun segalanya tinggal kenangan. Tiada lagi Tepian Mandi.
Akhirnya kita tidak lagi berpijak di bumi.
Semoga kita tidak menjadi terlupa atau terluka dengan apa yang terhidang di depan mata.
Cuma kerana atas nama Aras Tanda.




Semoga kita tidak tenggelam di dalam anganan kemashuran.

Thursday, February 18, 2016

HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN.

Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah  menceritakan kisah ini.

Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, "Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?" Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.

"Tujuh ratus ribu," jawab malaikat yang satu lagi.

"Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?"

"Tiada satu pun"

Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, "Apa?" Dia menangis dalam mimpi.

"Semua orang-orang ini datang dari belahan bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?"

Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.

"Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Diatas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah. "

"Bagaimana ia boleh terjadi begitu?"

"Itu adalah kehendak Allah"

"Siapakah orang tersebut?"

"Sa'id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik"

Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga. Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria.

Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa'id bin Muhafah.

"Di sana, di pinggir bandar", kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya. Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh.

"Adakah benar anda bernama Sa'id bin Muhafah?", tanya Ulamak.

"Betul, siapakah tuan?"

"Saya Abdullah bin Mubarak"

Said terharu, "Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?"

Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu.

"Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?"

"Wah! saya sendiri tidak tahu!"

"Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini".

Sa'id bin Muhafah kemudian teringat, "Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allhuma labbaika. Labbaika la syarika laka labbaika. Innal hamda. Wanni'mata. Laka wal mulka. La syarika laka.

Ya Allah, aku datang kerana panggilan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu.

Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis "Ya Allah aku rindu Mekah. Ya Allah aku rindu melihat ka'abah. Izinkan aku datang. Izinkan aku datang, ya Allah ..."

Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan. Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.

"Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji"

"Tetapi anda batalkan?"

"Benar"

"Apa yang berlaku?"

"Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu ngidamkan sesuatu  "

"Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?

"Ya sayang"

"Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya "

"Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Disitu terdapat seorang balu dan enam orang anaknya."

Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit.  Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya.

Akhirnya dengan perlahan dia berkata, "Tidak boleh tuan"

"Saya sanggup membeli walau dengan harga yang tinggi," kata saya tegas

"Makanan ini bukan untuk dijual, tuan," katanya sambil berlinang air mata.
Saya bertanya kenapa?

Sambil menangis, wanita itu berkata, "Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan," katanya.

Dalam hati saya, "Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim?  Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, "Kenapa?"

"Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak "

"Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram".

Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah.

Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi.

"Ini masakan untuk kamu"

Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka.

"Gunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi"

Ya Allah ... disinilah Hajiku ...
Ya Allah...  disinilah Mekahku ...

Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata.

Fikirkanlah bagi orang yg pergi berpuluh puluh kali Haji tapi bakhil. Di mana tempatnya. Sedangkan dlm masa yg sama berapa ramai lagi umat Islam yang memerlukan.

Sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa dekat dgn kita.

handphone aku xde kompas