Tuesday, December 11, 2012

☝Malaysia!

telan mati emak, luah mati bapak. sungguh! orang dahulu sangat besar santunnya. rasa ingin meluahkan apa yang terbuku di hati tetapi dalam masa yang sama mahu menjaga hati dan hubungan. lalu dianjurkan lagi cara menyelesaikan masalah supaya berhati-hati seperti menarik benang di dalam tepung. benarlah jika dinobatkan suatu ketika dahulu bahawa bangsa melayu itu kaya dengan budibahasa serta baik tatasusilanya.

aku tarik nafas panjang-panjang, dalam-dalam. sekarang semuanya sudah hilang. aku agak yang hilang bukan bangsanya tetapi susila dan pekertinya. apakala semua sudah menjadi sama maka akan hilanglah rupa paras bangsanya.

☝Malaysia! Malaysia itu dahulunya Malaya yang asalnya Tanah Melayu. Malay/Melayu itu tidak hilang, yang hilang cuma adab sopannya atau Melayu itu hanya tinggal pada namanya sahaja. pun masih boleh lagi dimaafkan. jangan sampai hilang agama bila lidah tidak dijaga. jangan suka tunding jari. tanyakan pada diri sendiri. di mana aku berdiri.

handphone aku xde kompas