Thursday, September 27, 2012

Airmata ibu

 Bismillah ar-Rahmaan ar-Rahiim
kasihnya ibu membawa ke syurga.
Hatinya semakin tegar justeru itu dia tega membiarkan panggilan dari anaknya sehingga nada dering telepon bimbitnya mati. Dia tahu ini bukanlah cara yang terbaik untuk merapatkan kembali hubungan dia dengan anaknya yang semakin merapuh. Apa pun dia punya alasan tersendiri kenapa dia enggan menjawap panggilan dari anaknya. Dia tahu sebagai ibu, dia tidak boleh terlalu emosi di dalam menanggani masalah anak-anak. Apatah lagi anak-anaknya semua sedang meningkat dewasa.

Jauh di sudut hatinya tidak pernah mempertikaikan dugaan serta cabaran yang Allah SWT datangkan di sepanjang perjalanan hidupnya. Dia juga tidak berkira-kira kenapa Allah mentakdirkan anaknya yang satu ini sering membuatkan hatinya terluka sedang dia, usah melihat airmata ibunya, merasakan ibunya menangis di dalam hati pun dia susah runsing. Baginya, dia hanya melakukan apa yang perlu dia lakukan. Untuk mengharap anaknya melakukan sama sepertimana apa yang telah dilakukan terhadap ibunya bukanlah prinsip hidupnya. Dia tahu, setiap zara yang Allah SWT jadikan mesti bersebab. Dia akur hukum itu.

Walau apa pun, dia cuba untuk tidak merajuk dengan anaknya. Dia mahu menghargai airmatanya. Dia berusaha untuk tidak mahu menangis lagi. Namum airmata seorang ibu tetap mengalir ketika tangannya diangkat ke langit. Dia tetap berdoa akan keselamatan serta kesejahteraan anaknya. Terus-terusan mengharap akan kejayaan anaknya. Dia juga tidak pernah lupa meminta Allah SWT ampunkan dosa anaknya. Apa pun yang telah anaknya lakukan, dia telah ampunkan kerana dia kuathir tidak sempat berbuat demikian apakala dia menutup matanya nanti.

handphone aku xde kompas