Tuesday, September 30, 2014

berpagi-pagi dengan pesanan


السلم عليكم

Sebenarnya secara kebetulan aku sedang memperbaiki bacaan surah ini. Jarang sekali mahu melihat terjemahannya dengan teliti. Entah macam mana hari ini bila terpandangkan terjemahannya, hati jadi sayu bila ingatkan betapa besar nikmat Allah yang telah pilih aku menjadi Islam. Teramatlah rugi jika aku tidak memanfaatkannya paling tidak buat diri aku sendiri.

Ash - Shams : 9 - 10

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا

Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

Kita ada pilihan. Dan nikmat paling besar adalah dilahirkan sebagai Islam.


Kadang-kadang bukan kita sengaja tapi kita acap terlupa bahawa usia kita makin hari makin berkurang. Kemungkinan kerana tuntutan mahu pun kelangsungan hidup jadikan kita sepertinya 'waktu' tiada berbaki.

Terima kasih atas ingatan kawan-kawan tentang hari kemudian yang tidak ada belah bagi beriman kepadanya.

Banyak yang kita boleh perkatakan. Namun tidak banyak yang boleh kita laksanakan. antaranya sabar, redha, poligami dan sebagainya.

Hakikatnya sampai sekarang aku masih lagi belajar menerima takdir dengan redha iaitu tanpa airmata. Masih lagi bertatih belajar untuk bersabar dengan ujian/dugaan Allah tanpa merungut. Masih lagi belajar untuk takut hanya kepada Allah. 

Ya ampun. Masih banyak lagi yang belum selasai rupanya. Semoga Allah beri aku kesempatan serta kemampuan secukupnya untuk menggalas tanggungjawab aku sebagai hambaNya di muka bumi ini.

 أن شاء الله 
آمِـــــــــينْ

hari kemudian = hari qiamat
beriman = percaya


Sunday, September 14, 2014

'hantaran'

Adakah ianya merupakan tuntutan syarak atau ikutan atau budaya & adat resam. umum tahu tidak ada pun hantaran ini termasuk di dalam syarat-syarat sah nikah. Hampir setiap pasangan mengeluh tentang wang hantaran tinggi & barang-barang hantaran mahal.
Di sini, ingin saya kongsikan satu majlis akad yang saya hadiri dan berlansung dengan begitu sederhana. kesederhanaan itu dapat saya lihat dari jumlah bilangan hantarannya. Pada kebiasaannya, pihak perempuan akan balas lebihan dua dari jumlah yang dihantar pihak lelaki. bila saya tanya kenapa tiga dari pihak lelaki dan tiga juga dari pihak perempuan. Di sambut dengan satu jawapan yang sangat lojik. Kedua ibubapanya menyatakan bahawa semua yang kita lakukan wajar mengikut kemampuan dan elakkan pembaziran selagi mana tidak mengurangi syarat sah nikah. Jumlah wang hantaran itu pun tidak dihebahkan. Kata mereka, wang hantaran itu hanyalah sekadar wang perbelanjaan mengadakan majlis kesyukuran selepas pasangan sah menjadi suami isteri. Namun majlis diatur oleh Allah sehingga menghampiri sempurna. Di hati saya berdetik,alangkah baik jika ramai yang dapat mengamalkan cara begini. 

Hantaran dari pihak pengantin lelaki;




Hantaran dari pihak penganti perempuan;




Kata ibu pengantin, selepas bekeluarga, belom tentu anaknya dapat kumpul wang untuk belikan barang kemas untuk isterinya. Bag tangan Coach itu pun mereka beli sewaktu ada sale 70%. Sementara coklat serta buah-buahan itu adalah untuk anak-anak saudara pengantin agar majlis dimeriahkan lagi dengan meriahnya anak-anak kecil.

Mudah itulah Indahnya Islam.

handphone aku xde kompas