Friday, April 26, 2013

adorable

trees, moon and the sky.
on its own langguage.

ﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠّﻪُ

nothing more but silent.
learnable.

again thank you Allah...
giving silent as a gift
all moment in life.
Allah gives silent
for us to learn...
derive from the ripen.
contemplate...
again thank you Allah.

orangbiasa\260413;friday
dusunkota.

Tuesday, April 16, 2013

senang hati - part 10 : tetapi, kali ini...

tentang kisah semalam yang sedih.

pagi-pagi sudah perasan kenapa si jaguh ni tak boleh berkokok. paruhnya sekejap tertutup sekejap ternganga. berkira-kira di dalam hati, apa pulak yang si jaguh ni sudah bedal sampai tercekik. si jaguh cuba jugak untuk berkokok tapi tetap kokoknya tidak kedengaran. selalunya, akulah jaguh. pantang dengar kokokan ayam jantan lain. pasti dia hambat dengan aksi berkepak-kepak lagi. maka bersahut-sahutanlah berkokok sampai macam nak gugur tahi telinga.

sebelah petang dapat statement yang memilukan sanubari. en suami meminta untuk ditanakkan nasi sebab sudah terhidang sup ayam citarasa solo style pak joe.

aku : sembelih ayam mana?
suami : si jaguh!
aku : kenapa?
suami : tersekat getah gelang. sudah tidak mahu makan. sembelih ajelah buat lauk.
aku : padanlah si jaguh tidak boleh berkokok tadi pagi. tapi dalam kepayahan tetap mahu berkokok juga.

dalam hati ada seribu satu macam rasa. orang lain mungkin perkara begini adalah biasa. tapi jiwa ini mudah terasa.


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ. jaguh! jaguh!. maaflah kalau selalu perambat kau sewaktu curik kibble meoww. maaflah kalau selalu pancut air ke arah kamu bila kau menguti-nguti pokok cili. maaflah kalau selalu halau soh! soh! bila kau bawak awek kau mahu bertelor di reban meowww.

tarik nafas dalam-dalam mahu tahan airmata. ajal kamu sudah sampai. harapan sangat tinggi semoga telor yang dieramkan ada zuriat/baka kamu.

tinggal kenangan...

Wednesday, April 3, 2013

handphone aku xde kompas