Wednesday, March 30, 2011

bukan semua orang mampu.

Bismillahirahmanirrahim.

tengoklah shoutbox kakct. penuh dengan pekikan si JSS@jomsantaisekejap. ini iklan. entry sebenar belum mula lagi.

cuci bersih sebelum masak
6.30 pagi sudah terpacak at pintu pagar
dating dengan apek surat khabar
sudah dua bulan en suami lupa bayar
pengabisnya duit kakct jugak yang kena keluar.

kira oklah sebab kakct pun tumpang sekaki
baca news hari-hari sebagai motivasi diri
barulah vogue dan terkini.

adoiii...bila nak mula tulis entri ni...relax...cool..idea tak mahu mari. ok ok dia sudah datang ni...

lepas bancuh nescafe untuk sarap pagi, dengar bising- bising bunyi anjing menggonggong nyaring. dengan pantasnya aku berlari mencari pasti siapakah gerangan yang kena uji kali ini. terlihat saja kelibat pembaca meter SAJ (Syarikat Air Johor), dalam hati terus memuji. memang mamat ini cekal hati. selamba badak aja dia baca dengan teliti walau si kungkung tunjuk gigi. kalau aku, sudah lama pucat lesi, lebih takut dari berani.

aku mahu cadangkan mereka gunakan teropong saja. dari dalam kereta pun mereka boleh baca sebab aku pernah terlihat pembaca meter TNB buat itu cara. bagus jugak mereka punya idea.

nak cerita pasal air lagi ni. ada sekumpulan anak muda berkupiah dan berserban segala bagai (pemakaian sudah bagus, ikut cara Nabi SAW) yang enggan bayar bil air (yang ini ada macam tidak berapa nak betul). kata mereka, air dari bumi Allah free. aku kata tapi dalam hati, memanglah air Allah yang beri. tapi air perlu kos untuk diproses sebelum selamat digunakan. kalau betol mahu free, sila guna air sungai, cubalah. itu pun kalau berani. tidak pun, depan atau kiri kanan atau belakang rumah gali perigi buat keguaan hari-hari.

p/s : jangan jadikan agama sebagai alasan. mahu kira macamana bila ambil wuduk atau mahu tayammum saja. biarlah bertempat kalau mahu beri pendapat. wallahua'alam.

Thursday, March 24, 2011

hampir-hampir jadi sarapan anjing.

Ya Allah, siapa pulak yang tinggalkan kamu di sini, di tepi pagar TNB yang sudah tentu tidak ada sumber makanan untuk mengisi perut. sudah butakah orang yang tinggalkan kamu di sini. buta mata dan buta hati.

break kereta gaya formula one bila nampak dua ekor anjing sedang menghambat dua ekor anak kucing. sedang yang besar dan berakal macam aku pun takut dengan makhluk Allah yang satu ini. inikan pulak kamu yang sebesar genggaman aku cuma.dengan gaya berani-berani takut aku unjuk-unjukkan payong ke arah anjing-anjing itu. buat-buat ambil batu mahu membaling mereka seperti kebiasan yang dilakukan oleh mereka-mereka yang pakar serta berpengalaman sewaktu dikejar anjing.

comelkan.

pening sekejap. di rumah sudah ada 5. en suami belum lagi memberi izin. tapi aku sudah jaga mereka macam anak sendiri.

bukan senang mahu carikan keluarga angkat. kalau ada pun mesti sepupu sepapat aku jugak.

p/s : kakct dok buat hal lagi. segala kucing di luar sana mahu dikutip dan dibawa ke rumahnya. tiada unsur tergoda dengan rancangan di TV3. hello...memang species keluarga aku macam ini. pantang nampak kucing.

Tuesday, March 22, 2011

jangan ada dusta

confused
credit to gOOgle
yang dikata derhaka
yang agaknya mahu membela
nasib derita
dipersia-sia
walau setia.
atau rasa tidak puas
kerana ditindas
tangan ganas
kuasa luas.

betullah kalau begitu
tapi kalau dia tipu
siapa pun tidak tahu
hasutan nafsu
mengeras membatu.

siapa pula pembela
masih ada lagi ke
untuk apa, siapa & kenapa
agama?
bangsa?
negara?
baguslah jika benar apa dikata
jangan sekadar dibibir saja
dihati, cari harta
cari nama.

dalam hati
hidup sekali
mahu duduk atas sekali
kaya semua dapat beli
dosa pahala tolak tepi.

tiadalah aku pasti
mohon hidayah dari Illahi.

orangbiasa\20032011

Tuesday, March 15, 2011

cepatnya waktu berlalu

kadang-kadang kita terikat dengan jadual yang ketat. kita merungut kerana waktu berlalu begitu cepat. kita rasa waktu yang diberikan tidak cukup dan begitu singkat. 

tapi bila kita teliti, waktu ada 24 jam sehari. dari dahulu hingga kini. tidak pernah ditambah atau dikurangi. 
atau mungkin saja kita tidak perasan. waktu itu tetap sama ikut putaran dan kiraan. yang beza cuma masa yang kita peruntukan mungkin tidak bertepatan pada keadaan dan tugasan. dan akhirnya bertukar menjadi tanggungjawab yang membebankan.

kita rasa 2010 seperti baru bermula. antara mahu dan tidak percaya 2011 sudah pun mencecah bulan ke tiga. menghitung deretan tugasan rasa macam tidak cukup tangan. berkira-kira akan jalan penyelesaian agar tiada satu pun ketinggalan.

p/s : setiap kali aku mahu mulakan hari aku mohon kepada Illahi, "Ya Rabb, aku mohon ehsan-Mu berikan aku kemampuan menyempurnakan apa-apa juga takdir-Mu untuk hari ini dengan sebaik-baik penyempurnaan, amin."

Monday, March 14, 2011

amaran

segala yang  Dia jadikan mengikut peraturan.
aku fikir main-main bila aku dapat sms tentang musibah tsunami kali ini. tambahan pula jepun. negara yang bukan calang-calang canggihnya dalam sistem elektroniknya. dahulu kalau di acheh, aku kira barangkali kerana ketiadaan sistem amaran maka banyak yang tewas dan tidak dapat diselamatkan. tidakkah jepun mempunyai sistem amaran tsunami yang paling canggih setakat ini? rupanya aku terlupa seketika. tiada siapa yang mampu gagalkan amaran Tuhan.

Subhanallah
Astagfirullah
Naghuzubillah
Alhamdulillah

segala zikir serta puji-pujian terkeluar dari setiap bibir menghiasi musibah ini. memang wajar menyebut nama-Nya kerana tiada siapa pun yang mampu selain dari Dia.

Bismillah...
Innalillah...

Allah beri dugaan pada yang taat kepada-Nya. semoga mereka pasrah dan redha dan hanya kepada Allah jualah tempat kita kembali. Dia (Allah) juga memberi amaran kepada mereka yang ingkar mengesakan Allah SWT dan mengingatkan bahawa tiada suatu yang dapat menandingi kekuasaan-Nya. sangat beruntunglah bagi mereka yang mahu dan mampu mengambil iktibar dari setiap apa jua yang Allah jadikan.

sekali lagi aku ucap syukur kerana bertuah lahir sebagai Islam dan Malaysia negaraku. aku tetap berdoa semoga Allah SWT sentiasa limpahkan taufik serta hidayah-Nya kepada aku, kamu dan mereka.

tolong ingatkan aku jika kamu lihat aku mulai lupa.

Thursday, March 10, 2011

hukuman yang sesuai@setimpal

untuk si pembunuh ini.

astagfirullah...kenapa aku tidak dapat kawal emosi bila lihat ini

mungkin ramai sudah lihat tapi aku mahu kamu, kamu dan kamu beri pendapat.

dalam hati meronta-ronta mahu tahu apa perlu aku buat.
saluran mana harus aku ikut, tepat dan cepat.
tolong beri aku pendapat.

aku panjatkan doa supaya Allah SWT turunkan hukuman segera ke atasnya.
insyaAllah aku akan buat sholat hajat supaya hajatku cepat dapat.

Wednesday, March 9, 2011

di sebalik setiap kejayaan

seorang lelaki itu pendukungnya adalah wanita.

thank you google - cantik owhhhh!!!

YOU'LL SEE - MADONNA

You think that I can't live without your love
You'll see,
You think I can't go on another day.
You think I have nothing
Without you by my side,
You'll see
Somehow, some way

You think that I can never laugh again
You'll see,
You think that you destroyed my faith in love.
You think after all you've done
I'll never find my way back home,
You'll see
Somehow, someday

Chorus:

All by myself
I don't need anyone at all
I know I'll survive
I know I'll stay alive,
All on my own
I don't need anyone this time
It will be mine
No one can take it from me
You'll see

You think that you are strong, but you are weak
You'll see,
It takes more strength to cry, admit defeat.
I have truth on my side,
You only have deceit
You'll see, somehow, someday

Chorus2:

All by myself
I don't need anyone at all
I know I'll survive
I know I'll stay alive,
I'll stand on my own
I won't need anyone this time
It will be mine
No one can take it from me
You'll see

You'll see, you'll see
You'll see, mmmm, mmmm

p/s : bila aku dengar lagu ini, tengah down pun mampu bangkit kembali.

" Selamat Hari Wanita " kepada semua wanita dan semoga tabah hati. semoga tiap-tiap hari wanita selamat.

Thursday, March 3, 2011

kenali aku

bismillahirrahman-arrahim.

budget suami aku serupa SRK
tidak mampu simpati itu bukan aku sekalipun aku di tipu. aku yakin baik buruknya balasan atas baik buruknya perlakuan itu urusan Tuhan. bukan lagi harus aku akui malah memang benar sekali kebijaksaanku terbataskan kerana aku ini baru dan tidak kekal.

aku akui yang kerap alpa itu aku. tapi bukan bermakna aku terus-terusan lupa dan lena. si kerdil macam aku masakan mampu tidak mahu bersyukur pun adakalanya aku kabur dan tersungkur. barang dijauhkan Allah memiliki sifat takbur demi mahu jadi tersohor.

bangga dengan apa yang aku miliki itu bukan aku kerana sedari kecilnya aku bukan tidak pernah merasa susah. kegagalan itu kerap menjadi milikku atas keterbatasan abiliti aku yang baru dan tidak kekal lama. makanya ego itu bukan sifat aku sesekali tidak mahu miliki itu.

p/s : yang mudah menangis itu aku, gembeng kata orang johor. baca blog pun aku boleh menangis. harap kamu semua tidak ketawakan aku. yang di dalam gambar itu lagi kuat menangis.

handphone aku xde kompas