Monday, March 14, 2011

amaran

segala yang  Dia jadikan mengikut peraturan.
aku fikir main-main bila aku dapat sms tentang musibah tsunami kali ini. tambahan pula jepun. negara yang bukan calang-calang canggihnya dalam sistem elektroniknya. dahulu kalau di acheh, aku kira barangkali kerana ketiadaan sistem amaran maka banyak yang tewas dan tidak dapat diselamatkan. tidakkah jepun mempunyai sistem amaran tsunami yang paling canggih setakat ini? rupanya aku terlupa seketika. tiada siapa yang mampu gagalkan amaran Tuhan.

Subhanallah
Astagfirullah
Naghuzubillah
Alhamdulillah

segala zikir serta puji-pujian terkeluar dari setiap bibir menghiasi musibah ini. memang wajar menyebut nama-Nya kerana tiada siapa pun yang mampu selain dari Dia.

Bismillah...
Innalillah...

Allah beri dugaan pada yang taat kepada-Nya. semoga mereka pasrah dan redha dan hanya kepada Allah jualah tempat kita kembali. Dia (Allah) juga memberi amaran kepada mereka yang ingkar mengesakan Allah SWT dan mengingatkan bahawa tiada suatu yang dapat menandingi kekuasaan-Nya. sangat beruntunglah bagi mereka yang mahu dan mampu mengambil iktibar dari setiap apa jua yang Allah jadikan.

sekali lagi aku ucap syukur kerana bertuah lahir sebagai Islam dan Malaysia negaraku. aku tetap berdoa semoga Allah SWT sentiasa limpahkan taufik serta hidayah-Nya kepada aku, kamu dan mereka.

tolong ingatkan aku jika kamu lihat aku mulai lupa.

14 comments:

Siti Hajar Masri said...

betul tu..tsunami pun diperkenalkan oleh Jepun..diorg pun x dpt nk hadapi tsunami ni..kuasa Allahkan..:)

ctpayong said...

awalnya ingatkan sms (tsunami hits japan) main-main. lihat berita sana-sini barulah percaya.

siapa pun tidak mampu halangi amaran Illahi. semoga kita dapat iktibar daripada ini.

Suara Kalbu said...

Tumpang simpati dengan bencana yang menimpa Jepun. Allah lebih mengetahui segala-galanya.

Setidak-tidaknya ida bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang Allah beri sehingga hari ini di bumi Malaysia yang makmur ini

ctpayong said...

sungguh betapa lah bertuahnya malaysia ini. lihat tetangga yg kena kena uji merapi & tsunami, kerdilnya diri kita ni.

S..U..D..@..I..S said...

saling ingat mengngati antara kita...
gambarkan kedahsyatan kiamat ntah berapa ribu juta kali ganda dari gempa bumi dan tsunami..

subhanallah semoga kita x alpa

cik lola said...

bencana alam smkin x terdyga skrg ni..kat jepun 2 lg truk dr tsunami yg jd kat aceh.smga kita dilindungi

ghost writer said...

itu namanya keberuntungan yang harus disyukuri..

tidak kira kita di mana,asal saja kehidupan kita terjamin selamat dan aman itu sudah memberi kita kecukupan.bedanya cuma rasa syukur itu dilampiaskan yang bagaimana..

ctpayong said...

@sud@is : benar, kiamat itu maha dahsyat.

ctpayong said...

@cik lola : semoga kita dirahmati dan dilindungi.

ctpayong said...

@ghost ... :mengesakan Dia yang paling basic. selebihnya pasti ia datang dengan sendiri kerana akur akan kekurangan diri dan akur akan kekayaan Illahi.

jomsantaisekejap said...

Semua yang berlaku ada hikmahnya... bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan olehNya selama ini...
Semuga kita sentiasa dirahmatiNya khususnya umat Islam sedunia.

P/S : errr kak ct lupa nak masak nasi untuk malam ni...ni nak ingatkan ni.

ctpayong said...

@JSS : pasal lupa masak nasi ni ada cerita. ceritanya begini :

lewat bangun sahor. lauk sudah di atur..tapi nasi lom masak lagi. sahur lauklah pada hari tersebut.

Mutalib attholib said...

sama2lah kita ingat-mengingati :)

ctpayong said...

@M : terima kasih alhamdulillah, aminnnn.

handphone aku xde kompas