Tuesday, March 15, 2011

cepatnya waktu berlalu

kadang-kadang kita terikat dengan jadual yang ketat. kita merungut kerana waktu berlalu begitu cepat. kita rasa waktu yang diberikan tidak cukup dan begitu singkat. 

tapi bila kita teliti, waktu ada 24 jam sehari. dari dahulu hingga kini. tidak pernah ditambah atau dikurangi. 
atau mungkin saja kita tidak perasan. waktu itu tetap sama ikut putaran dan kiraan. yang beza cuma masa yang kita peruntukan mungkin tidak bertepatan pada keadaan dan tugasan. dan akhirnya bertukar menjadi tanggungjawab yang membebankan.

kita rasa 2010 seperti baru bermula. antara mahu dan tidak percaya 2011 sudah pun mencecah bulan ke tiga. menghitung deretan tugasan rasa macam tidak cukup tangan. berkira-kira akan jalan penyelesaian agar tiada satu pun ketinggalan.

p/s : setiap kali aku mahu mulakan hari aku mohon kepada Illahi, "Ya Rabb, aku mohon ehsan-Mu berikan aku kemampuan menyempurnakan apa-apa juga takdir-Mu untuk hari ini dengan sebaik-baik penyempurnaan, amin."

28 comments:

ghost writer said...

semuanya kerna saja manusia semakin sibuk dengan urusan dunia.maka dalam tidak sedar,Tuhan mempercepatkan kelalaian kita.

Siti Hajar Masri said...

sbnrnya kita sendiri x sedar ms berlalu dgn cepatkan..:)

ctpayong said...

@ghost writer : dengan harapan segala urusan dapat disempurnakan dengan sebaik-baik penyempurnaan, aminnn.

ctpayong said...

@SHM : ditambah dengab tugasan yg belum sempurna tetapi date line sudah hampir depan mata.

gelabah gila weiii. kadang-kadang boleh terbawa-bawa dalam mimpi.

apa ke teroknya kak ct.

Mutalib attholib said...

Kadang-kadang terasa masa berlari jauh lebih pantas dari dahulu.. Adakah benar atau hanya mainan mindaku yang semakin ditelan zaman.. hmm.. Namun hidup mesti ceria :)

ctpayong said...

"MA : setuju benar. kalau jiwa dan perasaan kacau kita mudah sasau dan tindakan pun kerap kacau bilau.

Pala Maldini said...

Betul la.. tiba2 dah bulan 3.

hmmm.. cepatnya rasa masa berlalu..

Amri Abd Rani said...

Pakwi pun sedar xsedar dah tua...huhu

ctpayong said...

@PM : rasanya baru aje warning anak2 jgn menggila sangat celebrate 2011 hari tu, ni dah masok march pun dah nak end of march.

asyik bring forward azam aje..heee

ctpayong said...

@pakwi : sangat terasanya tua diri lebih2 anak saudara yg sulong dah dalam proses merisek/dirisek.

ucap syukur walau umor meningkat masih lagi sihat...itulah sebenar nikmat.

fnatasha.hafizi said...

agree100x..rasa jap je masa berlalu..kalau keje da nk submit bru rse masa tu xcukup..tyme duk rilex, rsa shari tu lmbt giler nk abes

ctpayong said...

@f..h.. : tu la kebiasaan yg sangat sengal diri kita. maka pulak, date line mati...no extent lagi. mampuih.

diana said...

semakin lama semakain penat..
adakah itu tanda2 dah tua??
hekkkkk!!!:p

kakchik@ella said...

salam kak. ela rasa sbb terlalu byk yg perlu dibuat dan diuruskan. sebab tu kita rasa 24 jam tak cukup buat kita. Mudah2an Tuhan permudahkan urusan kita. Amin.

Sasa Al-Sharif said...

masih sepi tanpa pencapaian yg memuaskan. sesungguhnya aku rasa kerugian kerana masa tidak berulang

S..U..D..@..I..S said...

masa berlalu begitu cepat...
betul masa tetap 24 jam, cuma bagaimana kita mengunakan masa...
masa yg tepat
masa terbuang

IJAT360 said...

mase berlalu begitu cepat..antara tanda2 nak kiamat..renungkan..

azzey said...

Insyaallah dgn niat yg baik Allah akan permudahkan. Kita sume ingin kesempurnaan ; jd kita pohonlah kesempurnaan itu dari yg Memiliki Kesempurnaan....:)

jomsantaisekejap said...

ye ke dah tahun 2011 ni? sy rasa macam dah buat kerja sampai tahun 2013 pulak...so kira boleh relax lah ehh... ( rasa macam lepas ni sure kena kebaboom dengan kak ct )

Apa2 pun, masa itu emas.

ctpayong said...

@diana : banyak sebab yg boleh menyebabkan kita jadi cepat penat. anyway 'tua' itu salah satu sebab lumrah@fitrah.

usah tua sebelom masa bila kita mahu berusaha.

ctpayong said...

@kakchik : asalkan kita tidak lalai tanggungjawab dengan Tuhan, alhamdulillah andai kita sibukkan@penuhi masa dengan terus berusaha. petanda baik.

ctpayong said...

@sasa : satu pencapaian bila kamu kata kamu tidak pernah puas dengan pencapaian kamu selama ini sebab kamu keep continue searching for the NEW.

tahniah!

ctpayong said...

@sud@is : betul tu...tidak mudah menjaga masa namun menjaga masa itu adalah sikap yang baik dan perlu ada untuk berjaya.

ctpayong said...

@ijat : sebabnya kita lalai dengan perkara-perkara yang melalaikan kita. semoga kita tidak lalai ingat Dia.

ctpayong said...

@azzey : apa pun hanya Dia yang mampu.

ctpayong said...

@JSS : hummm...kalau camtuh, jom tolong kak ct uboh baja tahi kambing kat kebun. haaa...pucat muka.

izzysabki said...

tanda akhir zaman ialah merasa masa smakin singkat..wallahua'lam...

ctpayong said...

@izzysabki : wallahua'alam

handphone aku xde kompas