Monday, November 18, 2013

senang hati - part 16 : cantik sudah...

inilah wajah terkini si rossa. kalau tuan lama yang buang dia dekat kebun kelapa sawit nampak dia sudah cantik macam ini mesti menyesal tak sudah buang dia dulu. 
masa mula-mula kutip dulu, mereka tiga beradik. diberi nama memey, rossa dan lisa. waktu kutip mereka dulu, malam itu hujan lebat. masuk aje lorong ke kebun kelapa sawit, budak-budak ini terjongol atas busut. lencun dan menggigil kesejukkan. aku terus gendung dan bawak masuk dalam kereta. dibersihkan lebih kurang dan dikeringkan dengan hairdryer. 
belum sempat divaksin lagi. tiga-tiga "gadis". nampak gaya kenalah keluar modal untuk proses spay.


si rossa at dusunkota. coming up si lisa yang demam sampai menggigil dan si memey yang sakit mata sampai sebelah matanya tertutup.

alhamdulillah, mereka kini di dalam rahmat Allah. semoga Allah berterusan salurkan rezeki mereka ikut poket aku.
آمِـــــــــينْ

mari membaca

assalamualaikum wbt.

lama juga tidak kemaskini blog. ayat 'cover' bila ketandusan idea atau kedekut masa.

al kisah sudah masuk hijri baru; 1435H. yang mahu dikongsi ada guna dan ada juga kelakarnya. ceritanya mudah. pasal ulangkaji mengaji. konon-konon pada asalnya mahu belajar bertaranum. semangat berkobar-kobar. beriya-iya mencari, memilih dan membeli Al Quran. masing-masing beri pandangan dan pendapat.
bermulalah hari pertama kelas ulangkaji. dimulai dengan bacaan Ummul Kitab atau senang kata Al Fatihah. emak, bapak, anak lelaki, anak perempuan masing-masing konon-konoknya 'OK' mengaji. tetapi sebenar-benarnya 'KO'.
di hujung-hujung waktu kelas di hari pertama, 'cikgu' mengaji mencadangkan dengan bahasa lembut tapi mendalam;

"macam ni ajelah, esok kita mulakan ulangkaji 'mengaji' dengan Iqra' dulu. bila semua dah betol, otomatik lagu apa pun boleh jadi..."

esoknya, anak beranak dengan senyum simpul pergi ke kedai buku membeli buku Iqra'. sampai sekarang bila bercerita, kami 'ketawakan' diri sendiri tak agak-agak. dan sampai sekarang kami masih lagi ulangkaji dengan bacaan Iqra'. in sya Allah, dalam seminggu dua lagi kami qatam Iqra'.

kelakarkan...tapi benar.

tiada istilah TERLAMBAT dalam hal-hal mencari dan menambah ilmu. semoga kita mendapat taufiq serta hidayah Allah SWT.

آمِـــــــــينْ



orangbiasa\dusunkota

Monday, August 5, 2013

semoga bertemu lagi Marhaban Ya Ramadhan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin.

Daripada :
KakCT
Suami KakCT
Anak2 KakCT

Wednesday, June 19, 2013

berakhir sebuah penantian


السلم عليكم ورحمة الله

lama sudah menunggu. sering rasa was-was dan sering juga berkata-kata di dalam hati;
"apa benar inikah pokoknya yang aku minati".

akhirnya jawapan telah pun pasti. senyum melebar sampai hampir menampakkan gusi bila mata terarah ke puteri sulung aku ini.


mata liar mencari-cari. kalau-kalau ada lagi. telahan hati tepat sekali. dicelah-celah hijau nampak merah lagi. senyum berser-seri.

kalau sudah namanya manusia, sifat haloba tetap ada. astagfirullah...


ﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠّﻪُ 
ada lagi rupanya. 


berakhirlah sebuah penantian. sungguh menyenangkan nikmat dari Allah. wajib ucap....

أٌلحَمْدُلِلَّهِ kerana bahagia tidak dapat dibeli. sungguh bersabar itu menghadiahkan aku kemenangan yang besar. آمِـــــــــينْ

Monday, June 17, 2013

agar kita tidak lupē

rasanya ramai yang sudah tahu kisah ini, aku juga pernah baca. tapi apa salahnya perkara baik kita baca berulang kali supaya kita saling ingat mengingatkan atau paling kurang kita tidak lupa; yok baca lagi :

Take time to read.... very nice story..

A man woke up early in order to have his morning devotion (NAMAAZ). He got dressed, set on his way to the Allah house.

On his way to the MASJID, the man fell and his clothes got dirty.. He got up, brushed himself up, and headed home.

At home, he changed his clothes, and was, again, on his way to the MASJID.

On his way to the MASJID, he fell again and at the same spot! He, again, got up, brushed himself off and headed home. At home he, once again, changed his clothes and was on his way to the Allah house.

On his way to the MASJID, he met a man holding a lamp. He asked the man of his identity and the man replied 'I saw you fall twice on your way to the MASJID, so I brought a lamp so I can light your way.

The first man thanked him profusely and the two went on their way to the MASJID.

Once at the MASJID, the first man asked the man with the lamp to come in and offer SALAAH with him.

The second man refused.

The first man asked him a couple more times and, again, the answer was the same.

The first man asked him why he did not wish to come in and pray.

The man replied, 'I am Satan'. The man was shocked at this reply. Satan went on to explain, 'I saw you on your way to the MASJID and it was I who made you fall. When you went home, cleaned yourself and went back on your way to the MASJID, Allah  ( s.w.t) forgave all of your sins.

I made you fall a second time, and even that did not encourage you to stay home, but rather, you went back on your way to MASJID. Because of that, Allah (s.w.t) forgave all the sins of the people of your household.

I was afraid if I made you fall one more time, then Allah (s.w.t )will forgive the sins of the whole nation (world)so I made sure that you reached the MASJID safely.'

Do not put off the good you intended to do as you never know how much reward you might receive from the hardships you encounter while trying to achieve that good.

For your righteousness can save your family and nation at large.

Do this and see the victory of the Allah ( s.w.t )

If forwarding this message will bother you, or take too much time from you,

then don't do it, but you will not get the reward of it, which is great.

Wouldn't it be easy just to press 'Forward' and receive this reward?

Praise be to Allah ( s.w.t) in the highest.
🔵When you Carry the Quran. Shaitan gets a Headache. 

🔵When you Open it, he Collapses. 

🔵When he Sees you Reading it, he Faints.

🔵 When he Sees you are living what you read, 
he Flees. 

And 
🔵 when you are about to Forward this Message, he will try to Discourage you...

I Defeated him,
WILL YOU?

 
- berhasrat berbuat baik di dalam hati sahaja Dia sudah tahu dan Dia sudah berikan ganjarannya. maka teruskanlah  melakukan kebaikan tetapi hendaklah berhati-hati dalam menjauhi perkara riak.

wallahua'lam.

Friday, June 14, 2013

senang hati - part 15 : alasan



pantang nampak baju berlipat. macam nenek dia, si bella.


kalau tak alihkan, memang sampai ke pagi tidor tang situ.

p/s : tak sampai hati nak jentik.
p/ss : lagikan pulak nak rotan.
p/sss : memang senang hati tengok budak-budak ni kan.

Monday, May 27, 2013

Thursday, May 9, 2013

senang hati - part 12 : kasih sayang

budak-budak ini bukan satu ibu. budak-budak ini pun bukan asal dari kebun aku. si deli, OKU sebab cacat kaki kiri masa aku ambil di Jeti Kuala Sedili, Kota Tinggi. si bubu, diberi jiran sebab bila kakak di warung melihat aku kasi makan kucing jalanan. walau bukan dari tempat yang sama, mereka saling berkasih sayang sesama mereka.

yang asal usul dari kebun aku memang megah meriah. selalu jerkah sergah. kononnya mereka anak jati di situ.'taik kucing'. makan pon dari duit poket ibu. jangan nak berlagak. ibu tidak kira. siapa suka sergah-sergah, ibu belasah. suka tidak tentu pasal meroyan, ibu rotan.

ini ibu nak pesan, aman itu anugerah Tuhan. tengok kawan-kawan kamu di jalanan. dapat makan atas belas ehsan.

Tuesday, May 7, 2013

senang hati - part 11 : diet

memang kena put on diet budak ni. adoiii...kenapalah kau suka peghabeh makanan orang. next time, meal time budak ni kena beri makan dalam cage. yang lelain habis makan baru boleh keluarkan dia.

Friday, April 26, 2013

adorable

trees, moon and the sky.
on its own langguage.

ﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠّﻪُ

nothing more but silent.
learnable.

again thank you Allah...
giving silent as a gift
all moment in life.
Allah gives silent
for us to learn...
derive from the ripen.
contemplate...
again thank you Allah.

orangbiasa\260413;friday
dusunkota.

Tuesday, April 16, 2013

senang hati - part 10 : tetapi, kali ini...

tentang kisah semalam yang sedih.

pagi-pagi sudah perasan kenapa si jaguh ni tak boleh berkokok. paruhnya sekejap tertutup sekejap ternganga. berkira-kira di dalam hati, apa pulak yang si jaguh ni sudah bedal sampai tercekik. si jaguh cuba jugak untuk berkokok tapi tetap kokoknya tidak kedengaran. selalunya, akulah jaguh. pantang dengar kokokan ayam jantan lain. pasti dia hambat dengan aksi berkepak-kepak lagi. maka bersahut-sahutanlah berkokok sampai macam nak gugur tahi telinga.

sebelah petang dapat statement yang memilukan sanubari. en suami meminta untuk ditanakkan nasi sebab sudah terhidang sup ayam citarasa solo style pak joe.

aku : sembelih ayam mana?
suami : si jaguh!
aku : kenapa?
suami : tersekat getah gelang. sudah tidak mahu makan. sembelih ajelah buat lauk.
aku : padanlah si jaguh tidak boleh berkokok tadi pagi. tapi dalam kepayahan tetap mahu berkokok juga.

dalam hati ada seribu satu macam rasa. orang lain mungkin perkara begini adalah biasa. tapi jiwa ini mudah terasa.


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ. jaguh! jaguh!. maaflah kalau selalu perambat kau sewaktu curik kibble meoww. maaflah kalau selalu pancut air ke arah kamu bila kau menguti-nguti pokok cili. maaflah kalau selalu halau soh! soh! bila kau bawak awek kau mahu bertelor di reban meowww.

tarik nafas dalam-dalam mahu tahan airmata. ajal kamu sudah sampai. harapan sangat tinggi semoga telor yang dieramkan ada zuriat/baka kamu.

tinggal kenangan...

Wednesday, April 3, 2013

Sunday, March 31, 2013

senang hati - part 8 : si labah-labah yang tabah

hujan lebat
angin kuat
tapi si labah-labah
cukup tabah
hadapi apa jua musibah.

angin kencang
sarang si labah-labah bergoyang-goyang
dia tetap di situ
diam dan kaku
menunggu mangsa
untuk mengalas perutnya.

walau sarangnya robek seribu
dia tetap di situ
setia menanti
rezeki dari Illahi.

orangbiasa\310313
dusunkota


Wednesday, March 20, 2013

senang hati - part 7 : selamat

sempat lagi berposing sebelum misi 'selamatkan' pasu ni. selamat pasu ni tidak tergolek terus ke bawak. kalau tidak, jahanam lagi.
kalau sudah bersepai, semua buat muka tak bersalah.
ada yang buat-buat tidor
ada yang kelip-kelipkan mata
ada yang goyang-goyang ekor
ada yang buka mata separuh
weiiiilahhhh. sabar jelah....

Sunday, March 17, 2013

kadang-kadang bukan kita sengajakan

Alhamdullillah
semua kerja yang dirancang
sebelom tidor tadi malam
selesai.

letih & badan perlu rehat sekejap
adoh 3 petang sudah
zohor belom tertunaikan
hati kata :
kejap lagilah
hati kata lagi :
apalah
hak Allah ditangguh
sedang segala urusan
Dia permudahkan

diam
pejam mata
tarik nafas dalam-dalam
kumpul segala kekuatan
lawan hasutan syaitan.

bingkas bangun
berwuduk
assalamualaikum warahmatullah
toleh kanan
assalamualaikum warahmatullah
toleh kiri.

senyum
syukur alhamdulillah
tidak sedar ada airmata
Ya Robb
ampuni aku...

Saturday, March 2, 2013

senang hati - part 6 : masa itu emas

pengerusi : nampak gaya kita kena tunda mesyuarat ke tarikh yang lain.

ahli mesyuarat 1 : buang masa kita saja.

ahli mesyuarat 2 : petang-petang macam ini, dia orang semua tidorlah tuan pengerusi.

soalan :
agak-agak yang mana satu antara bertiga ni tuan pengerusi?

Wednesday, February 20, 2013

senang hati - part 5 : santai

assalamualaikum wbt.

sudah hampir satu minggu cuaca tidak mengizinkan budak-budak ini bersantai di luar rumah. hujan hampir setiap hari. jika tidak pagi, petang mesti hujan. sudah barang tentu aktiviti budak-budak ini terhad dan tersekat.
pagi tadi, hati semacam rasa ada sedikit senang apabila melihat matahari mula menunjukkan muka. jemuran pun berbau harum. hati mengucapkan alhamdulillah serta bersyukur atas kurniaan cahaya dari Allah. nampak gaya bukan kakCT aje yang gembira. budak-budak ini pun merasa lega bila dapat berjimba di luar rumah.





Friday, February 8, 2013

simple but yet effective.

Bismillah ar-Rahmaan ar-Rahiim.

Assalamualaikum wbt.

This is something good to share. As we know, finggers are an important tool to blogger. Let us see how this little and simple exercise can help. This exercise can help to ease stiffness, improve movement in our joints, and even strengthen muscles, as well as helping us get fitter in general. Here are several exercise we can try.

Finger grip and release :
1. Keep your wrist straight and make a tight first.
2. Hold for 5 seconds. Then relax.
3. Spread your fingers as far apart as possible. Hold for 5 seconds.
4. Then relax.
5. Repeat and switch hands.

make a tight first
Spread your fingers as far apart as possible
Pinching :
1. Firmly press your thumb to each fingertip.
2. Next press your thumb to the middle part of each finger, then to the lower part of each finger.
3. Repeat with the other hand.


CAUTION : Keep your wrist straight.

So dear bloggers, why not we try.

Wednesday, February 6, 2013

senang hati - part 4 : suaikenal

sejak terlihat bene ni dalam youtube, rasa tidak sabar mahu gunakannya. betollah, memang mudah. terpaksalah beli lebih dari satu sebab kalau tidak mesti queue panjang atau nanti ada yang tidak menyempat-nyempat.

suka bila tengok mereka suka. 'gila' ni macam-2kan. asal tidak mudaratkan, gilalah apa pun nak digilakan. yang lebih baik bersederhana ajelah. itu adalah lebih wajar.

mempelajari secara detail...macam mana tandas baru?


wahhhhh....barulah best kalau nak 'melepas' tempat macam gini.

Wednesday, January 30, 2013

senang hati - part 3 : intai matahari

mencari sudut mencuri cahaya dari Illahi. indahnya pagi bila cahaya mentari menembusi. embun oh embun nanti datang lagi. jangan serik kemari. aku setia menanti sejuk nyaman dinihari.

cak!!!

Monday, January 21, 2013

senang hati - part 2 : lihatlah pandanglah

alhamdulillah nikmat Allah. kadang-kadang tidak perlu pergi melancung jauh-jauh untuk tenangkan hati dan jiwa. tengok pokok berbunga pun boleh buat hati bahagia.





Tuesday, January 8, 2013

senang hati - part 1 : meowww

assalamualaikum wbt.

lama rasanya kakCT tidak cerita pasal anak-anak kakCT. semenjak cikTam pergi, lirih pedih sedih seperti tidak hilang lagi.

tapi tiada satu pon yang dapat mengatasi takdir. tidak perlu pon mahu menghitung-hitung takdir Allah. itu adalah lebih baik, ikhlas segalanya kerana Allah.

2013 mahu lebih relax & senang-senangkan hati. anak-anak kakCT pun semuanya sudah 'remaja'. senang hati bila lihat mereka senang hati. bukan senang nak dapat senang hati free Allah beri, aminnn.



tidor tak sedar dunia

Tuesday, January 1, 2013

tetamu

terima kasih dua belas
mengajar aku dengan ikhlas
nilaimu tiada batas
tidak mungkin dapat aku balas.

selamat datang satu tiga
semoga aku telah sedia
mengalas segala
berbekal doa serta kudrat yang ada.

terima kasih Ya Allah
sekali lagi terima kasih.

orang biasa\010113
dusunkota.





handphone aku xde kompas