Thursday, May 9, 2013

senang hati - part 12 : kasih sayang

budak-budak ini bukan satu ibu. budak-budak ini pun bukan asal dari kebun aku. si deli, OKU sebab cacat kaki kiri masa aku ambil di Jeti Kuala Sedili, Kota Tinggi. si bubu, diberi jiran sebab bila kakak di warung melihat aku kasi makan kucing jalanan. walau bukan dari tempat yang sama, mereka saling berkasih sayang sesama mereka.

yang asal usul dari kebun aku memang megah meriah. selalu jerkah sergah. kononnya mereka anak jati di situ.'taik kucing'. makan pon dari duit poket ibu. jangan nak berlagak. ibu tidak kira. siapa suka sergah-sergah, ibu belasah. suka tidak tentu pasal meroyan, ibu rotan.

ini ibu nak pesan, aman itu anugerah Tuhan. tengok kawan-kawan kamu di jalanan. dapat makan atas belas ehsan.

5 comments:

the malay male said...

kucing mudah lupa ...... ehhh?

ghost writer said...

Tangan yang diberkati. Kadang tak mampu kita lihat namun mampu kita rasai.

S..U..D..@..I..S said...

ntah lah depa2 tu penyejuk mata penghilang duka....

anak2 malaysia juga..hehehe

meowwmania said...

hehehe...biasa la tu

yg kat rumah ni lg melampau yg datang kendian boleh pulak tunjuk taring pada warga senior, lupa diri btol!

Temuk said...

Assalam
Haiwan pun tahu erti kasih sayang. Istilah OKU tu kalau ditukar menjadi HKU, tuan kucing kecil hati, tak? Ceria selalu!

handphone aku xde kompas